PEMODELAN HIDROLOGI - HIDRAULIK ALIRAN AIR SONGSANG DAN ANALISIS SAIZ PARTIKEL SEDIMEN SUNGAI CHINI, PAHANG (Modeling the Hydrologic-Hydraulic of Backwater Flow and Sediment Particle Saiz Analysis in Sungai Chini, Pahang)

Mohd Ekhwan Toriman, Mohd Khairul Amri Kamarudin, Nor Azlina Abd Aziz, Muhamad Barzani Gasim, Mushrifah Hj Idris, Nor Rohaizah Jamil

Abstract


Aliran air songsang merupakan aliran abnormal waktu banjir akibat kemasukan air sungai utama ke
anak sungai. Kemasukan air Sungai Pahang beserta sedimen terampai yang banyak telah
menyumbang terhadap pemendapan sedimen yang aktif dan bersaiz halus di Sungai Chini. Artikel ini
membincangkan hasil kajian mengenai penentuan saiz bahan sedimen yang telah dijalankan di Sungai
Chini pada dua musim yang berbeza iaitu musim normal (16/8/08) dan musim hujan (4/12/08).
Sebanyak tiga stesen persampelan telah dipilih. Parameter yang telah diguna bagi tujuan kajian adalah
berdasarkan kepada jenis taburan saiz partikal sedimen (g). Pengelasan mengikut saiz bahan telah
dikira dan ditentukan melalui nilai skala Phi (ø) bagi mengira pelbagai nilai statistik seperti median,
min (M), sisihan piawai (D) dan pencongan (S). Nilai luahan sungai (m3/s) dan beberapa data
hidraulik lain juga dikira bagi pemodelan simulasi dengan menggunakan perisian XP-SWMM.
Simulasi dijalankan bertujuan melihat aliran sebenar yang berlaku ketika kajian dijalankan serta
mengenalpasti masalah semasa yang timbul. Keputusan kajian yang diperolehi dengan saiz partikel
yang ditunjukan oleh nilai statistik Min (M) adalah jenis butiran yang kasar, iaitu di antara phi ø 0.00
ke phi ø 1.00. Sisihan Piawai (D) menunjukkan tahap keseragaman endapan yang buruk dan sangat
buruk, iaitu di antara phi ø 1.00 ke phi ø 4.00 dan Pencongan (S) adalah bersaiz butiran yang
sederhana hingga ke sangat halus (phi ø +0.10 ke phi ø +1.00).


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia