Transformasi Perjuangan Raja Haji Menentang Penjajahan Belanda Ke Dalam Drama Bersiri Televisyen Arka Raja Haji (2014)
Abstract
Arka Raja Haji (ARH) merupakan sebuah siri drama televisyen yang disiarkan pada tahun 2014. Drama sepanjang 352 minit ini merupakan sebuah adaptasi peristiwa perjuangan Raja Haji dalam karya agung Melayu berjudul Tuhfat al-Nafis. Namun begitu, naratif drama lapan episod ini hanya merangkumi 10% daripada keseluruhan kisah dalam karya agung Melayu tersebut. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk meneliti proses kreatif dalam pengadaptasian peristiwa peperangan Raja Haji dalam menentang penjajahan Belanda di Kerajaan Johor-Riau dengan tumpuan khusus terhadap aspek plot dan watak. Kajian berbentuk kualitatif ini akan mensentesiskan dua kaedah kajian iaitu kaedah kepustakaan dan analisis teks. Data kajian diperoleh daripada siri televisyen ARH yang dimuat naik dalam akaun rasmi Pesona Pictures di platform YouTube, dan kemudiannya dibandingkan dengan hipoteksnya iaitu Tuhfat al-Nafis. Teori Intertekstualiti oleh Julia Kristeva digunakan sebagai kerangka analisis bagi mencapai objektif artikel ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa watak utama dan watak pembantu antagonis, serta tiga peristiwa dalam drama tersebut telah melalui prinsip transformasi. Di samping itu, prinsip eksistensi juga dikenal pasti dalam 42 peristiwa di samping dua watak sampingan dan lapan watak pembantu bagi protagonis; serta dua watak sampingan antagonis. Prinsip ekspansi turut wujud melibatkan empat watak sampingan dan sebelas watak pembantu protagonis, tiga watak pembantu antagonis dan sembilan belas peristiwa. Kajian ini membuktikan bahawa subjek drama bersiri ARH telah mengalami prinsip transformasi, eksistensi, dan ekspansi apabila dibandingkan dengan hipotekstnya. Drama ARH terpaksa melalui proses kreatif ini bagi disajikan dalam medium berdigit dan bagi memastikan naratif yang dramatik dan menarik untuk penonton.
Full Text:
PDFReferences
Ahmad Muziru Idham Adnan. 2022. Daripada Teks Hikayat Hang Tuah Kepada Filem Adaptasi: Suatu Analisis Perbandingan Tekstual Terhadap Filem Hang Tuah (1956) dan Hang Jebat (1961). In Layar Kata Pertalian Sastera dan Filem, edited by Norman Yusoff, Wan Hasmah Wan The & Fadli al-Alkiti, 224-236. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Alwi Daud, Mardiana Nordin & Abdullah Zakaria Ghazali. 2024. Tuhfat al-Nafis sebagai Medium Penyatuan Budaya dan Pendidikan Dua Negara. Jurnal Melayu Sedunia 7(1): 69-82.
Buyong Adil. 1980. Sejarah Johor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Field. S. 1990. Lakon Layar Asas Penulisan Skrip. Diterjemah oleh Raja Omar Ibrahim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Fraenkel, J, R & Wallen, N, E. 1993. How to Design Evaluate in Education. New York: Mc Graw-Hill Inc.
Mana Sikana. 1994. Tuah-Jebat dalam Novel Melayu: Satu Kajian Intertekstualiti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mana Sikana. 1998. Teori dan Kritikan Sastera Pascamodenisme. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Mohamed Nazreen Sahul Hamid. 2017. Adaptasi Teks Hikayat Merong Mahawangsa Ke Filem: Interpretasi dan Komersialisme. Kertas kerja yang dibentangkan di Persidangan Antarabangsa Historiografi Melayu anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Persatuan Penulis Budiman Malaysia, 6-7 Mei 2017, Pahang.
Mohamed Nazreen Shahul Hamid & Muhammad Nur Saiful Ghazali. 2021. E-Komik Hikayat Patani: Putera Pewaris Kerajaan (Satu Analisis Tekstual, Kepentingan dan Cabaran). Jurnal Komunikasi 37(2): 171-194.
Mohamed Nazreen Shahul Hamid, Md. Salleh Yaapar, & Sahidin Nitiphak. 2015. Adaptasi Teks Hikayat Merong Mahawangsa kepada Filem: Analisis Perbandingan Unsur Naratif. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 8(2): 201-223.
Mohd Pozi Haji Masurori. 2004. Hikayat Syah Kobat: Analisis Struktur dan Intertekstualiti. Tesis Doktor Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhammad Yusoff Hashim. 2023. Pensejarahan Melayu Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nor Hasimah Jalaluddin. 2019. Produk Media Karya Agung Malaysia. Jurnal Komunikasi 35(3): 228-245.
Saifullizam Yahaya. 2022. Hikayat Merong Mahawangsa (2011): Perbandingan Antara Teks dengan Filem. In Layar Kata Pertalian Sastera dan Filem, edited by Norman Yusoff, Wan Hasmah Wan The & Fadli al-Alkiti, 315-330. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Virginia Matheson. 1997. Tuhfat Al-Nafis. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Wan Hasmah Wan Teh. 2013. Dari kertas ke layar: Transformasi kisah Hang Tuah dari Hikayat Hang Tuah dan Sulalat al-Salatin ke “Puteri Gunung Ledang”. In Sastera Dalam Budaya dan Media, edited by Halimah Mohamed Ali & Mohamad Luthfi, 266–267. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Wan Hasmah Wan The. 2017. “Wangi Jadi Saksi”: Satu Bacaan Semula Terhadap Sejarah Setiakawan Tuah-Jebat. Kertas kerja yang dibentangkan di Persidangan Antarabangsa Historiografi Melayu anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Persatuan Penulis Budiman Malaysia, 6-7 Mei 2017, Pahang.
Refbacks
- There are currently no refbacks.