KANDUNGAN LOGAM BERAT DALAM PERSEKITARAN TANIH DAN DILLENIA SUFFRUTICOSA DI KAWASAN LOMBONG PELEPAH KANAN, KOTA TINGGI JOHOR (Heavy metals content in Soil Environment dan Dillenia Suffruticosa at Pelepah Kanan Mining Area, Kota Tinggi, Johor)

Sahibin Abd. Rahim, Wan Mohd. Razi Idris, Zulfahmi Ali Rahman, Tukimat Lihan, Ramlan Omar, Muhammad Barzani Gasim, WongWei Cheng

Abstract


Kajian ini dijalankan di kawasan lombong besi Pelepah Kanan di Kota Tinggi, Johor. Tiga bahagian
tumbuhan (daun, batang dan akar) Dillenia suffruticosa serta substrat tanih yang menyokong
pertumbuhannya dikumpulkan dari kawasan tanih lombong. Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan
kandungan logam berat dalam tanih dan tumbuhan Dillenia suffruticosa. Sebanyak 14 sampel tanih
dan tumbuhan Dillenia suffruticosa dikumpul untuk dianalisis. Kandungan logam berat jumlah dalam
tanih diekstrak dengan asid nitrik dan asid perklorik dalam nisbah 3:1 manakala kandungan logam
berat tersedia dalam tanih diekstrak dengan larutan ammonium asetat-asid asetik. Kandungan logam
berat dalam tumbuhan pula diekstrak melalui kaedah penghadaman basah. Kandungan logam berat di
dalam larutan hasilan ekstrak tanih dan tumbuhan ditentukan dengan Spektrofotometer Penyerapan
Atom Nyalaan (Perkin Elmer Model 3300). Hasil kajian menunjukkan bahawa Fe mencatatkan
kepekatan purata jumlah yang tertinggi di dalam tanih diikuti oleh Mn, Sn, Co, Cu, Pb, Zn, Ni, Cd dan
Cr. Kepekatan purata logam berat tersedia dalam susunan menurun adalah serupa dengan purata
kepekatan jumlah. Logam berat yang banyak diambil oleh tumbuhan berdasarkan BACnya adalah Ni,
Mn, Cr, Sn, Zn dan Cu. Didapati tumbuhan Dillenia suffruticosa ini sesuai sebagai agen fitoremidiasi
untuk logam-logam ini.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia