Lakuan Bahasa dalam Ceramah Agama (The Speech Acts in Religious Talks)

Nurul Syuhada Shuib, Maslida Yusof

Abstract


Makalah ini meneliti jenis lakuan bahasa yang digunakan penceramah agama. Lakuan bahasa ialah pengucapan yang dianggap sebagai aksi khususnya dalam konteks niat, tujuan dan kesan. Lakuan bahasa digunakan untuk menyampaikan pengetahuan agama, nilai dan mesej yang berupa pengajaran kepada khalayak. Reka bentuk kajian ini adalah kualitatif dan kuantitatif. Sampel kajian ini adalah ceramah agama yang disampaikan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood dan Ustaz Azhar Idrus. Kajian ini mengaplikasikan teori Lakuan Bahasa oleh Searle (1969) bagi mengkategorikan jenis lakuan bahasa. Searle (1969) telah mencadangkan bahawa lakuan bahasa mengandungi lima klasifikasi umum iaitu asertif, ekspresif, direktif, komisif dan deklaratif. Dapatan kajian ini adalah empat jenis lakuan bahasa digunakan oleh penceramah iaitu lakuan bahasa asertif, direktif, ekspresif dan komisif. Lakuan bahasa yang paling kerap digunakan oleh penceramah ialah lakuan bahasa asertif iaitu sebanyak 69.68%. Seterusnya lakuan bahasa direktif sebanyak 23.87%, diikuti oleh lakuan bahasa ekspresif 5.59% dan lakuan bahasa komisif sebanyak 0.86%. Selain itu, kajian ini juga menjelaskan bahawa lakuan bahasa asertif berfungsi untuk menyatakan, mengandaikan, menyampaikan maklumat, menunjukkan dan menyebut sesuatu maklumat. Manakala lakuan bahasa direktif pula digunakan untuk tujuan nasihat dan ucap selamat, pengajuan soalan dan perintah. Selanjutnya lakuan bahasa ekspresif berfungsi untuk mengekspresikan perasaan penghargaan, maaf, gembira dan sedih. Akhir sekali, lakuan bahasa komisif berfungsi untuk menyatakan janji. Secara keseluruhan kajian ini merakamkan bahawa lakuan bahasa adalah sebahagian daripada laras ceramah agama bagi keberkesanan dalam penyampaian ceramah.

 

Kata kunci: Ceramah agama; fungsi lakuan bahasa; lakuan bahasa; penceramah; Searle

 

Abstrak

 

This article examines the speech acts used by religious speakers. A speech act is an utterance considered as an action, particularly with regard to its intention, purpose, or effect. Speech acts is used to deliver religious knowledge, values and messages to audience. The research design of this study is both qualitative and quantitative. The samples of this research are religious lecture delivered by Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood and Ustaz Azhar Idrus. Speech act theory by Searle (1969) was applied to categorize the types of speech acts, in this study. Searle (1969) suggests five general classifications in speech acts which are assertive, expressive, directives, commissives and declarative. The findings of this study shows that four types of speech acts were used by the speakers, namely assertive, directives, expressive and commissives. The most frequent speech act used is assertive which is 69.68%. Directives speech act amounts to 23.87%, followed by expressive 5.59% and commissives 0.86%. This study also asserts that assertive speech acts serves to express, presuppose, convey information, to show and to mention. On the other hand, directive speech act is used to advice, greet, propose question and command. The function of Expressive speech act is to express appreciation, apology, joy and grief. Finally, commissives operates as a declaration of promise. In overall, this study document that speech acts is a part of religious lectures to enhance the effectiveness of its delivery.

 

Keywords: Religious lecture; speech acts function; speech acts; speakers; Searle 


Full Text:

PDF

References


Asmah Haji Omar. 1987. Bahasa Malaysia Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Austin, J. 1962. How to Do Things with Words. Cambridge, MA: Harvard University Press.

Azarudin Awang, Azman Che Mat & Wahairi Mahmud. 2018. Medium komunikasi intrapersonal dalam dialog antara agama komuniti saudara baru. Akademika 88(3):43-54.

Blakemore, D. 1992. Understanding Utterances: An Introduction to Pragmatics. Oxford (London): Blackwell Publisher.

Faradillah Iqmar Omar, Hazlin Falina Rosli, NurZakira Afnee Zakaria & Nuraina Nabila Dundai Abdullah, 2014. Penerimaan media sosial sebagai medium dakwah dalam kalangan mahasiswa KUIS. Proceeding of the 2nd International Conference on Management and Muamalah 2015. hlm. 181-191.

Kamus Dewan. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Maslida Yusof & Karim Harun. 2015. Analisis lakuan tutur dalam ruangan status Facebook. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication 31(2): 151-168.

Munif Zarirruddin Fikri Nordin. 2015. Dimensi Bahasa dalam Agama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. 2008. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norazlina Mohd Kiram, Raja Masittah Raja Ariffin & Jama’yah Zakaria. 2017. Gaya pengurusan konflik dan kesannya terhadap institusi kekeluargaan dalam novel Saga. Akademika 87(2):77-87.

Searle, J. R. 1969. Speech Acts an Essay in the Philosophy of Language. Cambridge: Cambridge University Press.

Siti Aisyah Yap, 2015. Dakwah melalui filem animasi: kajian terhadap isi kandungan al-Fatihah dalam siri Ummi, Ceritalah Pada Kami. Media Penyiaran dan Dakwah. hlm. 107-255

Siti Ezaleila Mustafa. 2014. Penghijrahan dari dunia realiti ke dunia maya: tinjauan umum terhadap dunia maya sosial terpilih. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication 30(Special Issue): 243-258.

Sugono, Dendy et al. 2008. Kamus Besar Bahasa Indonesia. Jakarta: Pusat Bahasa

Ummi Zainab Mohd Ghazali & Muhammad Azizan Sabjan. 2018. Sumbangan pemikiran dan perjuangan dakwah Muhammad ‘Uthman El-Muhammady di Malaysia (1943-2013). Akademika 88(1):107-119.

Utusan Online. 2019. (http://www.utusan.com.my/rencana/utama/ciri-ciri-pendakwah-masa-kini-1.72564). Tarik akses: 7 Februari.

Wan Mohd Nor Wan Daud. 2005. Pembangunan di Malaysia: Ke Arah Satu Kefahaman yang Lebih Sempurna. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Zainal Abidin. 1965. Ilmu Pengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zanariah Ibrahim, Maslida Yusof & Karim Harun. 2017. Analisis lakuan bahasa direktif guru pelatih dalam komunikasi di bilik darjah. Jurnal Melayu 16(2): 163-178.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694