PERANAN MAHATHIR DALAM MENCORAKKAN HALA TUJU MALAYSIA TERHADAP KOMANWEL (Role of Mahathir Shaping the Direction of Malaysia in the Commonwealth)

Mohd Afendi Daud, Junaidi Awang Besar, Novel Lyndon

Abstract


Artikel ini mengupas sejarah Komanwel dan seterusnya menganalisis pandangan Dr. Mahathir terhadap Komanwel. Pada mulanya Dr. Mahathir berpandangan bahawa Komanwel tidak dapat membantu Malaysia dan sebagai sebuah pertubuhan yang tidak berfungsi dan dikuasai oleh Negara-negara Maju terutama Britain. Oleh itu, Dr. Mahathir telah meletakkan kepentingan Komanwel di tempat yang keempat. Ketidakhadiran beliau dalam persidangan Komanwel yang berlangsung di Melbourne, Australia pada tahun 1981 telah menyebabkan timbulnya hubungan yang kurang baik dengan pihak Australia. Pihak Australia tidak berpuas hati dengan mengkritik sikap beliau. Beliau juga turut tidak hadir di persidangan Komanwel pada tahun 1983 di New Delhi, India. Pada mulanya beliau mengambil keputusan tidak mahu menghadirkan diri di Persidangan Komanwel 1985 di Nassau Bahamas tetapi bersetuju untuk menghadirkan diri setelah beliau diminta oleh Setiausaha Agung Komanwel. Selepas di persidangan Komanwel 1985 ini telah mengubah pandangan Dr. Mahathir terhadap kepentingan dan peranan yang boleh dilakukan terhadap Komanwel. Artikel ini melihat kepentingan Komanwel terhadap Malaysia yang pada mulanya adalah penting terutama dalam aspek pertahanan. Zaman berubah dan kepentingan terhadap aspek ekonomi lebih diberi tumpuan terutama dalam menjalin hubungan bilateral antara negara anggota Komanwel. Mahathir telah berjaya meletakkan nama Malaysia melalui Komanwel kepada dunia terutama kepada Negara Dunia Ketiga.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia