PENGANGGARAN KADAR HAKISAN TANIH JANGKA PENDEK DAN JANGKA PANJANG MENGGUNAKAN TEKNIK RADIONUKLID (Estimates of Rates of Short- And Longer-Term Soil Erosion Using Radionuclide Techniques)

Mokhtar Jaafar

Abstract


Teknik radionuklid 7Be telah digunakan untuk menganggarkan kadar hakisan tanih jangka pendek
manakala 137Cs pula untuk jangka panjang, di Ladang Dalwood, Devon, England. Persampelan tanih
secara transek dilakukan pada awal musim hujan (November 2004) bagi pengukuran hakisan tanih jangka
panjang, manakala persampelan tanih bagi pengukuran jangka pendek pula adalah pada Januari 2005.
Hasilnya menunjukkan kadar bersih hakisan tanih jangka panjang adalah 3.4 t ha-1 thn-1 manakala bagi
jangka pendek pula adalah 24.2 t ha-1. Ini membuktikan berlaku pemindahan sedimen daripada ladang
jagung tersebut ke sistem saliran berdekatan. Nisbah penghasilan sedimen pula menunjukkan peratusan
sebanyak 77% bagi tempoh jangka pendek dan 33% bagi tempoh jangka panjang. Secara bandingan,
kadar hakisan daripada sesuatu kejadian hujan semasa adalah tinggi dan lebih banyak sedimen diangkut
keluar daripada ladang tersebut manakala kadar hakisan bagi tempoh lebih kurang 30 tahun adalah
sederhana dan proses pemendapan sedimen berlaku di sepanjang cerun. Kajian ini membuktikan amalan
membiarkan permukaan tanih di ladang jagung tanpa pendekatan mesra 

alam telah meningkatkan kadar
hakisan dan penghasilan sedimen di dalam sistem saliran berdekatan.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia