Pengaruh Persekitaran Sosial terhadap Pendirian Politik Wanita di Selangor

Junaidi Awang Besar, Mazlan Ali, Mohamad Mahathir Mohamed Younos

Abstract


Kajian ini menganalisis pendirian politik wanita di Selangor dan peranan persekitaran sosial dalam membentuk pandangan mereka. Faktor utama yang dikaji termasuk keluarga, pasangan, jiran, rakan rapat, pemimpin komuniti, media massa, dan perbezaan kawasan bandar-luar bandar. Kajian ini menggunakan persampelan rawak berstrata melibatkan 3,579 responden wanita bagi memastikan keterwakilan pelbagai latar belakang. Hasil kajian menunjukkan hubungan interpersonal seperti keluarga (45.98%) dan pasangan (42.62%) adalah pengaruh utama, terutamanya di kawasan luar bandar, manakala media massa dan rakan sebaya lebih berpengaruh di kawasan bandar. Selain itu, wanita berpendidikan tinggi dan yang mempunyai akses luas kepada media cenderung membentuk pendirian politik yang lebih bebas dan kritikal. Sumbangan utama kajian ini adalah penerokaan mendalam terhadap peranan sosial dalam konteks geografi dan budaya unik Selangor, mengisi jurang dalam literatur politik wanita di Malaysia. Kajian ini memberikan pemahaman baharu mengenai dinamika sosial yang membentuk pendirian politik, terutama dalam masyarakat yang kompleks antara konservatisme dan liberalisme. Secara praktikal, dapatan kajian ini membantu pembuat dasar, NGO, dan aktivis politik merangka strategi komunikasi yang disesuaikan dengan konteks demografi dan sosial wanita. Ini termasuk penyediaan program literasi politik dan kempen kesedaran melalui media sosial dan tradisional. Selain itu, kajian menekankan keperluan untuk memperkasa pendidikan politik yang inklusif, khususnya bagi wanita luar bandar yang lebih terdedah kepada pengaruh interpersonal. Penemuan ini memberi implikasi besar kepada pembangunan sosial dan politik, mencadangkan pendekatan pelbagai dimensi untuk meningkatkan penglibatan politik wanita secara bermaklumat.

 

Kata kunci: Politik wanita, pengaruh sosial, media massa, persekitaran sosial, pendirian politik.


Full Text:

PDF

References


Adam, Z., Suadi, S., & Nurdin, A. (2020). Pola Parenting dan Pembentukan Karakter Siswa Sekolah Dasar Negeri 6 Kabupaten Bireuen. Jurnal Ilmu Sosial Dan Ilmu Politik Malikussaleh (JSPM), 1((1)), 45–65.

Alfarisy, F. (2021). Kebijakan pembelajaran bahasa Inggris di Indonesia dalam perspektif pembentukan warga dunia dengan kompetensi antarbudaya. Jurnal Ilmiah Profesi Pendidikan, 6((3)), 303–313.

ALIAS, A. Y., SAIDIN, M. I. S., & HAMIL, J. H. (2023). Pengaruh Muhammad’Abduh Terhadap Kemunculan Fundamentalis-Reformis Kaum Muda di Tanah Melayu (1900-1930). KEMANUSIAAN: The Asian Journal of Humanities, 30((2)).

Andini, F. A., Aulia, V., & Areefa, N. (2024). Peran Pendidikan Kewarganegaraan Dalam Meningkatkan Kesadaran Berbangsa Dan Bernegara. Causa: Jurnal Hukum Dan Kewarganegaraan, 5((4)), 71–80.

Azeh, A., Yunus, M. M., & Yaakob, M. T. (2023). Hubungan Aspirasi Belia Melayu Terhadap Penglibatan Belia dalam Politik di Kawasan Pinggir Bandar Terengganu. E-BANGI Journal, 20((1)).

Azid, M. A. A., Nasir, K., Zaman, R. K., & Hussain, A. A. (2023). Perkembangan, Peranan Dan Sumbangan Pertubuhan Bukan Kerajaan Wanita Islam Di Malaysia: Satu Tinjauan Awal: The Development, Role & Contribution of Muslim Women’s Non-Governmental Organizations in Malaysia: A Preliminary Review. ‘Abqari Journal, 29((1)), 232Azid, M. A. A., Nasir, K., Zaman, R. K., Huss.

Azmi, Z. (2020). PAS: Permuafakatan Politik Sebagai Tapak Integrasi dan Peranan Wanita (PAS: Political Consociation As Platform of Integration and Women’s Role). Jebat: Malaysian Journal of History. Politics & Strategic Studies, 47((3)), 428–462.

Hashemi, N. I. (2021). Sekularisme dan Demokrasi Liberal. Islamic Renaissance Front.

Ismail, M. T., Febriansyah, M., & Annuar, S. N. S. (2023). Punk, Penentangan dan Politik Transnasionalisme. Strategic Information and Research Development Centre.

Jasni, M. A., Jaafar, W. M. W., & Zainalaludin, Z. (2024). Memahami Konsep-Konsep Pembangunan Gender: Sebuah Kertas Konsep. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 9((1)), e002681–e002681.

Jubba, H., Rafi, M., & Qodir, Z. (2021). Politik identitas Melayu Islam sebagai upaya mewujudkan budaya berintegritas. Politicon: Jurnal Ilmu Politik, 3((1)), 88–110.

Jusoh, M. N., Moden, P. B., & Latada, F. (2018). Kesejahteraan Keluarga dan Pola Komunikasi Dalam Keluarga. In dalam Prosiding National Conference for Postgraduate Research (NCON-PGR 2018) Universiti Malaysia Pahang.

Kamaruddin, Y. B. (2022). Penyertaan belia dalam proses pembentukan dasar belia di Malaysia: Kajian terhadap sudut pandang pembuat dasar (Master’s thesis, Universiti Tun Hussein Onn (Malaysia)).

Krejcie, R.V. & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample saiz for Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607–610.

Marinayadzmin, M. R. (2020). Keluarga sebagai agen sosialisasi politik utama: Kajian kes di Kampung Istana, Batu Pahat/Marinayadzmin Mohd Radzif (Doctoral dissertation, Universiti Malaya).

Mujani, W. K., & Ibrahim, M. K. (2020). Identiti Adalet Ve Kalkinma Partisi (AKP) Turki di Persimpangan: Parti Islam atau Sekular?. International Journal of Islamic Thought, 18, 131–144.

Omar, N. H., Kasim, A. C., & Manap, J. (2024). Pola Sikap dan Sokongan Pengundi Muda (Undi-18) Terhadap Integriti Calon dan Parti Dalam Pilihanraya Umum 15 (PRU15). E-BANGI Journal, 21((3)).

Rahmawati, A. A., Maharani, M. B., & Al Amin, M. N. F. (2024). Peran Media Sosial Dalam Proses Pengambilan Keputusan Politik Melalui Pendekatan Problem Tree Analysis. ARIMA: Jurnal Sosial Dan Humaniora, 1((4)), 112–121.

SAIDON, N. R. (2022). THE CHALLENGE TO EMPOWERMENT WOMEN’S POLITIC REPRESENTATIVE IN MALAYSIA (1980-2013): CABARAN PEMERKASAAN REPRESENTASI POLITIK WANITA DI MALAYSIA (1980-2013). TIJARI International Journal of Islamic Economics, Bussiness and Entrepreneurship, 2((3)).

Sheikh, S. S. S. (2010). Pemerkasaan representasi politik wanita di Malaysia: analisis pilihan raya umum ke-12 (PRU12), 2008. The Journal of Administrative Science, 7((1)), 11–37.

Talib, A., Yusof, M. N., Zan, Z. M., & Ngah, K. (2017). e-Bisnes, Pemangkin Penyertaan Kaum Wanita dalam Keusahawanan Luar Bandar: e-Business, The Catalyst for Women Involvement in Rural Entrepreneurship. Journal of Advanced Research in Business and Management Studies, 9((1)), 54–66.

Tunggak, B., Ngadi, S., & Naim, H. A. (2015). Delinkuen pelajar dan cadangan penyelesaiannya menerusi model pembangunan sahsiah remaja/pelajar muslim bersepadu. Jurnal Hadhari, 7((2)), 11–30.

Wahab, M. A. A., & Ahmad, A. (2024). Tahap Literasi Politik Pelajar Kursus Pengajian Malaysia di Kolej Komuniti. International Journal of Advanced Research in Education and Society, 6((3)), 425–437.

Wahid, K. A. (2010). Prisma Pemikiran Gus Dur. LKIS Pelangi Aksara.

Yusof, A. S., Khalib, S. S. I., Zamri, N. J., Shahidan, S. H., & Kamsan, N. S. (2022). [Liberalism: The Roles Of Muslim Youth Leaders] Liberalisme: Peranan Pemimpin Muda Islam. International Journal of Islamic Products and Malay Civilization, 1((1)), 63–82.

Yusop, N., & Talib, K. A. (2023). Keseliratan Kepimpinan Wanita dalam Masyarakat Sivil di Malaysia. Journal of Ethnic and Diversity Studies (JOEDS), 1((2)).


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694