ISU-ISU PERUMAHAN DAN IMPAK GEOPOLITIK DI KUALA LUMPUR: SEJARAH, REALITI & MASA DEPAN (Housing Issues And Impact Of Geopolitics In Kuala Lumpur: History, Reality & Future)

Mazlan Ali, Junaidi Awang Besar, Mohd Fathi Yusof

Abstract


Keadaan geopolitik di sesuatu kawasan akan mempengaruhi polisi awam sesebuah negara. Keadaan tersebut juga mempengaruhi sistem pendidikan, dasar perancangan, propaganda serta psikologi perseorangan. Pengaruh dan fahaman globalisasi telah mengubah cara penaklukan jajahan melalui penguasaan pasaran ekonomi dan kuasa politik. Penglibatan dan sokongan seseorang terhadap sesebuah parti politik berdasarkan kepada peluang memiliki rumah dan sokongan terhadap pemimpin atau parti politik akan terjejas jika penyokongpenyokong parti diketepikan. Berdasarkan temubual di lapangan iaitu di Kuala Lumpur dan rujukan sumber sekunder menunjukkan bahawa pembangunan perumahan dapat mengubah komposisi dan mempengaruhi geopolitik kaum dengan meningkatnya bilangan pemilih baru. Komposisi ini bergantung kepada jumlah unit rumah yang dimiliki mengikut kaum selaras dengan kemampuan mereka. Perubahan komposisi kaum secara tidak langsung akan menyebabkan kuasa politik dipengaruhi oleh kaum yang mendominasi sesebuah taman atau bandar baru. Isu-isu perumahan dan pembangunan bandar di Kuala Lumpur dapat mempengaruhi sokongan pengundi dalam pilihan raya umum di kota raya tersebut. Pembangunan semula kawasan setinggan dengan pembinaan rumah mampu milik seperti Program Perumahan Rakyat (PPR) memberi kelebihan kepada BN untuk memperoleh undi yang besar di kawasan pembangunan semula tersebut.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia