Isu Kanak-Kanak Tanpa Warganegara Yang Diambil Sebagai Anak Angkat

Nizamuddin bin Alias, Aqwa Zaidan bin Mohd Zaidi

Abstract


Perkara 15 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 memperuntukkan bahawa setiap orang adalah berhak kepada suatu kewarganegaraan. Walaubagaimanapun, tanpa kewarganegaraan adalah isu hak asasi manusia global yang memberi impak kepada berjuta-juta orang. Ketiadaan kewarganegaraan menyukarkan orang tanpa warganegara untuk mengakses pendidikan, penjagaan kesihatan, pekerjaan dan faedah keselamatan sosial. Di Malaysia, bilangan orang tanpa kewarganegaraan adalah membimbangkan terutamanya kanak-kanak yang diambil sebagai anak angkat sering menghadapi kesukaran dalam memperoleh kewarganegaraan. Isu kewarganegaraan dalam pengambilan anak angkat tanpa warganegara merupakan satu kekaburan undang-undang kerana prosedur permohonan kewarganegaraan yang sedia ada kurang berkesan. Proses permohonan kewarganegaraan yang panjang termasuk melalui proses mahkamah di bawah Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan dan prosedur permohonan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan, menjadi cabaran utama. Kajian ini menggunakan analisis kritikal daripada kajian kepustakaan untuk menilai secara mendalam prinsip-prinsip undang-undang yang terlibat, kes-kes yang relevan serta kesan undang-undang. Kajian doktrinal digunakan untuk menganalisis data. Oleh itu, kajian ini mengkaji kedudukan undang-undang sedia ada, meneliti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak tanpa warganegara yang diambil sebagai anak angkat serta memberi cadangan penambahbaikan terhadap prosedur permohonan kewarganegaraan bagi memastikan anak angkat tanpa warganegara diiktiraf dan dilindungi secara lebih adil dan berkesan. Dapatan kajian akan memberikan cadangan konstruktif kepada pembuat dasar untuk memperbaharui undang-undang sedia ada berkaitan kewarganegaraan. Dengan ini, sistem kewarganegaraan di Malaysia dapat diperkukuhkan lagi dengan lebih inklusif dan memberi peluang yang saksama kepada semua kanak-kanak. 

 

Article 15 of the Universal Declaration of Human Rights provides that everyone has the right to a nationality. However, statelessness is a global human rights issue that impacts millions of people. The absence of nationality makes it difficult for stateless individuals to access education, healthcare, employment and social benefits. In Malaysia, the number of stateless individuals is alarming, particularly children who are adopted often face difficulties in acquiring nationality. The issue of citizenship in the adoption of stateless children presents a legal ambiguity due to the ineffectiveness of existing citizenship application procedures. The lengthy citizenship application process, which involves court proceedings under Article 14(1)(b) of the Federal Constitution and the application procedure outlined in Article 15A of the Federal Constitution, presents a significant challenge. This study employs a critical analysis of the literature review to evaluate the legal principles involved, relevant cases and legal implications. Doctrinal research is used to analyse the data. Therefore, this study explores the current legal position, examines the challenges faced by stateless adopted children and provides recommendations for improving the citizenship application procedure to ensure that stateless adopted children are recognized and protected fairly and effectively. The findings of this study will provide policymakers with constructive recommendations for reforming existing citizenship laws. In doing so, the citizenship system in Malaysia can be further strengthened inclusively, giving equal opportunities to all children.


Full Text:

PDF

References


Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257).

Akta Kanak-Kanak 2001 (diterbitkan oleh Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang, Malaysia 2023).

Azizah Mohd. (2012). Adoption as a Means of Child Protection: The Law and Practice in Malaysia. Asia Pacific Journal of Social Work and Development, 22(1), 79-89. https://doi.org/10.1080/02185385.2012.681147

Alya Alhadjri. (2023, April 6). Kelulusan Kewarganegaraan Anak Luar Nikah dan Anak Angkat Rendah. MalaysiaKini. https://www.malaysiakini.com/news/661327

Chin Kooi Nah (mewakili Chin Jia Nee) v Pendaftar Besar Kelahiran dan Kematian Malaysia Malaysia (2016) 7 MLJ 717.

Connie Grace. (2025, February 27). Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan Permudah Proses Permohonan Kewarganegaraan. TVS. https://www.tvsarawak.my/2025/02/27/jawatankuasa-khas-status-kewarganegaraan-permudah-proses-permohonan-kewarganegaraan/

CTEB & lain-lain v Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Malaysia (2021) 4 MLJ 236.

DDL & lain-lain v Pendaftar Besar Kelahiran dan Kematian Malaysia (2024) 9 MLJ 270.

DHRRA Malaysia. (2019). Menyelesaikan Isu Tanpa Kewarganegaraan di Malaysia. https://dhrramalaysia.org.my/wp-content/uploads/2022/04/Resolving-Statelessness-in-Malaysia_compressed.pdf

DHRRA Malaysia. (2020). Undang-Undang Kewarganegaraan: Mengurangkan Isu Tanpa Kewarganegaraan di Malaysia. https://dhrramalaysia.org.my/wp-content/uploads/2022/04/Gender-Equal-Nationality-Law_compressed.pdf

Foo Toon Aik (mewakili Foo Shi Wen) v Ketua Pendaftar Kelahiran dan Kematian Malaysia (2012) 9 MLJ 573.

Goh Siu Lin. (2016, April 17). End the Misery of Stateless Children. FMT. https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2016/04/17/end-the-misery-of-stateless-children

Goh Siu Lin. (2016, April 18). In the Case of M. Navin - The Guiding Criteria for Article 15A. MalaysiaKini. https://www.malaysiakini.com/letters/338183

Hariati Azizan. (2018, April 1). The State of Statelessness. The Star. https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/04/01/the-state-of-statelessness-for-those-born-in-malaysia-but-without-a-citizenship-their-life-is-left-i

Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2023). Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara. https://jkm.penang.gov.my/index.php/14-dasar/25-dasar-perlindungan-kanak-kanak-negara

Jeyakumar Devaraj. (2024, September 19). Dilahirkan di Malaysia, tapi bukan Warganegara: Dilema anak-anak tanpa negara. ALIRAN. https://m.aliran.com/thinking-allowed-online/dilahirkan-di-malaysia-tapi-bukan-warganegara-dilema-anak-anak-tanpa

Jeyakumar Devaraj. (2024, September 13). Masalah Kewarganegaraan yang Dihadapi oleh Dua Golongan Terpinggir. SOSIALIS. https://sosialis.net/2024/09/13/masalah-kewarganegaraan-yang-dihadapi-oleh-dua-golongan-terpinggir/

Konvensyen Hak Kanak-Kanak 1989.

Mazura Md Saman & Nor Hafizah Mohd Badrol Affandi. (2020). The Viability of Adoption as an Attributable Factor for Citizenship Conferment in Malaysia. International Journal for Studies on Children, Women, Elderly and Disabled, 11, 85-91.

Malaysia Mendidik. (2024). Pendidikan Karamah Insaniah. http://www.malaysiamendidik.org/

Md Zawazi Abu Bakar & Chan Cheong Chong. (2018). Amalan Pengangkatan Kanak-Kanak di Malaysia: Satu Analisis Perbandingan. Jurnal Pembangunan Sosial, 21, 47-63. https://doi.org/10.32890/jps.21.2018.11553

Nazaruddin Jali, Asnarulkhadi Abu Samah, Ma’rof Redzuan & Ismail Rashid. (2003). Malaysian Studies: Nationhood and Citizenship. Prentice Hall Publication.

Nor Hafizah Mohd Badrol Affandi. (2020, June 2). Living in limbo: In Malaysia, Adopted Children are not Guaranteed Citizenship. The Star. https://www.thestar.com.my/opinion/letters/2020/06/02/living-in-limbo-in-malaysia-adopted-children-are-not-guaranteed-citizenship

Perlembagaan Persekutuan (diterbitkan oleh Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang, Malaysia 2020).

Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948.

Pendaftar Besar Kelahiran dan Kematian Malaysia v Pang Wee See & lain-lain (2017) 3 MLJ 308.

Penyata Rasmi (Hansard) Parlimen 1962.

Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) Kewarganegaraan 2024.

Raymond Mah & Chloe Lim Yen Hwa. (2013, January 10). Citizenship for Adopted Children: A Malaysian Perspective. MahWngKwai & Associates. https://mahwengkwai.com/citizenship-for-adopted-children-a-malaysian-perspective/

Roslina Che Soh, Nora Abdul Hak, Noraini Md. Hashim & Mohd Helmi Said. (2017). Adequacy of the Law in Protecting the Rights of Adopted Children in Malaysia. Proceedings International Conference on Law and Sociey Yogyakarta (pp.319-327).

Shamsuddin Suhor. (2015). Anak Angkat dan Undang-Undang. Dewan Bahasa Pustaka Publication.

Suharne Ismail. (2020). Peruntukan Undang-Undang bagi Proses Pengangkatan dan Menjaga Hak serta Kebajikan Anak Angkat. Journal of Law & Governance, 2(1), 39-50.

SUHAKAM. (2024). Hak Asasi Manusia dan Tanpa Kewarganegaraan di Semenanjung Malaysia. https://suhakam.org.my/wp-content/uploads/2025/01/Ringkasan-Dwibahasa-Laporan-Kajian-Suhakam.pdf

Than Siew Beng & lain-lain v Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (2017) 5 MLJ 662.

UNICEF. (2019). Four Principles of the Convention on the Rights of the Child. https://www.unicef.org/armenia/en/stories/four-principles-convention-rights-child

Zen Yie Ko & Manique AE Cooray. (2024). Legal and Social Issues of Stateless Children in Malaysia. Asian Journal of Law and Policy, 4(1), 77-98.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

e-ISSN : 2550-1704