PENGGUNAAN TEKNIK BERILIUM-7 UNTUK MENGANGGAR KADAR HAKISAN TANIH JANGKA PENDEK (The Use of Beryllium-7 Technique in Estimating Short-term Soil Erosion Rates)

Mokhtar Jaafar, Hafizi Mat Salleh, Sharifah Mastura Syed Abdullah, Muhd Asrul Affendee Sudin

Abstract


Artikel ini merencanakan kegunaan radionuklid berilium-7 sebagai bahan surihan alternatif dalam kajian hakisan tanih. Kegunaan berilium-7 dalam kajian hakisan tanih adalah untuk menganggar kadar hakisan tanih dan kehilangan tanih jangka pendek berdasarkan kejadian hujan semasa. Kemampuan radionuklid berilium-7 telah terbukti melalui beberapa kajian yang menguji potensi radionuklid ini sebagai penyurih yang efisien dan signifikan untuk menganggar kadar hakisan tanih jangka pendek. Penggunaan radionuklid berilium-7 dalam kajian hakisan tanih harus dilakukan secara sistematik dengan memenuhi beberapa andaian penting dan memahami batasan penggunaannya berdasarkan ciri sesuatu ekosistem. Walau bagaimanapun, berilium-7 tetap sesuai digunakan sebagai penyurih hakisan tanih jangka pendek dalam pelbagai ekosistem selagi andaian dan batasan kepenggunaannya dipatuhi.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia