Audit Berulang Kali di Malaysia: Kajian Penerokaan ke atas Syarikat Permotoran bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS)

Mohamad Zaki Md Jani, Rosiati Ramli, Sofiah Md Auzair, Romlah Romlah Jaffar

Abstract


Kajian mengenai audit berulang kali di Malaysia adalah terhad disebabkan oleh faktor kerahsiaan maklumat. Ini menimbulkan jurang antara amalan pentadbiran cukai dan pengetahuan umum mengenai kes audit cukai, terutama dalam kalangan syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Mengikut tafsiran Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), audit berulang kali adalah aktiviti audit yang dilakukan ke atas syarikat yang sama lebih daripada sekali dalam tempoh lima tahun. Audit berulang kali merupakan isu yang mendapat perhatian LHDNM kerana memberi kesan kepada kos operasi di samping menggambarkan tahap ketidakpatuhan syarikat yang tinggi. Laporan LHDNM menunjukkan bahawa audit berulang kali paling banyak dilakukan ke atas PMKS syarikat permotoran. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti strategi pengelakan cukai PMKS syarikat permotoran melalui bentuk pelarasan yang kerap dilakukan, ciri-ciri mereka dan bilangan kekerapan audit berulang kali dalam tempoh lima tahun. Ini adalah hasil kajian deskriptif yang menggunakan data kes audit cukai di LHDNM bagi tempoh 2015 hingga 2019. Daripada 924 syarikat yang dikaji, hasil menunjukkan bahawa bentuk pelarasan yang paling kerap dilakukan oleh PMKS syarikat permotoran adalah pelarasan pendapatan, di mana syarikat kurang menyatakan amaun pendapatan. Di segi ciri-ciri syarikat, kajian juga mendapati PMKS syarikat permotoran yang paling kerap diaudit berulang kali ialah syarikat bersaiz kecil, mempunyai kadar keuntungan di bawah RM3 juta, majoriti dari subsektor jualan alat ganti dan aksesori selain motosikal serta menggunakan perkhidmatan ejen cukai untuk menguruskan hal percukaian mereka. Di segi kekerapan diaudit, hasil menunjukkan majoriti syarikat yang dikaji telah diaudit dua kali dalam tempoh lima tahun. Dapatan kajian ini menyediakan asas untuk membantu menerangkan senario syarikat PMKS sektor permotoran yang terlibat dengan audit berulang kali dan kepentingannya ke atas penguatkuasaan audit cukai secara keseluruhan.


Keywords


Audit berulang kali; ketidakpatuhan cukai; syarikat PMKS sektor permotoran

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This journal is indexed by:

   

 

ISSN : 2180-3838

e-ISSN : 2716-6060