MENULIS AYAT ARAB MELALUI TEKNIK SINAMBUNGAN VISUAL-GAMBAR (Writing Arabic Sentences through Continuous Visual-Picture)

Siti Nurhajariah Md Isa, Awatif Abdul Rahman, Ku Fatahiyah Ku Azizan, Hairun Najuwah Jamali

Abstract


Menulis merupakan suatu medium yang membolehkan pelajar mengekspresi buah fikiran, melahirkan perasaan dan menceritakan peristiwa.  Walau bagaimanapun, tahap pelajar dalam kemahiran membina ayat adalah lemah, di mana kesalahan meliputi kesilapan dalam memilih perkataan yang tepat dalam menggambarkan suatu makna. Lantaran itu, teknik pengajaran dalam kemahiran menulis perlu divariasikan sebagai usaha untuk membantu pelajar mempelajari kemahiran menulis khususnya dalam penulisan ayat. Kajian ini secara ringkasnya cuba mendapatkan penilaian pelajar terhadap teknik sinambungan visual-gambar dalam pengajaran dan pembelajaran menulis ayat bahasa Arab. Kajian ini berbentuk kajian tindakan yang melibatkan 90 orang pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Hasil kajian mendapati teknik sinambungan visual-gambar merupakan teknik pengajaran yang dipersetujui pelajar membantu mereka dalam mempelajari kemahiran menulis bahasa Arab melalui item-item penilaian teknik sinambungan visual-gambar. Kajian ini diharap dapat membantu para pengamal pendidikan bahasa Arab dalam variasi teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis khususnya dalam kemahiran penulisan ayat bahasa Arab.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia