Software Engineering for Mathematics Multimedia Course based on Multi Intelligences Model (MI-MathS)

Bushro Ali, Halimah Badioze Zaman

Abstract


Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer multimedia telah digunakan sebagai komponen utama dalam mereka bentuk dan mengimplementasi suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Perbezaan individu memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran yang direka bentuk berasaskan pengajaran berbantukan teknologi multimedia dapat memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran dan kecerdasan yang berbeza. Kajian ini menggunakan teori kecerdasan pelbagai sebagai satu kriteria untuk menilai kecerdasan yang dimiliki oleh pelajar dalam membangunkan sebuah perisian multimedia, kerana teori ini dikenal pasti dapat meningkatkan motivasi dan pencapaian pelajar. Sehubungan dengan itu, pengkaji telah membangunkan sebuah perisian kursus multimedia berasaskan teori kecerdasan pelbagai bagi mempelajari topik trigonometri untuk pelajar tingkatan 4 (dipanggil MI-MathS). Kertas ini membincangkan model reka bentuk berarahan perisian yang merangkumi enam komponen iaitu: ciri kecerdasan pelbagai, hasil pembelajaran, teori pengajaran dan pembelajaran, pendekatan, strategi dan interaktiviti.Tiga jenis strategi pengajaran diterapkan ke dalam perisian MI-MathS iaitu strategi pengajaran linguistik verbal (VL), strategi pengajaran matematik logik (LM) dan strategi pengajaran ruang visual (VS). Dapatan kajian menunjukkan penggabungan antara multimedia dan teori kecerdasan pelbagai dapat meningkatkan pernyertaan aktif pelajar secara berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


Keywords


Perisian multimedia, pendidikan matematik, teori kecerdasan pelbagai, model reka bentuk berarahan

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN : 2289-2192

For any inquiry regarding our journal please contact our editorial board by email apjitm@ukm.edu.my