CABARAN OPERASI DAN PEMBUKTIAN PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA WANITA MENURUT ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH DAN ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH NEGERI PULAU PINANG

Mohd Asri Taib, Mohd Izzat Amsyar Mohd Arif

Abstract


Artikel ini meneliti peranan Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) wanita dalam pelaksanaan penguatkuasaan jenayah syariah di Negeri Pulau Pinang dengan memberi penekanan khusus terhadap kerangka perundangan yang diperuntukkan di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah dan Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Negeri Pulau Pinang. Perbincangan merangkumi aspek pelantikan, bidang kuasa, serta fungsi PPA wanita dalam pelaksanaan operasi penguatkuasaan, termasuk serbuan dan penyiasatan. Selain itu, artikel ini turut menganalisis cabaran yang dihadapi meliputi aspek penguatkuasaan, peribadi, pentadbiran dan keperluan pembuktian di Mahkamah Syariah. Dapatan menunjukkan bahawa walaupun PPA wanita memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran penguatkuasaan, mereka berhadapan dengan pelbagai kekangan yang memerlukan penambahbaikan dari segi latihan, sokongan pentadbiran dan pemantapan prosedur kerja. Artikel ini mencadangkan agar pendekatan yang lebih komprehensif diambil bagi memperkukuh peranan PPA wanita dalam sistem perundangan syariah.


Full Text:

PDF

References


Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang).

Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang).

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996.

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.

Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Pulau Pinang).

Perlembagaan Persekutuan, Jadual Kesembilan, Senarai Negeri.

Abdul Monir Yaacob. (2015). Pelaksanaan Undang-Undang Syariah di Malaysia: Cabaran dan Prospek. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 9, 1-15.

Ahmad Hidayat Buang. (2007). Undang-Undang Islam di Malaysia: Prinsip dan Amalan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Dr Shamrahayu A.Aziz. (2016). Isu Penguatkuasaan Undang-Undang Jenayah Syariah di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Imam Muslim, Abu al-Hussain Muslim bin Hajjaj al-Qusairiy al-Naisaburiy. Sahih Muslim. Tahqiq oleh Mohd Fuad Abdul Baqiy. Maktabah Isa al-babiy al-Halabiy, Kaherah, Mesir.

Raihanah Azahari. (2004). Pembuktian dalam Kes Jenayah Syariah di Malaysia. Jurnal Syariah, 12(2), 1-20.

Siti Aisyah Abidin, Ainul Mardhiah Zabidi, Siti Izzatulwafa Shamsudin, Noor Amalina Mohs Shah & Zul-kfli Hussain. Cabaran Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) Dalam Menguatkuasakan Undang-Undang Jenayah Syariah Di Negeri Perak. Universiti Sultan Azlan Shah.

Wan Abdul Fatah Wan Ismail. (2010). Keterangan Dalam Undang-Undang Syariah: Satu Analisis. Jurnal Fiqh, 7, 45-60.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

e-ISSN : 2550-1704