PENGHUTANAN BANDAR DAN KESIHATAN EKOSISTEM LEMBANGAN: PENGALAMAN DARI ST HELENS, UNITED KINGDOM

Noorazuan Md Hashim

Abstract


Sebelum Revolusi Industri pada abad ke-19, St Helens (yang terletak di tengah-tengah
Lembangan Sankey) hanyalah sebuah perkampungan kecil di persimpangan jalan yang
bersempadan dengan empat pekan kecil iaitu Windle, Sutton, Eccleston and Parr.
Pembukaan terusan kapal dan perkembangan jaringan pengangkutan antara bandar
Liverpool dan Manchester telah menambahkan lagi kawasan bandar di dalam Lembangan
Sankey. Perubahan perilaku sungai akibat proses pembandaran sejak 200 tahun yang
lampau telah menghasilkan gangguan terhadap kitaran hidrologi dan seterusnya
mengakibatkan banjir kilat dan masalah pencemaran air. Bermula pada penghujung 1980-
an, usaha menghijau, memulih dan mengubah landskap bandar kepada yang lebih mapan
telah dilakukan secara komprehensif melalui kerjasama di antara kerajaan, pihak swasta
dan orang tempatan. Bukti daripada kajian saintifik menunjukkan terdapat perubahan
yang sangat ketara dari segi respons hidrologi di dalam lembangan. Tempoh masa antara
1987-1996 yang dikaitkan dengan tempoh kemuncak program penghijauan bandar St
Helens menunjukkan keupayaan, kesihatan ekosistem dan daya pegas lembangan telah
meningkat. Pendekatan tidak berstruktur dilihat berjaya meningkatkan kualiti
persekitaran, khususnya kepada ciri kuantiti air serta kualitinya selepas tempoh sedekad.
Fasa akhir pembandaran St Helens dilihat lebih dominan kepada proses rejuvenasi bandar
berbanding dengan pertambahan kawasan tepu bina bandar.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia