IMPAK PEMBANGUNAN LANGKAWI KE ATAS CORAK PEKERJAAN DAN GUNA TENAGA DI PULAU DAYANG BUNTING, LANGKAWI (The Impact of Langkawi Development on Occupation and Employment Patterns in Pulau Dayang Bunting, Langkawi)

Ishak Yussof, Mustaffa Omar, Gusni Saat

Abstract


Artikel ini menganalisis corak pekerjaan dan guna tenaga dalam kalangan penduduk Pulau
Dayang Bunting, Langkawi. Data yang digunakan dalam penulisan ini diperolehi daripada
soalselidik yang dibuat secara banci melalui satu kerjalapangan pada bulan Mei-Jun 2005.
Analisis data adalah menggunakan kaedah taburan dan jadual silang ke atas aspek-aspek penting
berkaitan aktiviti ekonomi penduduk. Analisis ini dianggap penting untuk melihat impak
pembangunan Langkawi ke atas tahap penyertaan buruh dan masalah penganguran, struktur guna
tenaga dan jenis pekerjaan serta implikasinya ke atas tingkat pendapatan penduduk. Tumpuan
analisis adalah ke atas ciri-ciri dan jenis pekerjaan yang diceburi (pekerjaan utama dan
sampingan), struktur guna tenaga mengikut sektor, tingkat pendapatan, tingkat kemahiran dan
taraf pendidikan penduduk. Isu dan masalah berkaitan aspek pekerjaan dan guna tenaga di
kawasan kajian turut dibincangkan. Hasil kajian mendapati berlaku ‘kesan surutan’ kerana
sebahagian besar tenaga buruh produktif yang ingin menyertai pasaran pekerjaan dari pulau ini
terpaksa berpindah atau berulang alik ke pulau besar Langkawi. Ini disebabkan peluang pekerjaan
banyak terdapat di sana, terutama di sekitar pekan Kuah. Pemerhatian pengkaji semasa di
lapangan menunjukkan bahawa tidak banyak aktiviti-aktiviti ekonomi moden yang berkembang
di pulau kajian. Sebaliknya, aktiviti ekonomi penduduk lebih berkisar kepada kegiatan tradisional
terutama dalam sektor perikanan dan pertanian. Ketiadaan peluang pekerjaan yang bersesuaian
telah menyebabkan kadar pengganguran di kawasan kajian juga agak tinggi berbanding kawasankawasan
lain di tanah besar Langkawi.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia