GOLONGAN MUDAMAT REMPIT: SUATU EKSPRESI SUB BUDAYA (Activities and Social Expressions of a Mat Rempit Youth Group: A Sub-cultural Study)
Abstract
Kajian ini membincangkan fenomena Mat Rempit dari sudut aktiviti dan sub-budaya yang diamalkan
oleh segolongan anak muda di Kuala Lumpur. Permasalahan kajian memfokus kepada aktiviti dan
ekspresi sub-budaya Mat Rempit bukan sahaja daripada aktiviti berlumba haram, bahkan juga aktiviti
yang berkaitan dengannya seperti berhibur melalui muzik, mencuri motosikal dan mengambil dadah.
Pengkaji telah memilih 45 orang responden menggunakan kaedah pesampelan bertujuan dalam satu
kerja lapangan yang dijalankan dari Januari hingga November 2007. Responden yang dipilih adalah
Mat Rempit di Kuala Lumpur berusia antara 17 hingga 26 tahun. Seramai 7 orang responden telah
ditemubual secara mendalam. Kajian bertujuan memperihal aktiviti Mat Rempit dan mengenal pasti
elemen-elemen khusus dalam sub-budaya yang diamalkan oleh mereka. Kajian turut melihat ekspresi
sosial golongan Mat Rempit melalui aktiviti serta sub-budaya mereka yang melibatkan penggunaan
ruang fizikal dan sosial serta peluang untuk menjalankan aktiviti dan membangunkan sub-budaya
mereka. Kajian mendapati sub-budaya yang terhasil merupakan suatu reaksi dan penyelesaian
berbentuk kolektif golongan Mat Rempit terhadap budaya masyarakat konvensional yang
dipersepsikan membatas kehendak dan keinginan orang muda seperti terpancar melalui pelbagai
aktiviti dan sub-budaya khusus mereka, dan pada masa sama cenderung mempermasalahkan
penggunaan masa lapang mereka.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
-
_________________________________________________
eISSN 1823-884x
Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia