Seni Bela Diri Melayu dalam Silat Cekak Pusaka Hanafi (The Malay Martial Art in Silat Cekak Pusaka Hanafi)

Muhammad Hasnimizan Ishak, Muhammad Hasnimizan Ishak, Muammar Ghaddafi Hanafiah

Abstract


Kajian ini menganalisis seni bela diri Melayu yang dikenali sebagai Silat Cekak Pusaka Hanafi. Fokus diberikan kepada struktur dan fungsi gerak buah silat yang menjadi kekuatan sebenar pencak persilatan Melayu. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan kajian lapangan yang melibatkan pemerhatian ke atas demonstrasi 21 gerak buah silat tersebut serta menemu bual pewaris mutakhir yang masih aktif. Data dianalisis menggunakan Teori Struktural Fungsional oleh Talcott Parson yang mengandungi empat konsep iaitu, adaptasi, tujuan, pemeliharaan pola-pola dan integrasi. Teori ini diaplikasi bagi merungkai aspek struktur dan fungsi gerak buah silat ini. Melalui konsep adaptasi didapati 21 gerak buah diadaptasikan daripada 4 pergerakan solat iaitu, berdoa, qiam, rukuk dan takbiratul ihram bersama 5 bentuk pergerakan asas semula jadi manusia seperti berjalan, menepis, menetak, mencekik dan memijak. Melalui konsep tujuan, didapati 21 gerak buah ini bermatlamat mempertahankan diri dengan dimulakan dari bahagian teratas kepala hingga ke paras paha pesilat. Menerusi konsep pemeliharaan pola-polanya, dilihat bentuk asli 21 gerak buah ini dapat dikekalkan sejak dari 52 tahun lalu diasaskan. Akhirnya menerusi konsep integrasi, dilihat wujud kesepaduan antara adaptasi, tujuan dan pemeliharaan pola-pola dan integrasi 21 gerak buah ini. Dengan ini boleh difahami bahawa struktur dan fungsi dalam 21 gerak buah ini membantu memelihara keaslian persilatan ini. Struktur dan fungsi ini juga memperjelaskan ciptaan gerak buah adalah dipengaruhi oleh ciri-ciri budaya dan akal budi Melayu seperti mencontohi pergerakan solat orang Melayu Islam serta beberapa gerakan asas dalam aktiviti seharian mereka demi menjaga diri dan menyatakan kesyukuran ke atas nikmat pemberian nyawa dan segala anggota tubuh.

 

Kata kunci: Struktur; fungsi; 21 gerak buah; Silat Cekak Pusaka Hanafi; Teori Struktural Fungsional

 

Abstract 

 

This study analyzes the Malay martial arts called Silat Cekak Pusaka Hanafi. Focus is given to the structure and function of the movement of martial arts which is the real strength of these Malay martial arts. This qualitative study use the method of library research and field studies involving observation on the demonstration of 21 movements of silat and interviewing the latest martial arts practitioners who are still active. The data were analyzed using Talcott Parson’s Functional Structural Theory that includes the four concepts of the theory namely adaptation, purpose, maintenance of patterns and integration. This theory is applied to unravel the structure and function of this martial arts movement. Through the concept of adaptation, the 21 movements are adapted from the four prayer movements namely doa, qiam, rukuk and takbiratul ihram along with 5 forms of human nature’s basic movements such as walking, shuffling, stroke, strangling and trample. Through the concept of purpose, it is found that the 21 motion of the movements is aimed to defend itself by starting from the top of the head to the thighs of the pesilat (silat practitioner). Through the concept of pattern maintenance, the form of the originality of the 21 movements can be said to be preserved since 52 years was founded. Furthermore, through the concept of integration, it can be concluded that the relationship between the concept of adaptation, the purpose and the maintenance of the patterns in the whole motion of the movements. The existence of this structure and function has preserved the originality of its movement as a whole. These structures and functions also illustrate how the creation of their movement is influenced by the cultural characteristics and common sense of the Malays by adapting the prayer movements in their religion as well as the basic movements in their daily activities. This is done in order to guard against harm as directed and as a form of manifestation of gratitude for the gift of the body and the life conferred by the divine.

 

Keywords: Structure; functions; 21 movements; Silat Cekak Pusaka Hanafi; Functional Structural Theory 


Full Text:

PDF

References


Abd Hakim Mohad & Ros Aiza Mohd Mokhta. 2017. Agama dan budaya berpisah tiada: tinjauan terhadap masyarakat Murut Tahol di Sabah. International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 5(2): 3-12.

Abd Rahman Ismail. 2009. Seni Silat Melayu Sejarah Perkembangan dan Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al-Bukhari, Muhammad ibn Ismail, Abu Abd Allah al-Ju’fi. 2001M/1422H. Sahih al-Bukhari. Dar Tawq al-Najah.

Aminuddin Hj Dahlan. 2017. Latar Belakang Silat Cekak Pusaka Hanafi. Kuala Lumpur. Temu bual, 26 Oktober.

Amri Marzali. 1997. Struktural-fungsionalisme. Jurnal Antropologi Indonesia 21(52): 33-43.

Ariffabilah Idris. 2017. Gerak Buah Silat Cekak Pusaka Hanafi Keseluruhan. Kuala Lumpur. Temu Bual, 21 November.

Chambers, Q. & Dreager, D. F. 1978. Javaness Silat: The Fighting Art of Perisai Diri Tokyo. New York: Kodansha International.

Dewa Agung Gede Agung. 2015. Pemahaman awal terhadap anatomi teori sosial dalam perspektif struktural fungsional dan struktural konflik. Jurnal Sejarah dan Budaya 9(2): 162-170.

Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu. 1999. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

George Ritzer. 2004. Teori Sosiologi. Yogyakarta: Kreasi Wacana.

Halimah Hj. Ahmad. 1977. Hanafi Haji Ahmad dan Seni Silat Cekak. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Hamzah Sulaiman. 1995. Fahaman Kebatinan dan Keperibadian dalam Silat Cekak (Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi Malaysia). Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi: Institut Bahasa Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu.

Hanafizan Hussain. 1991. Seni Silat Cekak dan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Pertanian Malaysia.

Hashim Haji Musa. 2008. Hati Budi Melayu: Pengukuhan Menghadapi Cabaran Abad Ke-21. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Mohd Ghouse Nasuruddin. 1995. The Malay Dance. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff & Muammar Ghaddafi Hanafiah. 2015. Impak media baharu terhadap sistem nilai masyarakat Melayu di Malaysia.

Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication 31(2): 33-46.

Mohd. Amin Md. Akif. 1988. Silat sebagai Lambang Keperibadian Kebangsaan dan Warisan Bangsa. Latihan Ilmiah. Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Mohd. Muhaizam Md. Ishak. 2009. Amalan Kerohanian dan Kebatinan dalam Seni Bela Diri Orang Melayu: Kajian Terhadap Kefahaman dan Amalan dalam Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad (Asli) Jabat Kilat Malaysia. Disertasi. Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Muhammad Hasnimizan Ishak. 2018. Struktur dan Fungsi Gerak Buah Silat Cekak Pusaka Hanafi. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mustapha Kamal Ahmad Kassim. 1992. Silat Menurut Pandangan Islam: Suatu Tinjauan Terhadap Seni Silat Gerak Kilat Malaysia. Latihan Ilmiah. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Nik Zulhazmi Nik Fuaad. 2017. Perkembangan Silat Cekak Pusaka Hanafi, Kuala Lumpur. Temu bual, 21 November.

Nor Aimi Mohd. Tahir. 1995. Silat Pertahanan Diri Menurut Perspektif Islam: Satu Tinjauan Tentang Seni Silat Cekak Malaysia. Latihan Ilmiah. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Nor Nazimi Mohd Mustaffa, Jaffary Awang & Aminudin Basir@Ahmad. 2017. Tingkah laku beragama menurut Freud. Akademika 87(3): 89-99.

Norazimah Zakaria, Azlina Abdullah, Sharifah Zarina Syed Zakaria, Mimi Hanida Abdul Mutalib, Alizah Lambri, Siti Salwa Jamaldin, Mashitah Sulaiman & Rosmah Derak. 2017. Akal budi dan cerminan jati diri Melayu dalam pantun. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah 4(2): 89-97.

Poizi Nawi .2017. Struktur dan Fungsi Silat Gerak Buah Cekak Pusaka Hanafi, Kuala Lumpur. Temu bual, 21 November.

Purnomo Sidi. 2014. Krisis karakter dalam perspektif Teori Struktural Fungsional. Jurnal Pembangunan Pendidikan: Fondasi dan Aplikasi 2(1): 72-81.

Ruzaidi Abd. Rahman. 2017. Seni Bela Diri Moden. Selangor. Seminar Seni Silat Melayu, 13 September.

Satoru Tsunashima. 2004. Perubahan Peranan dan Fungsi Institusi Persilatan Melayu di Semenanjung Malaysia. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Suriyani Haron. 1996. Amalan-amalan Kerohanian Menurut Pandangan Islam dalam Persilatan Melayu: Tumpuan kepada Silat Seni Gayung Fatani. Latihan Ilmiah. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Vincent Parnabas, Mohamad Nizam Mohamed Shapie & Julinamary Parnabas. 2015a. Level of Drugs Usage and Sport Performance in Malay Silat IDO MOVEMENT FOR CULTURE. Journal of Martial Arts Anthropology 15(2): 45-51 DOI: 10.14589/ido.15.2.7

Vincent Parnabas, Mohamad Nizam Mohamed Shapie & Julinamary Parnabas. 2015b. Motives of taking part in Malay Silat, Karate-Do and Taekwondo IDO MOVEMENT FOR CULTURE. Journal of Martial Arts Anthropology 15(3): 8-21 DOI: 10.14589/ido.15.3.3

Wan Mohd Dasuki Wan Hasbullah. 2018. Meor Abdul Rahman: Konsep Tempur Seni Gayong dan inovasi silat Melayu. Jurnal Pengajian Melayu 29: 262-285.

YM Syeikh Dr. Hj. Md. Radzi Hj. Hanafi. 2018. Struktur dan Fungsi Gerak Buah Silat Cekak Pusaka Hanafi, Kuala Lumpur. Temu bual, 8 Januari.

Zahani Che Ismail. 2000. Seni Silat Melayu: Tumpuan kepada Seni Silat Tari di Kelantan. Latihan Ilmiah. Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Zaharah Samsudin. 2001. Seni Persilatan Melayu dari Perspektif Islam:Kajian Khusus Terhadap Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi. Latihan Ilmiah. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694