Impak Prejudis dan Jarak Sosial Terhadap Komunikasi Antara Etnik di Pangsapuri Seksyen 2 Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Marzudi Md Yunus, Nur Yuhanis Mohd Nasir, Nurul Haniza Samsudin

Abstract


Komunikasi yang berkesan merupakan elemen penting dalam interaksi antara etnik yang berbeza. Menerusi komunikasi, interaksi sosial antara etnik dapat mengurangkan jarak sosial. Jarak sosial boleh mewujudkan rasa keasingan (alienasi) yang diasaskan oleh perbezaan ras melibatkan kelompok yang berbeza. Dalam hal ini, interaksi sosial pada peringkat komuniti setempat merupakan wadah yang boleh digunakan untuk mengetahui sama ada interaksi sosial dalam komuniti menghasilkan komunikasi yang bermakna, pengaruh prejudis dan kewujudan jarak sosial antara etnik dalam komuniti penghuni rumah jenis pangsapuri yang dikaji. Kajian ini menganalisis pola-pola interaksi sosial dalam komunikasi yang melibatkan etnik berbeza di rumah jenis pangsapuri. Penyelidikan ini dilaksanakan di Seksyen 2, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Metodologi kuantitatif dan kualitatif melalui kaedah soal selidik dan pemerhatian telah digunakan bagi mendapatkan data-data utama digunakan untuk menganalisis pola-pola komunikasi dalam interaksi antara etnik. Seramai 300 orang responden yang dipilih secara berstrata berdasarkan komposisi etnik di kawasan kajian. Pemerhatian pula telah   dilakukan terhadap peristiwa interaksi sosial yang berlaku dalam komuniti. Dalam kajian ini, teori jarak sosial telah digunakan bagi menilai dan mentafsir pola interaksi sosial dalam komunikasi antara etnik yang berlaku dalam komuniti penduduk jenis pangsapuri. Hasil analisis telah menunjukkan bahawa terdapat pola yang jelas dalam interaksi sosial yang melibatkan komunikasi antara etnik berbeza. Komunikasi antara etnik mempunyai kaitan yang signifikan dengan kewujudan kepentingan bersama dalam kalangan penduduk. Kewujudan kepentingan bersama yang dikongsi oleh ahli komuniti akan membina pelantar integrasi yang kukuh dalam komuniti multietnik.

 

Kata kunci: Komunikasi, interaksi sosial, etnik, jarak sosial, komuniti.


Full Text:

PDF

References


Abdul Rahman Embong, & Chin Yee Whah. (2011). Introduction: Community, identity, politics and healthcare in Malaysia. Jurnal Kajian Malaysia, 29(1), 1–10.

Abdul Rahman Embong. (2011). The question of culture, identity and globalisation: An unending debate. Jurnal Kajian Malaysia, 29(supp.1), 11–22.

Abdul Rahman Embong. (2018). Ethnicity and class: Divides and dissent in Malaysian studies. Southeast Asian Studies, 7(3), 281–307.

Abdul Rahman Ismail. (2007). Sejarah politik Malaysia 1965-2000. Dlm. A. Rahman Ismail (pngr.). Malaysia - Sejarah kenegaraan dan politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asrul Muslim. (2013). Interaksi sosial dalam masyarakat multietnis. Jurnal Diskursus Islam, 1(3), 484-494.

Azlizan Mat Enh, & Norlilawati Samak. (2020). Peranan akhbar sebagai wadah komunikasi pemerintah selepas Pilihan Raya Umum 1969. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 36(1), 1-19.

Blumer, H. (1992). Symbolic Interactionism: Perspective and method. Berkerley: University of California Press.

Fauziah Ismail, & Bahiyah Omar. (2018). Kesan gaya komunikasi doktor perubatan terhadap kepuasan pesakit. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 34(3), 73-95. https://doi.org/10.17576/JKMJC-2018-3403-05

Hashim Fauzy Yaacob. (2001). Komunikasi antara manusia. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Hasnah Hussiin. (2009). Artikel kenegaraan dan hubungan etnik. Kuantan: Penerbit Universiti Malaysia Pahang.

Ibrahim. (2019). Konteks budaya dalam komunikasi antarabudaya (Kes pelajar IAIN Pontianak, Indonesia). Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(2), 227-246.

Khadijah Alavi, & Maizatul Haizan Mahbob. (2017). Komunikasi berkesan dengan warga emas: Dari perspektif intervensi kerja sosial. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 33(4), 21-37.

Maizatul Haizan Mahbob, Nik Anis Syakira Megat Ali, Wan Idros Wan Sulaiman & Wan Amizah Wan Mahmud. (2019). Komunikasi strategik dan peranannya untuk mewujudkan komunikasi berkesan dalam organisasi. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(2), 49-67.

Mansor Mohd. Noor, & Mohd Sobhi Ishak. (2019). IPNas: Model integrasi kesepaduan nasional rakyat Malaysia. Diakses dari https://www.perpaduan.gov.my/sites /default/files/Seminar%20IPNas_Prof.%20Dr%20Mansor%20dan%20PM%20Dr.%20Mohd%20Sobhi.pdf

Mansor Mohd. Noor, Abdul Rahman Abdul Aziz, & Mohamad Ainuddin Iskandar Lee. (2006). Hubungan etnik di Malaysia. Petaling Jaya: Prentice Hall Peason Malaysia Sdn. Bhd.

Mansor Mohd. Noor. (2018). Batas etnik. Diakses dari https://mansormohdnoor.com/1-2-batas-etnik/

Massofa. (2013). Pengertian interaksi sosial. Diakses pada 2013, Februari 15, dari http;//massofa.wordpress.com/2008/02/06/bidang-kajian-sosiologi-dan-interaksisosial/.html

Najib Razak. (2010). Tranformasi Malaysia: Ucapan Perdana Menteri Najib Tun Razak 2009. Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan Malaysia.

Nurul Naemah Hamedan, Syed Agil Shekh Alsagoff, & Akmar Hayati Ahmad Ghazali. (2019). Media, isu dan tingkah laku pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-14: Satu kajian awal. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(2), 293-312.

Rahimin Affandi Abd. Rahim, Mohd Anuar Ramli, Paizah Ismail, & Nor Hayati Mohd Dahlal. (2011). Dialog antara agama: Realiti dan prospek di Malaysia. Jurnal Kajian Malaysia, 29(2), 91–110.

Ritzer, G. (2011). Sociological theory (8th ed.) New York: The McGrow Hill Companies.

Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismail, & Zaini Othman. (2005). Kenegaraan Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Shamsul Amri Baharuddin. (2003). Pembentukan identiti di Malaysia: Konsep, pengalaman dan masa depan. Dlm. Shamsul, Rahimah, Abdul Rahman, Mohamed Yusoff & Kamaruddin (pnyt.), Membina bangsa Malaysia (Jilid 2, hlm. 27-55). Kuala Lumpur: Jabatan Perpaduan Negara.

Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Modul hubungan etnik (Edisi Kedua). Bangi: Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shamsul Amri Baharuddin. (2019). Dari kesatuan ke perpaduan IPNas sebagai pengukur. Diakses dari https://www.perpaduan.gov.my/sites/default/files/Seminar%20 IPNas_Prof.%20Ulung%20Datuk%20Dr.%20Shamsul%20Amri.pdf

Veeger, K. J., Hasan, D. H., Ngganggung, P. P., Widyastuty, R. A., …. Sanyotohadi, H., & Suharto, D. J. (1992). Pengantar sosiologi: Buku panduan mahasiswa. Jakarta: Asosiasi Perguruan Tinggi Katolik dan Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528