From Palace to Cyber Space: The Development of Ghazal Music Digital Library
Abstract
Muzik Ghazal Melayu merupakan satu daripada warisan seni budaya negeri Johor. Muzik Ghazal yang berasal dari Semenanjung Arab dan dipengaruhi oleh budaya India mencerminkan keperibadian masyarakat di mana muzik ini berasal. Irama dan alunan muzik yang mendayu-dayu dan melankolok ditambah dengan kekayaan pantun yang diadaptasi menjadi lirik lagu, membuat muzik ghazal menjadi muzik yang mewakili sepenuhnya jiwa, keperibadian dan sikap hidup masyarakat Melayu. Muzik Ghazal Melayu dipilih sebagai skop kajian kerana generasi muda khususnya dan masyarakat hari ini amnya kurang didedahkan keunikan serta keindahan irama dan warisan muzik Melayu ini. Pembangunan Perpustakaan Digital Kesenian Muzik Ghazal Melayu merupakan satu usaha untuk mendokumentasi, mendigital, memelihara dan memulihara warisan seni muzik Melayu ghazal agar tidak hilang ditelan arus zaman. Matlamat utama projek ini adalah untuk menyediakan satu sumber rujukan alternatif kepada pengguna dalam mengenali seni muzik Melayu ghazal. Secara khususnya, objektif pembangunan perpustakaan digital ini adalah untuk menghasilkan sebuah sistem capaian maklumat berasaskan web berkaitan seni muzik Ghazal Melayu. Selain itu, ianya bertujuan untuk membangunkan sebuah repositori yang berupaya mengstruktur dan mengorganisasi maklumat dari pelbagai sumber berkaitan seni muzik Ghazal. Pembangunan perpustakaan digital ini juga bertujuan untuk memperbanyak dan memperkaya sumber maklumat mengenai kesenian dan warisan Melayu negara ini khususnya, kesenian muzik Ghazal Melayu. Perpustakaan Digital Muzik Ghazal Melayu menggunakan Bahasa Melayu sebagai satu usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Keywords
Perpustakaan Digital Muzik Ghazal Melayu, Perpustakaan digital
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
e-ISSN : 2289-2192
For any inquiry regarding our journal please contact our editorial board by email apjitm@ukm.edu.my