Hakisan Muara dan Pantai Kuala Kemaman, Terengganu: Permasalahan Dimensi Fizikal dan Sosial (Erosion in the Estuary and Coastal Area in Kuala Kemaman, Terengganu: A Physical and Social Dimension Setback)

Mohd Ekhwan Toriman (Universiti Kebangsaan Malaysia, ikhwan@ukm.my)

Abstract


This article deals with the impacts of erosion in the estuary and coastal area at the Kuala Kemaman from two dimensions. Firstly, physical dimension which involves the estuary and coastal monitoring due to severe erosion, and second the human dimension which focus on the problem and dilemma among the coastal community in the Kuala Kemaman particularly the issues of security and their migration to Paya Berenjut. Results analysed using photo survey year 1997, aerial photo year 2000 and photo survey year 2004 indicate that the Kemaman River estuary face severe erosion. Efforts carried out by the Drainage and Irrigation Department (DID) to control the erosion using beach nourishment technique in 1998 was unable to control the disaster. The erosionĀ also hugely impacted the coastal community. Apart from having lost their shelters, house lots and grave area, coastal erosion also created problems to the fisherman in Kuala Kemaman. Although the government provided alternative housing lots in Paya Berenjut, problems such as migration, boat equipments security and lack of infrastructure facilities instigated most of the fishermen to refuse to move to the new residential area in Paya Berenjut. Long term planning on erosion issues must accordingly address the physical aspect such as building gabion, wave retention wall and beach nourishment, as well as the well-being of the full time fisherman.

ABSTRAK

Makalah ini menyorot kesan hakisan muara sungai dan pantai yang berlaku di Kuala Kemaman daripada dua dimensi. Pertama, dimensi fizikal melibatkan pencerapan profil muara sungai dan pantai akibat hakisan dan kedua dimensi sosial dengan tumpuan kepada permasalahan dan dilema komuniti pesisir Kuala Kemaman mengenai masalah hakisan, khususnya melibatkan soal keselamatan dan perpindahan mereka ke Paya Berenjut. Hasil analisis yang menggunakan gambar ukur tahun 1997, foto udara tahun 2000 dan gambar ukur tahun 2004 menunjukkan muara Sungai Kemaman telah mengalami hakisan yang serius. Usaha Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengawal hakisan melalui program penyuburan pasir pantai (beach nourishment) pada tahun 1998 didapati kurang berjaya mengawal bencana tersebut. Hakisan yang berlaku turut memberikan impak yang besar kepada komuniti pesisir di Kuala Kemaman. Selain dari kehilangan tempat tinggal, tapak rumah dan kawasan perkuburan, hakisan pesisir menimbulkan beberapa masalah kepada nelayan di sini. Walaupun kerajaan menyediakan tapak alternatif di Paya Berenjut, isu perpindahan, keselamatan peralatan bot dan kemudahan infrastruktur yang kurang sempurna di situ menyebabkan kebanyakan nelayan enggan berpindah. Pelan perancangan jangka panjang hendaklah melihat isu hakisan di sini bukan sahaja daripada perspektif fizikal seperti membina sangkar batu, tempoh penahan ombak dan penyuburan pasir pantai, tetapi juga kesejahteraan golongan nelayan sepenuh masa di sini.


Full Text:

PDF

References


Bird, E.C.F. 1969. An Introduction to Systematic Geomorphology: Volume IV. Coasts. Australia: The University Press.

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia. 1998. Projek Mendalamkan Sungai Duyong. Laporan Teknikal Kejuruteraan Pantai, Vol.2 (13).

Jabatan Perikanan Malaysia. 2004. Buletin Nelayan. Persatuan Nelayan Terengganu. Jld. 3: 4.

General Administrative Circular No 5. 1987. Garis Panduan Pembangunan Muara Sungai dan Pantai Negara. Jabatan Perdana Menteri.

Kamus Istilah Geologi Asas.1990. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Leeder, M.R. 1982. Sedimentology: Process and Product. London: George Allen & Unwen (Publishers) Ltd.

Majlis Daerah Kemaman. 1984a. Draf Rancangan Struktur MDK.

Majlis Daerah Kemaman. 1984b. Laporan Pemeriksaan Pelan Struktur M.D. Kemaman.

Majlis Daerah Kemaman. 1996. Laporan Pemeriksaan Pelan Struktur M.D. Kemaman 1985-2005.

Mohd Ekhwan Toriman. 2005. Analisis Bajet Sedimen dan Perubahan Profil Muara Sungai: Implikasinya Terhadap Navigasi Nelayan Kuala Kemaman, Terengganu. Laporan Teknikal. Geran Fundamental (SK/12/04). Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. UKM.

Mohd Ekhwan Toriman. 2004. The Analysis of Sediment Mobility in the Kemaman River Estuary, Terengganu: A Preliminary Investigation. Prosiding Persidangan Kebangsaan Sains Teknologi dan Sains Sosial 2004. Penerbit UiTM Pahang. Pahang. Hal: 135-141.

Mohd Ekhwan Hj Toriman, Hafizan Juahir, Mazlin Mokhtar dan Sharifuddin M. Zain. 2004. Trends in Sediment Yield of the Kemaman River Estuary, Terengganu-Disember 2002 - February 2004. Seminar Sumberjaya Pinggir Pantai dan Pelancongan, Universiti Utara Malaysia.

Mohd. Ekhwan Toriman, Abdul Hamid Abdullah dan Fuad Md. Jali. 2000. Hakisan Litoral dan Impaknya Terhadap Masyarakat Kuala Kemaman Terengganu. Dlm. Razali Agus (ed.), Alam Sekitar dan Pembangunan. Kuala Lumpur. Penerbit Utusan. Hal. 239-347.

Mohd Ekhwan Toriman. 1999. The Impact of Coastal Erosion on Community of Kuala Kemaman, Terengganu. Sari Penyelidikan 1999. Universiti Kebangsaan Malaysia. Hal. 48-54.

Mohd Ekhwan Toriman. 1997. Hakisan Pantai Kritikal: Satu Analisis Kedinamikan Pantai dan Impaknya Terhadap Komuniti Masyarakat Persisir di Kuala Kemaman, Terengganu. Prosiding Persidangan Kebangsaan Kajian Sains Sosial, Universiti Malaya. 29-30 September.

Utusan Malaysia. 6.6.1999, hlm.

Wan Ruslan Ismail. 1996. The role of tropical storms in the catchment sediment removal. Journal of Bioscience 7(2):153-168.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694