Penerokaan Isu Penguasaan Kemahiran Insaniah Graduan UKM dari Perspektif STOPS

Ong Ai Ling, Chang Peng Kee, Arina Anis Azlan

Abstract


Kemahiran insaniah (soft skills) merupakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar supaya mampu berdaya saing dalam mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian. Institusi pengajian tinggi atau universiti memainkan peranan yang penting dalam membantu dan membentuk sahsiah pelajar agar mereka mampu menguasai set kemahiran yang diperlukan dalam alam pekerjaan. Tidak dinafikan juga penguasaan kemahiran insaniah graduan berkait dengan isu kebolehpasaran graduan yang sering dibangkitkan. Dengan mengambil pandangan dari perspektif komunikasi, kajian ini dijalankan untuk memahami cara graduan bertindak balas terhadap isu penguasaan kemahiran insaniah berpandukan teori STOPS. Sebanyak 415 responden yang terdiri daripada graduan prasiswazah UKM tahun 2018 telah memberikan maklum balas terhadap survei yang diedarkan. Data dianalisis dengan menggunakan Model Persamaan Struktural (SEM) dibantu perisian IBM-SPSS versi 21 dan IBM-SPSS-AMOS. Lima hipotesis yang dicadangkan telah disokong oleh dapatan kajian. Hasil kajian mendapati model pengukuran STOPS mencapai indeks kesepadanan yang baik berdasarkan nilai indeks yang dicadangkan. Nilai koefisien penentuan R2 bagi pemboleh ubah perseptual (antecedent) iaitu pengenalpastian masalah, pengenalpastian kekangan, dan pengenalpastian penglibatan terhadap motivasi situasi dalam penyelesaian masalah adalah .52 yang mana ia menunjukkan hubungan sederhana kuat antara pemboleh ubah. Manakala nilai R2 bagi pemboleh ubah kriteria rujukan dan motivasi terhadap tingkah laku komunikasi (CAPS) adalah .61 yang juga menunjukkan hubungan sederhana kuat. Berdasarkan hasil analisis, institusi pengajian tinggi  harus memberi pendedahan yang lebih komprehensif terhadap isu penguasaan kemahiran insaniah supaya meningkatkan kebolehan pelajar dalam pengenalpastian masalah, kekangan dan penglibatan yang mampu menyumbang kepada peningkatan motivasi dalam penyelesaian masalah.

 

Kata kunci: Kemahiran insaniah, graduan, STOPS, SEM, situasi.


Full Text:

PDF

References


Ahmad Anuar, A., & Esa, A. (2010). Penerapan kemahiran insaniah di Pusat Giat Mara (PGM): Satu analisis perbandingan. Dlm. Esa, A., & Mustafa, M. Z. (pynt.), Kemahiran insaniah: Kajian di institusi-institusi pengajian (ms. 1–19.) . Batu Pahat: Penerbit UTHM.

Bentler, P. M. (1990). Comparative fit indexes in structural models. Psychological Bulletin, 107(2), 238–246.

Bentler, P. M., & Bonett, D. G. (1980). Significance tests and goodness of fit in the analysis of covariance structures. Psychological Bulletin, 88, 588–606.

Byrne, B. M. (2010). Structural equation modeling with AMOS: Basic concepts, applications, and programming (2nd Ed.). New Jersey: Erlbaum.

Chin, W. W. (1998). Issues and opinion on structural equation modeling. MIS Quarterly, 22(1), 7–16.

Clarke, P., & Kline, F. G. (1974). Media effects reconsidered: Some new strategies for communication research. Communication Research, 1(2), 224–240. https://doi.org/10.1177/009365027400100205

Cohen, J. (1988). Statistical power for the social sciences. Hillsdale, NJ: Laurence Erlbaum and Associates.

Demaria, M., Hodgson, Y., & Czech, D. (2018). Perceptions of transferable skills among biomedical science students in the final-year of their degree: What are the implications for graduate employability?. International Journal of Innovation in Science and Mathematics Education, 26(7), 11–24.

Fairuzza Hairi, Mohamad Nazuir Ahmad Toee, & Wahid Razzaly. (2011). Employers’ perception on soft skills of graduates: A study of intel elite soft skill training. International Conference on Teaching & Learning in Higher Education, 8(3), 1–8.

Flynn, K. M., Ho, P., Vieira, M. C., Pittia, P., & Rosa, M. D. (2017). Food science and technology students self-evaluate soft and technical skills. International Journal of Food Studies, 6(2), 129–138. https://doi.org/10.7455/ijfs/6.2.2017.a1

Graham, E. E., Barbato, C. A., & Perse, E. M. (1993). The interpersonal communication motives model. Communication Quarterly, 41(2), 172–186.

Grunig, J. E. (1997). A situational theory of publics: Conceptual history, recent challenges and new research. Dlm. Moss, D., MacManus, T. & Vercic, D. (Eds.), Public relations research: An international perspective (pp. 3–48). Haryana, India: International Thomson Business Press.

Hair, J. F., Black, W. C., Babin, B. J., & Anderson, R. E. (2010). Multivariate data analysis (7th ed.). Englewood Cliffs: Prentice Hall.

Hamidah Norman, Rohailin Zainon, Siti Zuraydah Md Jenil, & Rusyda Yahya. (2017). Personaliti graduan yang menjadi tarikan organisasi. Journal of Business Innovation Jurnal Inovasi Perniagaan, 2(1), 53–61.

Jalil, K. A. (2014). Publics’ response towards smoking: A test of the situational theory of problem solving (Tesis Doktor falsafah, International Islamic University Malaysia).

Jin, B. (2007, November). Understanding collective efficacy as shared efforts from theory of reasoned action and situational theory of publics perspectives. Paper presented at National Communication Association Annual Meeting, Chicago, IL.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Laporan kajian pengesanan graduan 2018. Retrieved from https://www.moe.gov.my/en/muat-turun/laporan-dan-statistik/pendidikan-tinggi/laporan-kajian-pengesanan-graduan/2018-11/3157-laporan-kajian-pengesanan-graduan-2018/file

Kim, J. N., & Vibber, K. (2012). Networked sociability and cybercoping: The effects of enabled personal networks and enhanced health outcomes among chronic health problem solvers. Dlm. Duhe, S. (Ed.), New media and public relations (2nd ed). NY: Peter Lang.

Kim, J.-N., & Grunig, J. E. (2011). Problem solving and communicative action: A situational theory of problem solving. Journal of Communication, 61(1), 120–149.

Kim, J.-N., & Krishna, A. (2014). Publics and lay informatics: A review of the situational theory of problem solving. Annals of the International Communication Association, 38(1), 71–105. https://doi.org/10.1080/23808985.2014.11679159

Kim, J.-N. (2006). Communicant activeness, cognitive entrepreneurship and a situational theory of problem solving (Doctoral dissertation. University of Maryland, College Park).

Kim, J.-N., & Ni, L. (2013). Conceptualizing publics and constructing public relations theory: The situational theory of problem solving and its new research. In, Public relations and communication management: Current trends and emerging topics. NY: Routledge.

Kim, J.-N., Ni, L., Kim, S. H., & Kim, J. R. (2012). What makes people hot? Applying the situational theory of problem solving to hot-issue publics. Journal of Public Relations Research, 24(2), 144–164.

Kim, J.-N., Shen, H., & Morgan, S. E. (2011). Information behaviors and problem chain recognition effect: Applying situational theory of problem solving in organ donation issues. Health Communication, 26(2), 171–184.

Krishna, A. (2017). Motivation with misinformation: Conceptualizing lacuna individuals and publics as knowledge-deficient, issue-negative activists. Journal of Public Relations Research, 29(4), 176–193.

Marsh, H. W., & Hocevar, D. (1985). Application of confirmatory factor analysis to the study of self-concept. First- and higher order factor models and their invariance across groups. Psychological Bulletin, 97, 562–582.

Norliana Hashim. (2017). Komitmen organisasi dan dinamika publik terhadap kebolehpasaran graduan: Satu usaha kembangan teori situasi dalam penyelesaian masalah (Tesis Doktor falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia).

Norliana Hashim, Chang Peng Kee, & Mat Pauzi Abd. Rahman. (2016). Stops: Addressing graduate marketability issue in Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 32(2), 139–164.

Noor Lela Ahmad, & Suraini Mohd Rhouse. (2016). Kemahiran profesional graduan perakaunan: Antara jangkaan majikan dan keperluan pelajar dalam kurikulum perakaunan. Jurnal Pendidikan Malaysia, 41(1), 7–17.

Noor Lela Ahmad, Noraishah Buang, & Norasmah Othman. (2012). Amalan penerapan nilai murni dalam kalangan pendidik perakaunan. Management Research Journal, 1, 54–74.

Norasmah Othman. (2017). Daya tahan pelajar universiti awam dan universiti swasta. Jurnal Pendidikan Malaysia, 42(1), 77–86.

Sarkar, M., Overton, T., Thompson, C., & Rayner, G. (2016). Graduate employability: Views of recent science graduates and employers. International Journal of Innovation in Science and Mathematics Education, 24(3), 31–48.

Wats, M., & Wats, R. K. (2009). Developing soft skills in students. International Journal of Learning, 15(12), 1–10.

Zainudin Awang, Lim Siew Hui, & Nur Fairuza Syahira Zainudin (2018). Pendekatan mudah SEM. Bangi: MPWS Rich Publication.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528