Tun Mustapha dan Pengukuhan Islam di Sabah: 1963 – 1973 (Tun Mustapha and the Strengthening of Islam in Sabah: 1963 - 1973)

Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin, Pg Mohd Faezul Fikri Ag Omar, Noor Afiqah Athirah Hajimin

Abstract


Pada awal kemerdekaan Sabah, hal ehwal dan kepentingan orang-orang Islam menghadapi kekangan untukdilaksana dan dikembangkan. Hal inikerana komposisi orang Islam yang minoritidan tampuk politik majoritinya dibarisi oleh orang bukan Islam. Senario ini telah memberikan implikasi yang besar apabila sukar untuk mengangkat suara orang-orang Islam dalam dasarpentadbiran dan pembangunan negeri.Berdasarkan kepada senario tersebut, wujud keperluan yang jelas untuk membuat perubahan. Bagi mencapai matlamat tersebut, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Islam Sabah antaranyaTun Mustapha. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis peranan yang telah dilakukan oleh Tun Mustapha dalam mengangkat Islam kepada kedudukan yang lebih baik dan kukuh di Sabah. Kajian kualitatif ini dijalankan menggunakan pendekatan analisis kandungan dan temu bual.Data dan maklumat yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan disusun secara tematik. Kajianmendapatiusaha dakwah dan islamisasi besar-besaran yang dilaksanakan oleh Tun Mustapha telah meningkatkan komposisi orang Islam daripada minoriti kepada majoritisehingga menjadi faktor kepada pindaan Perlembagaan Negeri Sabah. Direkodkan 75,000 sehingga 100,000 orang telah menganut Islam melalui proses Islamisasi tersebut. Peratus komposisi Islam pada awal pemerintahan Tun Mustapha tahun 1967 iaitu 38.7% telah meningkat kepada 53% ketika pemerintahan beliau berakhir tahun 1976. Peningkatan tersebut telah memberikan peluang kepada pindaan Perlembagaan Negeri Sabah Perkara 5(A) untuk menjadikan Islam sebagai agama rasmi negeri Sabah pada 23 September 1973.Dengan pindaan tersebut, hal ehwal dan kepentingan orang-orang Islam dalam segenap aspek sama ada politik dan pentadbiran, ekonomiserta sosial yang sebelum ini menghadapi kekangan untuk dilaksanakan, telah berkembang seperti yang ada pada masa kini.

 

Kata kunci: Tun Mustapha; pengukuhan Islam; agama rasmi negeri;Sabah; Islamisasi

 

Abstract

 

In the early days of Sabah’s independence, Muslim's interests and affairs faced numerous difficulties to be implemented and developed. This was because the composition of Muslims as minorities while the state’s politics majorly governed by the non-Muslims. This scenario resulted in huge implications as it was difficult to raise the voices of Muslims in the state’s administration and development policies. Based on these scenarios, there was a clear need to make changes. To achieve this goal, various efforts have been made by muslim leaders of Sabah such as Tun Mustapha. Therefore, this study aims to analyse the roles by Tun Mustapha in bringing Islam and strengthening the  position in Sabah. This qualitative study was conducted by using the content analysis approach and interviews. The datas and informations obtained were analysed descriptively and arranged thematically. This study found that the relatively huge missionary and Islamization efforts by Tun Mustapha have improved the muslim’s composition to majorities thus became a contributing factor to the amendment of Sabah State Constitution. It was recorded that 75,000 to 100,000 people have converted to Islam through the Islamization process.  The Muslim’s  percentage has increased from 38.7% to 53% during Tun Mustapha’s rule (1967-1976). The tremendous increase provided an opportunity for the amendment of Article 5(A) of Sabah State Constitution to recognise Islam as the official religion of Sabah on 23 September 1973. With the article’s amendment, today, the difficulties of Muslim's interests and affairs in all aspects in politics and administration, economics, and socials had improved and developed.

 

Keywords: Tun Mustapha; strengthening Islam; official state religion; Sabah; Islamization


Full Text:

PDF

References


A Rahman Tang Abdullah &Saidah Ali. 2017. Proses Kemerdekaan Sabah dan Sarawak (1961-1963): Tinjauan Kembali Aplikasi Perundangan dalam Penubuhan Malaysia. Jurnal Jebat 44 (1): 24-57.

A Rahman Tang Abdullah, Bilcher Bala &Pandikar Amin Mulia. 2018. Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai Dokumen Sejarah dan Kedudukan Perundangannya dalam Konteks Masa Kini. Jurnal Borneo Arkhailogia 3(2): 143-184.

Abdullah Hussain. 1976. Tun Datu Mustapha: Bapa Kemerdekaan Sabah. Kuala Lumpur: M.F.I.

Ahadin Arinen. 2012. Perundangan Islam di Sabah: sejarah Mahkamah Syariah dan bidang kuasa. Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Perundangan Islam di Sabah, anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Majlis Professor Negara & Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Sabah), 4 Disember, Kota Kinabalu, Sabah.

AlexenderGinli. 2018. Isu Keagamaan dalam Era Pentadbiran Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), 1967-1976. Jurnal Borneo Arkhailogia 3(2): 133-141.

Arkib Negara Malaysia. 2011. Tun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun. http://www.arkib.gov.my/web/guest/tun-datu-haji-mustapha-bin-datu-harun. Retrieved on: 12 Disember 2018.

Awang Sahari Abdul Latif. 1994. Peranan USIA dalam membina kepentingan agama Islam di Sabah. 25 Disember. Dewan Datuk Salleh Sulung Papar. Fail Keratan Artikel Muzium Tamadun Islam Sabah/F23/Jild.

Bainol Lazimin. 2018. Strategi Kristianisasi di Daerah Kota Marudu, 1985-1994. Jurnal Borneo Arkhailogia3(2): 185-199. https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/1628Retrieved on 9 Jan 2020.

Dayu Sansalu. 2013. Sejarah Perkembangan Pendidikan di Sabah 1881-1981. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Emin Madi. 2009. Sinar Perjuangan USIA. Kota Kinabalu: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah.

Faisal S. Hazis. 2018. Domination, Contestation, and Accommodation: 54 Years of Sabah and Sarawak in Malaysia. Southeast Asian Studies 7(3): 341–361.

Habid’s Buhigiba Mohamad Bustamam, Suffian Mansor & Mohd Bin Samsudin. 2019. Reaksi Masyarakat Limbang terhadap Rancangan Pembentukan Malaysia Melalui Siasatan Suruhanjaya Cobbold 1962. Jurnal Akademika 89(1): 161-173.

Halina Sendera Mohd. Yakin. 2017. Pengaruh Budaya Tradisi dan Islam dalam Evolusi Adat dan Ritual Kematian Komuniti Bajau. Jurnal Akademika 87(3): 31-46.

Hamdan Aziz. 2015. USNO dan BERJAYA: Politik Sabah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Ismail Yusoff. 1994. Konflik politik Sabah: satu kajian kes. Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor D.E.

Ismail Yusoff. 2004. Politik dan agama di Sabah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Iyen Atim. 2016. Migran agamawan Indonesia di Sabah. Temu bual, 4 Februari.

Jabatan Ketua Menteri Sabah Bahagian Kabinet & Dasar. T.th. Kabinet negeri Sabah: Kabinet 11 Mei 1967 – 06 Oktober 1971. (http://www.bkd.sabah.gov.my/?q=content/kabinet-11-mei-1967-06-oktober-1971). Retrieved on: 5 Mei 2019.

Jones L. W.. t.th. North Borneo: A Report on the Census of Population Held on 4th June 1951. London: The government of the colony of North Borneo by the crown agents for the colonies.

Jones, L.W. 1962. North Borneo: Report on the Census of Population Taken on 10th August 1960. Kuching: Government Printing Office.

Julia Chan. 2018. Malaysia today, through the eyes of Bapa dari Sabah, Fuad Stephens’smchildren.mMalaymail,m18mSeptember.mhttps://www.malaymail.com/news/malaysia/2018/09/16/malaysia-today-through-the-eyes-of-bapa-dari-sabah-fuad-stephenss-children/1672981. Retrieved on: 15 Mei 2019.

Mat Zin Mat Kib. 2003. Kristian di Sabah 1881- 1994. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Matin Pandin. 2017. Migrasi dan impaknya terhadap perkembangan Islam Sabah. Temu bual, 14 Julai.

Mohamed Anwar Omar Din, Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, Mat Zin Mat Kib & Junaidi Abu Bakar. 2017. Peranan UMNO menegakkan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan: satu kajian secara kronologikal. Jurnal e-Akademikam87(1).mhttp://ejournals.ukm.my/akademika/article/view/14361/5706. Retrieved On: 5 Mei 2019.

Mohd Azrone Sarabatin. 2008. Datu Mustapha Bapa Kemerdekaan Sabah. Berita Harian, 8 Jun.

Mohd Nazim Ganti Shaari. 2014. “Unconstitutional Constitutional Amendments?”: Exploring the 1973 Sabah Constitutional Amendment that Declared Islam the State Religion. Jurnal Kajian Malaysia 32(2): 1-21.

Mohd Nor Long. 1978. Perkembangan Pelajaran di Sabah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin, IbnorAzli Ibrahim & Azizah Kassim. 2016. Migrasi Dakwah dan Impaknya Terhadap Perkembangan Islam di Sabah dari Sudut Demografi dan Politik. Proceedings of the 10th International Malaysian Studies Conference,hlm 1001-1016.

Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin, Ibnor Azli Ibrahim & Azizah Kassim. 2016. Impak Migrasi Pelarian Muslim Filipina Terhadap Survival Politik Muslim Sabah (1963-2013). E-Jurnal Sultan AlauddinSulaiman Shah 3(2). http://journal.kuis.edu.my/jsass/images/files5/jsass_vol3bil2_010_hidayat.pdf. Retrieved on: 5 Mei 2019.

MuchlishSitanggang Ali Kassim. 2016. Migran agamawan Indonesia di Sabah. Temu bual, 21 Februari.

NorsuhailaSulaiman, Sim Chee Cheang&Asmiaty Amat. 2019. Changing Narrative Landscape: Selected Sabah Short Stories from the 1980’s to the New Millenium. Malay Literature 32(2): 239- 256.

Regina Lim. 2008. Federal State Relations in Sabah, Malaysia: The BERJAYA Administration, 1976-85. Singapore: Institute of Southest Asian Studies.

Robert O. Tilman. 1976. Mustapha’s Sabah, 1968-1976: The Tun steps down. Asian Survey 16(6): 495-509.

Sabihah Osman, Ismail Ali & Baszley Bee B. Basrah Bee. 2006. Tun Datu Hj. Mustapha Bin Datu Harun: jasabaktinya dalam pembangunan sosial di Sabah. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

Saidatul Nornis Hj. Mahali. 2018. Ngalai: Ritual Penyembuhan dalam Kalangan Orang Bajau di Kota Belud, Sabah. Jurnal Akademika 88(3): 101-112.

Sharifah Sara Hasliza Syed Hamid, &Akhmetova, E. 2019. Islam and Politics in Malaysia: The Realisation of Islam as a State Religion in Sabah (Islam dan Politik di Malaysia: Realisasi Islam sebagai Agama Negeri di Sabah). Journal of Islam in Asia 16(2): 302-320.

https://doi.org/10.31436/jia.v16i2.734Retrieved on 9 Jan 2020.

Suraya Sintang. 2013. Kehidupan beragama masyarakat Kadazandusun. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

Suzanah Nilam. 2012. Gerakan dakwah di Kota Kinabalu: kajian terhadap Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA). Disertasi Sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Syamruddin Nasution & Abd. Ghofur. 2017. Perkembangan Islam di Sabah Malaysia (Perspektif Sosio-Historis). Jurnal Toleransi 9 (2): 152- 183.

Wan Ahmad Fauzi Wan Hussain, Anisah Che Ngah & Mohamed Anwar Omar. 2017. Islam Agama bagi Persekutuan: Satu Kajian Sejarah Perundangan. Jurnal Akademika 87(3): 179-195.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694