PROGRAMPERTUKARAN JARUMDAN PICAGARI (NSEP): CABARANMENGURANGKAN TINGKAHLAKU BERISIKO PENGGUNA DADAH SECARA SUNTIKAN (IDU) (NEEDLES AND SYRINGES EXCHANGE PROGRAM (NSEP): CHALLENGES IN THE REDUCTION OF INJECTING DRUG USERS’ (IDU) RISKY BEHAVIOR)

Norulhuda Binti Sarnon, Ismail Baba, Zulkarnaian A. Hatta

Abstract


Program Pertukaran Jarum dan Picagari (NSEP) telah dilaksanakan mulai tahun 2006 bagi mencegah
jangkitan HIV/AIDS dalam kalangan pengguna dadah secara suntikan (IDU) di Malaysia. Walaupun
kewujudannya telah mengubah amalan berisiko IDU, namun terdapat beberapa cabaran yang dihadapi
oleh IDU untuk terus mengekalkan tingkahlaku selamat. Kajian kualitatif ini adalah bertujuan untuk
mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh IDU yang menerima perkhidmatan NSEP di Pusat Sehenti
IKHLAS, Lorong Haji Taib, Kuala Lumpur. Temubual mendalam dengan menggunakan soalan
semistruktur telah dijalankan ke atas 13 orang responden yang dipilih secara persampelan bertujuan mulai
bulan Jun 2007. Hasil kajian mendapati cabaran yang dinyatakan oleh responden untuk mengurangkan
tingkahlaku berisiko ialah (1) kesulitan apabila berhadapan dengan sindrom tarikan, (2)kesukaran
membawa peralatan menyuntik, (3) tarikan sosial ahli IDU, (4) sikap IDU dan (5) keengganan
menggunakan kondom. Kajian mencadangkan perlunya lebih banyak IDU dirujuk ke program terapi
gantian Methadone di samping pengurusan kes yang lebih mantap untuk memenuhi keperluan sebenar
IDU dalam usaha mengurangkan tingkahlaku berisiko.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.