MOTIVASI BELAJAR DAN KETERLIBATAN DALAM PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENGARANG BAHASA MELAYU (Learning Motivation and Engagement in Learning Malay Language Writing Skills)

Zuraini Jusoh, Fadzilah Abd Rahman, Norazlina Mohd Kiram, Samsilah Roslan

Abstract


Murid-murid yang mempunyai motivasi belajar dapat diperhatikan melalui keterlibatan mereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kajian lepas menunjukkan bahawa murid rendah pencapaian kurang bermotivasi dan keterlibatan dalam pembelajaran. Namun, timbul persoalan adakah murid-murid ini kurang bermotivasi dan keterlibatan dalam semua mata pelajaran atau mata pelajaran tertentu sahaja? Oleh itu, dengan memberi fokus kepada kemahiran mengarang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, kajian berbentuk tinjauan secara deskriptif menggunakan borang soal selidik telah dijalankan. Sebanyak 166 borang soal selidik menggunakan skala Likert empat mata telah diedarkan kepada tiga buah sekolah. Hasil dapatan menunjukkan bahawa murid-murid rendah pencapaian ini mempunyai motivasi belajar (min = 3.03, sp = 0.38) dan keterlibatan dalam pembelajaran (min = 3.09, sp = 0.39) kemahiran mengarang yang tinggi. Dapatan ini berbeza sekali dengan dapatan pengkaji sebelum ini. Sehubungan dengan itu, kajian lebih lanjut dicadangkan untuk mengetahui secara lebih mendalam apakah faktor yang membuatkan murid-murid ini bermotivasi dan mempunyai keterlibatan yang tinggi dalam kemahiran mengarang. Adakah disebabkan oleh pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru, pengaruh ibu bapa, kesedaran diri murid-murid itu sendiri ataupun faktor lain? 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.