Amalan Kesantunan Berbahasa dalam Komunikasi Formal dan Tidak Formal dalam Kalangan Pelajar Universiti

Ahmad Fuad Mat Hassan, Khairul Faiz Alimi, Hishamudin Isam, Mashetoh Abd. Mutalib

Abstract


Kesantunan berbahasa ketika berkomunikasi amat dititikberatkan oleh masyarakat di Malaysia khususnya orang Melayu. Amalan kesantunan berbahasa adalah perkara asas dalam sesebuah komunikasi yang menggambarkan aturan sosial dalam sesebuah masyarakat dan menjadi prasyarat bagi kerjasama dalam sesebuah komunikasi. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan kesantunan berbahasa yang diamalkan oleh pelajar UUM dalam konteks komunikasi formal dan tidak formal, membandingkan elemen kesantunan berbahasa yang diamalkan oleh pelajar mengikut jantina dan membincangkan kesan terhadap amalan kesantunan berbahasa dalam komunikasi kepada pelajar. Sebanyak 1251 orang responden dipilih dan ditemu bual menggunakan borang soal selidik berstruktur yang dibina berdasarkan konteks formal dan tidak formal. Kajian ini mengaplikasikan teori kesantunan Brown dan Levinson (1987) sebagai landasan dalam membincangkan dapatan kajian. Hasil kajian mendapati, sebanyak 93.2 peratus (1166) orang pelajar UUM mengamalkan kesantunan berbahasa dalam konteks formal dan selebihnya sebanyak 6.8 peratus (85) orang responden sahaja yang kurang menitikberatkan elemen kesantunan berbahasa ketika berkomunikasi dalam konteks formal. Dari segi jantina pula, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan terhadap amalan kesantunan berbahasa antara pelajar lelaki dan perempuan, iaitu  t(1249) = 3.652, p < .05. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar perempuan lebih mengamalkan kesantunan berbahasa ketika berkomunikasi berbanding dengan pelajar lelaki. Selain itu, amalan kesantunan berbahasa dalam komunikasi pelajar telah memberikan kesan yang positif kepada pelajar khususnya di UUM.  Amalan kesantunan berbahasa perlu dilestarikan oleh setiap individu kerana amalan ini bukan sahaja dituntut dalam beragama malah ianya dapat menggambarkan nilai budi leluhur sesuatu bangsa dalam konteks di Malaysia.

 

Kata kunci: Kesantunan berbahasa, komunikasi formal, komunikasi tidak formal, pelajar universiti, bangsa.


Full Text:

PDF

References


Arina Johari, & Indirawati Zahid. (2016). Manifestasi kesantunan Melayu dalam ujaran memberi dan meminta nasihat. GEMA Online Journal of Language Studies, 16(2), 73-94.

Asmah Haji Omar. (2003). Language and culture in the civilization process. Jurnal Peradaban Melayu, 1, 83-106.

Asmah Haji Omar. (2015). Ensiklopedia bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Brown, P., & Levinson, S. C. (1978). Politeness. Universals in Language usage: Politeness Phenomenon. In E. N. Goody (Ed.), Questions and politeness: Strategies in sosial interaction. New York: Cambridge University Press.

Brown, P., & Levinson, S. C. (1987). Politeness some universals in language usage. New York: Cambridge University Press.

Creswell, J. W. (2008). Research design. United Kingdom: SAGE Publications Ltd.

Eckert, P., & McConnell-Ginet, S. (2003). Language and gender. United Kingdom: Cambridge University Press.

Firdaus Abdullah. (2011, 7 Julai). Bahasa Melayu golongan muda merosot. Utusan Malaysia, hlm. 17.

Holmes, J., & Stubbe, M. (2003). Power and politeness in the workplace. Pearson.

Holmes, J. (1995). Women, men and politeness. London: Longman Publisher.

Ibrahim. (2019). Konteks budaya dalam komunikasi antarabudaya (Kes pelajar IAIN Pontianak, Indonesia). Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(2), 227-246.

Kalthum Ibrahim, & Nur Faezah Kamaruzaman. (2017). Kesantunan bahasa dalam rancangan bual bicara Meletop: Satu kajian sosiolinguistik. Jurnal Linguistik, 21(2), 060-068.

Lakoff, R. T., & Bucholtz, M. (2004). Language and women’s place: Text and commentaries. NY: Harper Colophom.

Lakoff, R. T. (1975). Language and women’s place. NY: Harper Colophom.

Lakoff, R. (1989). The limits of politeness. Multilingua, 8, 101-129.

Maltz, D. N., & Borker, R A. (1982). A cultural approach to male-female miscommunication. In Coates, J. (Ed.), The matrix of language: Contemporary language anthropology (pp. 417-434). Cambridge: Cambridge University Press.

Marlyna Maros. (2011). Strategi kesantunan Melayu dalam membuat teguran. e-Utama: Jurnal Elektronik Jabatan Bahasa & Kebudayaan Melayu, 3, 7-20.

Maslida Yusof. (2018). Trend ganti nama diri bahasa Melayu dalam konteks media sosial. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 4(2), 36-50.

Mills, S. (2003). Gender and politeness. Cambridge: Cambridge University Press.

Mills, S. (2004). Class, gender and politeness. Multilingua, 23(1/2), 171–191.

Mustafa Haji Daud. (1995). Budi bahasa dalam tamadun Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Azuwan Yaakob, Norazlina Mohd Kiram, Kamariah Kamaruddin, & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2011). Kesantunan berbahasa dalam aktiviti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Journal of Human Capital Development, 4(1), 53-77.

Norhana Bakhary, Zaitul Azma Zainon Hamzah, Mohd Zariat Abd Rani, & Omrah Hussin. (2010). Kesantunan bahasa dalam kata perbilangan adat perpatih: Satu tinjauan awal. Jurnal Linguistik, 11(Disember), 1-20.

Nur Damia Husna Nor Sad, & Zulkefli Haji Aini. (2015). Kesantunan berbahasa dalam komunikasi dakwah. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Komunikasi, Kemanusiaan, Sains Sosial dan Sains, 21 Oktober 2015, Universiti Sains Islam Malaysia.

Rais Yatim. (2011, Julai 1). Tahap kesopanan generasi muda kini semakin menurun berbanding dengan belia di negara luar. Utusan Malaysia.

Sa’adiah Ma’alip. (2015). Pemilihan bahasa dalam komunikasi di laman sosial. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 31(2), 231-246.

Schieffelin, B., & Ochs, E. (1986.) Language socialization across cultures. Cambridge: Cambridge University Press.

Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2009). Parameter kesopanan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja: Analisis pragmatik. Laporan penyelidikan yang tidak diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Zimmerman, D., & West, C. (1975). Sex roles, interruptions and silences in conversation. In B. Thorne, & N. Henley (Eds.), Language and sex: Difference and dominance (pp. 105-129). Rowley, Massachusetts: Newbury House.

Zuraini Ramli, Husna Faredza Mohamed Redzwan, Dahlia Janan, & Khairul Azam Bahari. (2009). Amalan kesantunan berbahasa sebagai cerminan santun budaya dalam memartabatkan bahasa Melayu. Retrieved from researchgate.net/publication/336375332

Zulkifley Hamid, Naidatul Zamrizam Abu, & Asyraf Zulkifley (2015). Strategi komunikasi dalam kalangan murid pelbagai etnik. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 31(1), 171-186.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528