Bohong Sosial dalam Lakuan Respons Pujian Berdasarkan Gender
Abstract
Dalam komunikasi masyarakat di Malaysia amalan menjaga air muka dan tidak berterus terang merupakan salah satu pegangan adat dan budaya santun. Bohong sosial misalnya merupakan situasi berbahasa yang lazim ditemui dalam konteks pertuturan santun masyarakat. Bohong sosial ialah pertuturan yang tidak berterus terang, bersifat berlapik atau adakalanya mengalihkan topik bagi menjaga kesopanan dalam sesuatu perbualan. Bohong sosial menjadi salah satu penanda kesantunan dalam budaya berbahasa agar sesuatu komunikasi berjalan lancar. Fenomena bohong sosial yang menjadi amalan dalam respons pujian dilihat bertujuan menjaga hati dan perasaan orang lain agar dapat memelihara keharmonian dalam berbahasa. Oleh hal yang demikian, kajian ini memanfaatkan 4000 respons daripada 200 orang responden lelaki dan perempuan yang merupakan pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Kajian ini mengenal pasti dan mengklasifikasikan maklum balas daripada responden terhadap 12 pujian yang telah direka bentuk menerusi tiga klasifikasi oleh Manes dan Wolfson (1981). Data kajian ini dianalisis menggunakan taksonomi respons terhadap pujian oleh Herbert (1990). Kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan respons pujian antara pelajar lelaki dan perempuan yang dikaji. Hasil kajian menunjukkan kaum perempuan lebih banyak menerima pujian berbanding kaum lelaki, iaitu masing-masing sebanyak 85.3% dan 81.2%. Dapatan kajian juga mendapati kaum lelaki lebih banyak melakukan bohong sosial berbanding kaum perempuan. Oleh hal yang demikian, hasil dapatan ini secara tidak langsung memperlihatkan bohong sosial masih digunakan dalam kalangan generasi muda bagi tujuan merendah diri dan bersopan santun semasa interaksi sosial dalam masyarakat.
In social communication in Malaysia, the practice of keeping a straight face and not being frank is one of the customs and polite culture. Social lying, for example, is a language situation that is commonly found in the context of social polite speech. Social lying is speech that is not frank, is padded or sometimes diverts the topic to maintain politeness in a conversation. Social lying is one of the markers of politeness in language culture so that a communication goes smoothly. The phenomenon of social lies that is practiced in response to compliments is seen as aiming to protect the hearts and feelings of others in order to maintain harmony in speaking. As such, this study utilizes 4000 responses from 200 male and female respondents who are students at Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). This study identifies and classifies responses from respondents to 12 compliments that have been designed through three classifications by Manes and Wolfson (1981). The data of this study was analyzed using the taxonomy of response to praise by Herbert (1990). This study shows that there is a difference in response to praise between the male and female students studied. The results of the study show that women receive more compliments than men, which are 85.3% and 81.2% respectively. The findings of the study also found that men commit more social lies than women. Therefore, the results of this finding indirectly show that social lies are still used among the younger generation for the purpose of being humble and polite during social interactions in society.
Full Text:
PDFReferences
Amalia Khalifah. 2015. Compliment and compliment response in Instagram. Master Degree Thesis, Muhammadiyah University of Surakarta, Jawa Tengah, Indonesia.
Asmianti. 2013. The compliment responses by Buginese community in Bine regency. Ph.D Thesis, Hasanuddin University, Sulawesi Selatan, Indonesia.
Chen, R. 1993. Responding to compliments: A contrastive study of politeness strategies between
American English and Chinese speakers. Journal of Pragmatics 20: 49–75.
Dilah Tuah & Chong Shin. 2024. Pola Komunikasi Rentas Sempadan di Telok Melano-Temajuk, Borneo Barat: Satu Analisis Teori Akomodasi Komunikasi. Akademika 94(1) https://ejournal.ukm.my/akademika/article/view/61181 Dilayari pada: 19 Februari 2025 .
Dortkulak, F. 2017. Compliments and compliment responses in Turkish and American English: A constrative pragmatics study of a Facebook Corpus, Ph.D Thesis, Middle East Technical University, Ankara, Turkiye.
Eslami, Z., R., Lu Yang, & Chang Qian. 2020. Acomparative study of compliment responses among Chinese Renren users and American Facebook users. In Z. R. Eslami (Ed), Complimenting Behaviour and (Self-) Praise across Social Media (pp. 21-47). John Benjamins Publishing Company.
Hamidah Abdul Wahab, Imran Ho Abdullah, Mohammed Azlan Mis & Khazriyati Salehuddin. 2016. Analisis Eufemisme Kematian Masyarakat Melayu Sarawak dari Perspektif Semantik Kognitif. GEMA Online Journal of Language Studies 16(2) https://ejournal.ukm.my/gema/article/view/10203/4299 Dilayari pada: 19 Januari 2025.
Herbert, R., K. 1990. Sex-based differences in compliments behavior. Language in Society 19 (2) https://doi.org/10.1017/S0047404500014378 Dilayari pada: 10 Januari 2025.
Hieda, N., Nor Hashimah Jalaluddin & Mohammad Fadzeli Jaafar. 2021. Penolakan ajakan dalam bahasa Jepun oleh informan Melayu: Analisis strategi dan kesan kesantunan. GEMA Online Journal of Language Studies, 21(1) https://ejournal.ukm.my/gema/article/view/41367/11713 Dilayari pada: 19 Januari 2025.
Holmes, J. 1986. Compliments and Compliment Responses in New Zealand. Anthropological Linguistics 28: 485-508.
Indah Rohmani Nur & Rifana Nur Fatikh. 2017. The pattern of compliments in Instagram photo comments. International Journal of Research Studies in Language Learning 7 (3): 57-69.
Indirawati Zahid & Arina Johari. 2018. Kesantunan Melayu: Analisis Konteks Perbualan dalam Rancangan Bual Bicara. GEMA Online Journal of Language Studies, 18(4) https://ejournal.ukm.my/gema/article/view/22895 Dilayari pada: 19 Januari 2025.
Indirawati Zahid. 2012. Kesantunan Melayu ke Arah Situasi Bebas Konflik dalam Prinsip dan Aplikasi Kesantunan Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Manes, J., & Wolfson, N. 1981. The compliment formula. In F. Coulmas (Ed), Rasmus Rask Studies in Pragmatic Linguistics: Conventional Routine Explorations in Standardized Communication Situations and Prepatterned Speech. The Hague: Mouton Publishers.
Mohammad Yahya Al-rousan, Nosimah Mat Awal & Khazriyati Salehuddin. 2016. Compliment Responses among Male and Female Jordanian University Students. GEMA Online Journal of Language Studies, 16(1)https://ejournal.ukm.my/gema/article/view/9014 Dilayari pada: 19 Januari 2025.
Muhammad Husin Al Fatah. 2020. Studi respons pujian mahasiswa atas pencapaian prestasi dalam kelas. Jurnal Komunikasi dan Bahasa, 1(2): 121-133.
Muh. Ardian Kurniawan. 2016. Kesantunan wanita suku Sasak dalam memproses pujian bahasa Sasak. Prosiding Konferensi linguistik tahunan Atma Jaya 14 (KOLITA 14), 6-8 April, Jakarta ISBN: 978-602-8474-36-8.
Ni Wayan Sartini. 2019. Compliment response strategy of Balinese women on social media. Advances in Social Science, Education and Humanities Research 338: 373-376.
Norfakhriah Che Othman & Nur Shafiqah Abdullah. 2018. Satu kajian tentang tindak balas terhadap pujian di kalangan mahasiswa Melayu lelaki dan perempuan. Jurnal Sultan Sulaiman Shah 5(Special Issues): 483-495.
Placencia, M., E., Lower, A., & Powell, H. 2016. Complimenting behaviour on Facebook: responding to compliments in American English. Pragmatics and Society 7(3): 339-365.
Rosi Rosiah. 2018. Strategi merespon pujian pada pembelajar bahasa Jepang: kajian komparatif dengan penutur asli. Jurnal Lingua Aplicata 1(2): 1-21.
Salinah Ja’afar, Maslida Yusoff, Rusmadi Baharuddin, Karim Harun & Zaitul Azma Zainon Hamzah. 2024. Kreativiti dan Impak Komunikasi Digital dalam Kalangan Generasi Z. Akademika, 94(3) https://ejournal.ukm.my/akademika/article/view/74943 Dilayari pada: 19 Februari 2025.
Searle, J. 1975. Indirect Speech Acts. In P. Cole, & J. Morgan (Eds.), Syntax and Semantics 3: Speech Acts (pp. 59-82). New York: Academic Press.
Siti Hajar Che Man, Munir Shuaib, Razif Muhd & Sarjit Kaur. 2012. Kesedaran dan Amalan Kesopanan dalam Kalangan Remaja Malaysia: Menilai Sumbangan Teori Kesopanan Brown Levinson. Akademika 82(2): 81-85.
Siti Yuhaida Anniqah Mohd Yusof & Tan Bee Hoon. 2014. Compliments and compliment responses of Twitter among male and female celebrities. Pertanika Journal of Social Science and Humanities 22: 75–96.
Suswanto Ismadi Megah S, Siti Noor Fazelah Mohd. Noor, Azmi Abdul Latif & Nurul Aimi Razali. 2023. A Hybrid Analysis of Critical Discourse Analysis and Systemic Functional Language to Unmask Ideological Stance Inside President Joko Widodo’s Political Speech Text. Akademika 93(2) https://ejournal.ukm.my/akademika/article/view/48294 Dilayari pada: 19 Februari 2025.
Syahrianti M. Nawir & Nurlaela. 2019. Analisis sosio-pragmatik terhadap pujian dan respon pujian pada masyarakat suku saluan, Celebes of Linguistik Journal 1(2): 1-10.
Teo Kok Seong. 1996. Bohong dalam Berbahasa. Pelita Bahasa 8(6): 41-44.
Teo Kok Seong. 2019. Bahasa dan Masyarakat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wan Robiah Meor Osman. 2015. Bohong sunat dalam lakuan respons pujian. Jurnal Bahasa 15(2): 291-306.
Ying, Q., W. 2019. Pragmatic variation: compliment responses of Malaysian Chinese undergraduates in two academic majors. Journal of Linguistics and Education 9(2 ): 67 - 79.
Zhang, Jin Pei. 2013. Compliments and compliment responses in Philippine English. GEMA Online Journal of Language Studies 13(1): 25-41.
Refbacks
- There are currently no refbacks.