PEMBANGUNAN DAN IMPAK TERHADAP KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN PENDUDUK SETEMPAT: ANALISIS JARINGAN DI WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR JOHOR (Development and Its Impact on the Safety and Well-being of Local Residents: A Network Analysis of the Iskandar Development Region, Johore)

Er Ah Choy, Katiman Rostam, Aishah@Eshah Hj. Mohamed, Zaini Sakawi, Abd. Rahim Md. Nor

Abstract


Aktiviti pembangunan menghasilkan kesan ke kawasan sekitarnya terutama dari segi pertambahan
penduduk, peningkatan aktiviti ekonomi, penggunaan infrastruktur asas dan eksploitasi sumber.
Artikel ini bertujuan menganalisis impak pembangunan di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI)
khususnya pembangunan perindustrian terhadap alam sekitar dan kesejahteraan penduduk setempat.
Analisis jaringan dilakukan untuk mengkaji jaringan antara kerajaan, industri serta masyarakat dalam
usaha menangani isu alam sekitar. Data sekunder diperolehi daripada laman web WPI Johor, Pejabat
Pengurusan Wilayah Iskandar Johor, Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Data primer diperolehi melalui temu bual berdasarkan set soalselidik dengan penduduk setempat pada
bulan November 2009 hingga Januari 2010. Kajian lapangan tersebut bertujuan memperolehi
persepsi penduduk setempat tentang impak pembangunan WPI terhadap alam sekitar. Kaedah
pensampelan berkelompok digunakan untuk memilih 100 orang responden. Maklumat juga
diperolehi melalui analisis kandungan dokumen berkaitan serta temu bual dengan informan utama.
Data terkumpul diproses dengan program SPSS dan dianalisis menggunakan korelasi Spearman.
Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pencemaran alam sekitar dengan
aktiviti perindustrian (rs = 0.257, p < 0.01). Hubungan antara kawasan perindustrian yang hampir
dengan kehadiran jumlah pekerja asing ke kawasan perumahan positif dan signifikan (rs = 0.217, p <
0.05). Keselesaan dan keharmonian penduduk setempat tergugat ( rs = 0.249, p < 0.05). Hubungan
yang signifikan antara kehadiran pekerja asing dengan masalah sosial positif dan signifikan (rs =
0.597 , p < 0.01). Masalah sosial telah menjejaskan kesejahteraan, keselesaan dan keharmonian
penduduk setempat tergugat (rs = 0.350, p < 0.01). Aktiviti perindustrian yang dijalankan turut
menggugat kesejahteraan dan keharmonian penduduk setempat (rs = 0.266, p < 0.01).


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia