Manifestasi Akal Budi dan Kearifan Tempatan dalam Teka-teki Filem Nujum Pak Belalang (1959)

Fadzilah Binti Abdul Rahim

Abstract


Kajian ini menelusuri persembahan tradisi lisan berbentuk teka-teki Melayu dari sudut akal budi Melayu dan kearifan tempatan. Kajian menggunakan filem Melayu klasik yang mengabadikan kehebatan teka-teki Melayu iaitu filem Nujum Pak Belalang terbitan 1956 menjadikan teka-teki Melayu sebagai wacana utamanya. Melalui penelitian ke atas ungkapan-ungkapan yang terdapat dalam lima buah teka-teki menampilkan watak Nujum Pak Belalang yang telah dilantik sebagai Nujum Diraja. Walaupun kebetulan berjaya menjawab dan menyelesaikan teka teki yang sulit dan mengalahkan pencabarnya dari negara lain namun kandungan lima buah teka-teki memiliki bentuk soalan dan jawapan yang istimewa. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis teka-teki yang bercitrakan akal budi dan kearifan tempatan daripada filem tersebut. Metodologi kajian ini berasaskan analisis kandungan filem dengan memfokuskan kepada kandungan 5 buah teka-teki pada babak pertandingan teka-teki filem Nujum Pak Belalang. Kajian ini menggunakan konsep akal budi Melayu dan kearifan tempatan dalam menjelaskan nilai dan fungsi yang terdapat dalam teka-teki tersebut. Hasil dapatan kajian, menunjukkan 5 buah teka-teki filem Nujum Pak Belalang mencerminkan akal budi dan kearifan tempatan masyarakat Melayu zaman silam dianalisis makna setiap satu daripada 5 buah teka-teki Nujum Pak Belalang iaitu akal budi kepimpinan, kearifan perkongsian, unsur kesan positif humor dan nilai kearifan sosial kepimpinan, akal budi perlambangan serta kearifan unsur kejenakaan. Implikasi kajian dapat menyumbang kepada pemartaban tradisi lisan teka-teki Melayu sebagai medium mencerdaskan akal fikiran untuk pendidikan kanak-kanak dari masa ke masa.

 

Kata kunci: akal budi; Filem Nujum Pak Belalang; kearifan tempatan; teka-teki Melayu; tradisi lisan.


Full Text:

PDF

References


DR. JACQUELINA BINTI KARIMON

School Of Distance Education

Universiti Sains Malaysia

jacquelina@usm.my

DR. MOHAMED NAZREEN BIN SHAHUL HAMID

UUM College of Arts and Sciences Bahasa, Tamadun dan Falsafah nazreen@uum.edu.my


Refbacks

  • There are currently no refbacks.