MAKANAN HANTARAN DALAM PERKAHWINAN MELAYU KELANTAN: ADAT DAN INTERPRETASI ( Food gifts in Kelantanese Malay Weddings: Custom and Interpretation)

Aishah @Eshah Haji Mohamed, Sulong Mohamad, Haziyah Hussain

Abstract


Dalam perkahwinan Melayu Kelantan, adat menuntut supaya pengantin lelaki dan wanita bertukartukar
pemberian pada hari perkahwinan. Pemberian ini dinamakan hantaran dan selalunya dalam
bentuk barang keperluan peribadi kedua-dua pengantin (seperti baju, alat persolekan, barang kemas)
dan makanan. Makalah ini meninjau perkara yang bersangkutan dengan adat dan makna makanan
hantaran dalam upacara perkahwinan Melayu Kelantan dengan memberi perhatian kepada tingkah
laku dan item-item simbolik yang berkaitan dengan makanan. Perbincangan ini diasaskan kepada
kajian yang dilakukan di Kelantan. Orang Melayu Kelantan masih mengamalkan adat memberi
makanan sebagai sebahagian daripada bahan hantaran perkahwinan mereka. Jumlah bahan hantaran
ini mestilah dalam angka ganjil. Makanan yang menjadi hantaran terdiri daripada nasi pulut dan telur
semangat, sirih junjung, buah-buahan, kueh muih dan lauk paut (hanya daripada pihak pengantin
perempuan). Makanan itu diletakkan di atas pahar (iaitu talam berkaki yang dibuat daripada gangsa
atau tembaga) dan dihias cantik mengikut kemampuan keluarga pengatin. 

Kepentingan dan makna
makanan hantaran ini dibincangkan dengan detail dalam artikel ini.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.