Faktor Kelangsungan Penyeludupan Barangan di Sempadan Malaysia Sarawak (Lubok Antu) dan Indonesia Kalimantan Barat (Badau) (Factors of continuity of Goods Smuggling at the Border of Malaysia Sarawak (Lubok Antu) and Indonesia Kalimantan Barat (Badau) )

Julie Tay Gek Hsia, Gusni Saat

Abstract


Fenomena budaya “penyeludupan” di kawasan sempadan Malaysia-Indonesia, terutamayang melibatkan barangan keperluan asas,telah berlaku sejak sebelum terbentuknya negara persekutuan Malaysia. Hasil kajian-kajian terdahulu menunjukkan, walaupun terdapat kawalan ketat di setiap pintu sempadan antara dua buah negara tetapi kegiatan penyeludupan barangan masih berlangsung. Persoalannya kenapa penyeludupan barangan ini terus berlaku? Tujuan kajian ini adalah untuk memahami kenapa kegiatan penyeludupan barangan di sempadan Malaysia-Indonesia iaitu Lubok Antu dan Badau terus berlangsung dalam keadaan kuat-kuasa undang-undang penyeludupan. Lebih khusus lagi, maka kajian ini telah mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada kelangsungan kegiatan penyeludupan barangan berkenaan. Kajian ini berbentuk kualitatif yang melibatkan rekabentuk kajian kes. Kaedah temubual mendalam ke atas 15 orang informan yang dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan dan pemerhatian telah dijalankan untuk memperoleh dapatan yang kukuh. Data kajian dianalisis menggunakan perisian ATLAS.ti. Kajian ini mendapati,terdapat dua faktor penyumbang kepada faktor-faktor kelangsungan kegiatan penyeludupan barangan. Pertama, faktor wujudulu yang merangkumi sejarah perdagangan, hubungan kekeluargaan, sentimen kekitaan,budaya dan geografi. Kedua, faktor wujudkemudian yang merangkumi pintu sempadan dan perjanjian-perjanjian sempadan. Kajian mendapati bahawa faktor-faktor wujudulu adalah penyumbang utama kelangsungan kegiatan penyeludupan barangan di kawasan kajian, ia menolak konsep “penyeludupan barangan” dibawah faktor wujudkemudian. Sebaliknya faktor wujudulu mempertahankan konsep bahawa “penyeludupan” hanya melibatkan barangan merbahaya seperti senjata dan dadah. Hal ini seterusnya mempengaruhi persepsi dalam kalangan pihak penguatkuasa pintu sempadan kedua-dua negara, bahawa kegiatan penyeludupan barangan keperluan asasadalah budaya komuniti sempadan yang harus diteruskan. 

 

Kata kunci:Penyeludupan barangan asas; komuniti sempadan;faktor kelangsungan penyeludupan; faktor wujudulu;  faktor wujudkemudian.

 

Abstract

 

A social culture of “smuggling” at Malaysia-Indonesia border, in particular involved the necessities goods, was happening prior to the formation of Malaysian federation state. A previous research finding implied even though the strict control enforcement is imposed at both countries border, but smuggling goods activities is still going on. The question was, why is it remain ongoing? The aims of the research were to get understanding why the good smuggling activities still happening at the both border in LubokAntu-Badau in the state of smuggling law enforcement. Specifically, this study was identified factors that contributed towards the survival of the goods smuggling activities. This study is a qualitative study involving case study design. An in-depth interview method for 15 informants selected through purposive sampling and observation was conducted to obtain reliable findings. The study data were analysed using ATLAS.ti software.This study found that there are two contributing factors to the survival factors of smuggling of goods. First, the pre-existing factors include trade history, familyship relations, sense of belongingness sentiment, culture and geography. Second, post-existing factors eventually include the border gate and border-related agreements. This implied that pre-existing factors were the main contributor towards the survival of the goods smuggling activities and its refused the “goods smuggling concepts” under post-existing factor.Otherwise, the pre-existing source has defended the concept that “smuggling” only valid if its involved dangerous items such as weapon and drug. This further influenced the perception among the authorities of entrance doors both countries that smuggling of necessities was a culture of border community which is needed to proceed.

 

Keywords:Basic goods smuggling; border community;smuggling factors; pre-existing factor; post-existing factor.


Full Text:

PDF

References


Abraham, I. & Schendel, W.V. 2005. Introduction: The making of illicitness.In Illicit Flowsand Criminal Things:State, Borders and the Other Side of Globalization, edited bySchandel,W.V.&Abraham,I., 1-37. Bloomington: Indiana University Press.

Abd Hair Awang,Junaenah Sulehan, Noor Rahamah Abu Bakar & Mohd Yusof Abdullah & Ong Puay Liu. 2013. Informal cross-border trade Sarawak (Malaysia)-Kalimantan(Indonesia): A catalyst for bordercommunity’s development. Asian Social Science Vol 9 (No 4): 167-173.

Andreas, I. 2014. Tinjauan terhadap Perjanjian Perdagangan Lintas Batas (Border Trade Agreement) di kawasan perbatasan Kalimantan dengan Sarawak. Master Thesis, Fakultas Hukum, Universitas Tanjungpura, Pontianak.

Aris Munandar. 2012. Identifikasi etnik dan nasionalisme pada komunitas lokal di daerah perbatasan Indonesia-Malaysia. InTantangan dan Prospek Perbatasan Indonesia-Malaysia, editedby TB. Massa Dja’far, Khairul Fuad & Junaenah Sulehan, 9-24. Jakarta: UNAS PRESS.

Azlie Ismail & Geetha Govindasamy. 2019. Tuntutan undang-undang dan pendekatan Malaysia di dalam kes Pulau Ligitan, Pulau Sipadan dan Pedra Brance. Akademika 89 (1): 83-95.

Buehn, A. & Eichler, S. 2009. Smuggling illegal versus legal goods across the U.S-Mexico border: A structural equations model approach. Southern Economic Journal Vol 76 (2): 328-350.

Clement, N. 2004. Economic forces shaping the borderlands. In Challenged Borderlands: TranscendingPoliticalandCulturalBoundaries, edited by Kochi, V.P., Morehouse, B.J. & Walter,41-61.England:Ashgate Publishing.

Dominguez, J. 1975. Smuggling. Foreign Policy No 22: 87-96 + 161-164.

Eilenberg,M.2012. At the Edge of States:Dynamics of State Formation in the Indonesian Borderlands. Netherlands: KITLV Press.

Eilenberg, M & Wadley. 2009. Borderland livelihood strategies: The socio-economic significaneof ethnicity in cross-border labour migration, West Kalimantan Indonesia. Asia Pacific View point Vol 50 (1): 58-73.

Eilenberg, M. 2012. At the edge of states: Dynamics of state formation in the Indonesian borderlands. Netherlands: KITLV Press.

Endi Haryoni & Ratnawati Yuni Suryandari. 2012. Keadaan sosio- ekonomi sempadan Indonesia-Malaysia dalam laporan akhbar Kompas 2008-2012. Malaysia Journal of Society and Space 8 (4): 1-11.

Ering, S.M. 2011. Trans-border crime and its socio-economic impact on developing economics. Journal of Sociology and Social Anthropology Vol 2 (2): 73-80.

Fauzi Hussin, Norehan Abdullah & Hussin Abdullah. 2013. Aktiviti ekonomi sempadan di perairan Sg. Golok-Rantau Panjang: Isu dan cabaran. Prosiding Perkem Viii, Jilid 1: 235-245.

Fariastuti. 2002. Mobility of people and goods across the border of West Kalimantan and Sarawak.Jurnal Antropologi Indonesia67: 94-104.

Fatma Muthia Kinanti. 2013. Penyelundupan ikan di wilayah perbatasan Kalimantan Barat-Sarawak sebagai bentuk transnational crime dan kaitannya dengan Perjanjian Kerjasama Pengelolaan Perbatasan Indonesia dan Malaysia. Master Thesis, Fakultas Hukum, Universiti Tanjungpura, Pontianak.

Fariastuti. 2002. Mobility ofpeople and goods across the border of West Kalimantan and Sarawak.Jurnal Antropologi Indonesia 67:94-104.

Flynn, Donna K. 1997. “We are the border”: Identity, exchange and the state along the Benin-Nigeria border. American Ethnologist Vol 24 (2): 311-330.

Ford, M. & Lyons, L. 2012. Smuggling cultures in the Indonesia-Singapore borderlands. InTransnational flows and Permissive Polities: Ethnographies of Human Mobilities in Asia, edited by Kalir, B.& Sur, M., 90-108. Amsterdam: Amsterdam University Press.

Golub, Stephen. 2015. Informal cross-border trade and smuggling in Africa. In Handbook on Trade and Development, edited by Morrissey, O.,Lopez, R.A., Sharma, K., 179-209.United Kingdom :Edward Elgar Publishing.

Gusni Saat & Jalihah Md Shah. 2019. Socio-political dimension to the security of Eastern Sabah. InHolostic Development and Security for ESSZONE,edited by Diana Peters, Jennifer Chan Kim Lian, Gusni Saat, Abentin Estim & Martin A.Sebastian, 99-130. Kota Kinabalu: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

Hassan Heidari & Amin Shafian. 2015. Factors affecting goods and currency smuggling in the draft bill to combat goods and currency smuggling. European Online Journal of Natural and Social Sciences Vol4(2): 316-322.

Heyman, Josiah McC. 2008. Constructing a virtual wall: Race and citizenship in U.S.-Mexico border policing. Journal of the Southwest Vol 50 (3): 305- 333.

Junaenah Sulehan, Noor Rahamah Abu Bakar, Abd Hair Awang, Mohd Yusof Abdullah & Ong Puay Liu. 2013. Development at the margins: livelihood and sustainability of communities at Malaysia-Indonesia Borders. Sociologija I Prostor 197 (3): 547-562.

Kendawang, Joseph Jawa, Tanaka. Sota, Soda. Ryoji, Seman. Logie, Mohd Effendi Wasli & Sakurai. Katsutoshi,. 2005. Difference of rice farming practices of the Iban in a national boundry area in Borneo and its socio-economic background. TROPICS Vol 14 (4): 295-307.

Majid Cooke, F. 1999. Forests, protest movements and the struggle over meaning and identity in Sarawak. Akademika 55: 99-132.

Mariappan, Kntayya. 2006. Sempadan antarabangsa dalam kehidupan komuniti persempadanan di Sabah.Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Bengkel Kajian Persempadanan di Negeri Sabah, dianjurkan oleh Arkib Negara Malaysia, 6-7 November 2006, Kuala Lumpur.

Mohammad Sadeghi, Forogh Ghasemi, Robabeh Ranjkesh & Mahboubeh Zandinasab. 2014. Smuggling of goods and its relationship with society characteristic of border area (Case study: Minab City of Iran). Journal of Life Science and Biomedicine 4 (2): 97-102.

Mok Soon Sang. 2010. Penyelidikan dalam Pendidikan: Perancangan dan Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan. Perak: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Mutia, A., Bakran, S. & Nurfitri, N. 2014. Kerjasama Sosial dan Ekonomi Malaysia-Indonesia(SOKSEKMALINDO): Studi kasus pengembangan kawasan pariwisata di Kabupaten Sambas. Jurnal Tesis PMIS-UNTAN-PSI.

Neuman, D. 2001. Boundaries, border and barriers: Changing geographic perspectives onterritoral lines. InIdentities, Border, Order, edited by Albert, M., Jacobson, D.,& Lapid, Y., 137-152. Minnesota: University of Minnesota Press.

Noor Rahamah Hj. Abu Bakar, Mohd Yusof Hj. Abdullah, Abd. Hair Awang, Junaenah Sulehan, Ong Puay Liu. 2012. Usahawan mikro dan jaringan sosial komuniti di sempadan: Kajian kes di Serikin Sarawak, Malaysia. InTantangan dan Prospek Perbatasan Indonesia-Malaysia, edited by TB. Massa Dja’far, Khairul Fuad & Junaenah Sulehan, 115-131. Jakarta:UNAS PRESS.

Nurfitri Nugrahaningsih. 2009. Prospek pembangunan wilayah perbatasan di Kalimantan Barat. Kertas kerja dibentangkan di Konferensi Antarauniversiti Se Borneo-Kalimantan ke 5, dianjurkan oleh Universiti Malaysia sabah, 16-17 Jun, Kota Kinabalu, Sabah.

Oladeji, Mathew Olaniyi. 2010. Perception of Smuggling among the Yoruba People of Oke-Ogun of South Western Nigeria. Internet Journal of Criminology.https://www.internetjournalofcriminology.com/. Retrieved on: 15 Februari 2018.

Ojo, Matthias Olufemi Dada. 2015. Risks and social repercussions inherent in smuggling: A sociological investigation of Badagry-Seme and Owode-Idiroko international border communities in Nigeria. American Journal of Economics, Finance and Management Vol 1(2): 43-62.

Ong Puay Liu. 2016. Memahami kesepaduan sosial di sempadan menerusi lensa komunikasi. Jurnal Komunikasi Jilid 32(1):455-467.

Ong Puay Liu,Junaenah,S.,Noor Rahamah Abu Bakar, Abd Hair Awang & Mohd Yusof Hj Abdullah. 2012. ‘Pasaraya’ di persempadanan: Ruang untuk kedinamisan identiti dan hubungan. InTantangan dan Prospek Perbatasan Indonesia-Malaysia, edited by TB. Massa Dja’far, Khairul Fuad & Junaenah Sulehan, 25-40. Jakarta: UNAS PRESS.

Prasojo, Z.H. 2013. Dinamika masyarakat lokal di perbatasan. Wallsongo Vol 21 (2): 417-436.

Ramli Dollah, Marsitah Mohd Radzi, Wan Shawaluddin Wan Hassan & Amrullah Maraining. 2015. Elemen fizikal dan bukan fizikal dalam pembentukan identiti komuniti sempadan di pantai Timur Sabah, Malaysia. Malaysian Journal of Society and Space 11(7): 9-20.

Ruhanas, H. 2009. Peningkatankeselamatan bersama melalui kerjasama dua hala Malaysia dan negara-negara jiran. JEBAT 36: 16-40.

Schoenberger.L & Turner, S. 2008. Negotiating remote borderland access: Small-scale trade on the Viethnam-China border. Development and Change Vol 39 (4): 667-696.

Siegel, Dina. 2009. Families, social networks and cultural imperatives [Review of the book Chinese Human Smuggling Organizations, by Zhang, S.X.]. Trends Organization Crime Vol 12: 81-83.

Simala, K. I. & Amutabi, M. 2005. Small arms, cattle raiding and borderlands: The ilemi triangle. InIllicit Flows and Criminal Things: State, Borders and the Other Side of Globalization, edited bySchendel, W.V. & Abraham, I., 201-226.Bloomington: Indiana University.

Schendel,W.V. 2005. Spaces of engagement: How borderlands, illicit flows and territorial states interlock. In IllicitFlowsandCriminalThings:State,BordersandtheOtherSide of Globalization, edited by Schendel, W.V. & Abraham, I., 38-68. Bloomington: Indiana University Press.

Sonny, S. 2014. Rezim kerjasama SOSEKMALINDO Kaltim-Sabah: Mengukur derajat conpliance partisipan perjanjian.Jurnal Hubungan Internasional Vol 3 (1): 33-43.

Sugiyono. 2016. Metode Penelitian dan Pengembangan. Bandung: Alfabeta.

Tagliacozzo, Eric. 2002. Smuggling in Southeast Asia history and its contemporary vectors in an unbounded region. Critical Asian Studies 34 (2):193-220.

Wadley, R. L. & Eilenberg, M. 2005. Autonomy, identity and ‘illegal’ logging intheborderlandofWestKalimantan,Indonesia.The Asia Pacific Journal of AnthropologyVol 6 (1):19-34.

Wadley, R. L. 2006. Community cooperation, “illegal” logging and regement antanomy in the borderlands of West Kalimantan. InState, Community and Forest in Contemporary Borneo, edited byMajid Cooke, F., 111-132. Canberra: ANU Press.

Yohanes, K.A.B. 2011. The Indonesia-Malaysia Border Trade Agreement (BTA) in1970, and it’s impact on cross border trade in Entikong-Tebedu, Sarawak.Master Thesis, Ilmu Politik, Universiti Gadjah Mada, Yogjakarta.

YustenKarulus.2009.Komuniti Sempadan dan Persoalan Keselamatan:KajianKes di Ba’kelalan. Master Thesis, Sekolah Sains Sosial, Universiti MalaysiaSabah, Kota Kinabalu, Sabah.

Zarina Othman. 2004. Mynmar, ilicit drug trafficking and security implications. Akademika 65: 27-43.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694