FONOLOGI SUBDIALEK PULAU PINANG: SATU KAJIAN DI BALIK PULAU (The Phonology of Penang Subdialects: A Study in Balik Pulau)

Ong Su Teck, Nur Syahida Adilah Suri, Rahim Aman

Abstract


Kajian ini dijalankan untuk menunjukkan inventori fonem yang terdapat dalam subdialek Pulau Pinang dan membandingkan proses-proses fonologi dalam subdialek ini dengan dialek Melayu Kedah standard. Kampung Sungai Burung, Balik Pulau di Pulau Pinang telah dijadikan sebagai kawasan kajian untuk mengutip data kajian ini. Kampung Sungai Burung merupakan kampung yang paling hujung sekali di Balik Pulau. Seorang wanita yang berumur tua, tahap pendidikan rendah, merupakan penduduk asal dan tidak pernah bermigrasi ke kampung lain telah dipilih sebagai informan. Ramai yang beranggapan bahawa subdialek Pulau Pinang merupakan salah satu variasi dialek Melayu Kedah, maka subdialek ini semestinya tiada perbezaan dengan dialek Melayu Kedah. Namun berdasarkan analisis subdialek ini, penyebaran konsonan dalam dialek ini berbeza sama sekali dengan dialek Melayu Kedah. Di samping itu, proses fonologi seperti proses peleburan segmen rangkap dan proses asimilasi nasal-obstruen dalam subdialek ini juga berbeza jika dibandingkan dengan ragam Kedah yang standard. Hasil kajian yang diperolehi ini diharapkan dapat membuktikan kepada khalayak bahawa subdialek Pulau Pinang mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri yang membezakannya daripada subdialek Kedah yang lain dan juga dialek Melayu Kedah standard.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia