OTONOMI DAERAH DAN REAKSI PENDUDUK TEMPATAN TERHADAP UPAYA MENGHIDUPKAN SEMULA BUDAYA LELUHUR TIONGHOA DI KECAMATAN PADANG BARAT, PADANG (Local Autonomy and Native Reaction to Revitalization of Chinese Culture in West Padang District, Padang)

Delpa bin Yunus, Rahimah Abdul Aziz

Abstract


Pemerintahan orde reformasi telah memperkenalkan konsep otonomi daerah. Matlamatnya adalah untuk mendorong semua etnik di Indonesia membangkitkan kembali budayanya masing-masing. Secara tidak langsung otonomi daerah memberikan laluan mudah kepada kegiatan minoriti Tionghoa untuk menghidupkan semula budaya leluhur yang sekian lama terkubur. Sehubungan dengan itu, minoriti Tionghoa di Kecamatan Padang Barat mula giat menghidupkan semula budaya mereka. Seiring dengan itu muncul reaksi dan isu penerimaan oleh sesetengah penduduk tempatan terhadap budaya Tionghoa sehingga telah menghambat upaya menghidupkan semula budaya berkenaan. Objektif kajian ini mengenalpasti sejauhmana kewujudan otonomi daerah boleh memberikan laluan mudah kepada orang Tionghoa Padang untuk menghidupkan semula budaya warisan nenek moyang. Kajian mengambil pendekatan kualitatif. Kaedah pemilihan informan menggunakan snowball. Manakala kaedah pengumpulan maklumat menggunakan kaedah temubual mendalam terhadap informan. Kajian dijalankan di Kecamatan Padang Barat, bandar Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Temuan kajian mendapati bahawa upaya menghidupkan semula budaya Tionghoa berhadapan dengan masalah stereotaip dan prasangka. Masalah stereotaip dan prasangka terlihat dengan adanya persepsi yang menyatakan budaya Tionghoa mengandungi fahaman komunisme. Temuan kajian mendapati penduduk tempatan meyakini gerakan kebangkitan kembali budaya Tionghoa Padang boleh membangkitkan kembali ideologi komunisme. Boleh disimpulkan kedudukan orang Tionghoa Padang sebagai kumpulan minoriti difahami telah memberikan laluan mudah terjadinya stereotaip dan prasangka yang pula menghambat upaya mereka menghidupkan semula budaya leluhur mereka.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.