Pembinaan Identiti Kepimpinan dalam Wacana Politik

Rohaidah Haron, Madiawati Mamat@Mustaffa, Maizira Abdul Majid

Abstract


Dari perspektif analisis wacana (lisan atau tulisan), pemilihan dan penggemblengan unit-unit linguistik oleh pewacana harus dimanfaatkan sebaik-baiknya. Hal ini kerana dalam wacana, terkandung pelbagai proses sosial dan satu daripadanya ialah identiti. Sehubungan itu, pendekatan yang bersesuaian diperlukan untuk merungkai dan menjelaskan proses sosial tersebut. Pembinaan dan pengukuhan identiti dalam wacana dilihat sangat penting, khususnya kepada pemimpin yang baru dipilih dan dilantik menerajui sesebuah parti politik. Justeru, soal pembinaan identiti dalam wacana politik dilihat sangat penting untuk diteliti. Hecht (1993), Keller (1997), dan Hall (2002) antara pengkaji yang menegaskan bahawa bahasa dan identiti tidak dapat dipisahkan. Oleh itu, dalam komunikasi, pemilihan unit-unit linguistik sangat penting kerana ia berupaya mencerminkan identiti seseorang pemimpin. Sehubungan itu, kajian ini memanfaatkan ucapan tujuh orang bekas Presiden UMNO sebagai data kajian. Secara khusus, naskhah ini bertujuan mengenal pasti kepelbagaian kata ganti nama diri (KGND) pertama yang wujud dalam ucapan tujuh orang bekas Presiden UMNO, selanjutnya mentafsir dan menjelaskan hubungan bahasa dengan pembinaan identiti seseorang presiden parti politik. Hasil kajian mendapati KGND pertama seperti saya, kita dan kami telah berupaya menjelaskan sama ada seseorang pemimpin itu cenderung bersifat pamer diri, keindividuan, kekitaan, kebersamaan, berkuasa dan sebagainya. Oleh itu, dalam komunikasi politik, KGND turut menyumbang kepada pembinaan identiti seseorang pemimpin. Memandangkan kajian ini berhasrat mempertalikan aspek bahasa dengan pembinaan identiti maka pendekatan analisis wacana kritis dijadikan landasan bagi menganalisis data ini.

 

Kata kunci: Analisis wacana, analisis wacana kritis, kata ganti nama diri (KGND), pembinaan identiti, Presiden UMNO.


Full Text:

PDF

References


Abdullah Hassan, & Ainon Mohd. (2003). Komunikasi untuk pemimpin. Bentong: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Alo Liliweri, M.S. (2003). Dasar-dasar komunikasi antarabudaya. Yogyakarta Pustaka Pelajar.

Amanat Dato’ Onn 1946, hayatilah. (2018). Diakses daripada https://helenang.wordpress.com/2011/07/28/this-is-helen-angs-blog

Asmah Hj. Omar. (2009). Nahu Melayu mutakhir (edisi ke-5). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aziz Zariza Ahmad. (1979). UMNO Falsafah dan perjuangan. Kuala Lumpur: Penerbitan Knight.

Benwell, B., & Stokoe, E. (2006). Discourse and identity. Edinburgh: University Press Ltd.

Chamil Wariya. (1996). Pemilihan UMNO 1996 profil, rekod dan prestasi calon-calon Naib Presiden. Kuala Lumpur: IKSE Konsultant Sdn. Bhd.

Chamil Wariya. (2015). Strategi pemujukan Najib Razak dalam komunikasi politik. Kuala Lumpur: Malaysian Press Institute (MPI).

Chang, G. C., & Mehan, H.B. (2008). Why we must attack Iraq: Bush’s reasoning practices and argumentation system. Discourse & Society, 19(4), 453-482.

Cheng, M. (2006). Constructing a new political spectacle: tactics of Chen Shui-bian’s 2000 and 2004 Inaugural Speeches. Discourse & Society, 17(5), 583-608.

Fairclough, N. (1992). Discourse and social change. Cambridge: Polity Press.

Fairclough, N. (1995). Critical discourse analysis: The critical study of language. London: Longman.

Harishon Radzi, & Phylisia Anak David. (2015). Kata ganti nama dalam cerita hikayat Iban. Dlm. Malaysia – Indonesia: Bahasa Sastera dan Budaya (hlm. 33-50). Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hecht, M. L. (1993). A research odyssey: Toward the development of a communication theory of identity. Communication Monographs, 60(3), 76-82.

Idris Aman, Zaharani Ahmad, Rosniah Mustaffa, Jamilah Mustafa, & Mohammad Fadzeli Jaafar. (2008). Aksen, realiti, identiti, dan integrasi. Kertas kerja Simposium Aksen Bahasa Kebangsaan. Anjuran Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik (PPBL) FSSK, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi, 24 November.

Idris Aman. (2006). Bahasa dan kepimpinan analisis wacana Mahathir Mohamad. Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Idris Aman. (2009). Discourse and striving for power: An analysis of Barisan Nasional’s 2004 Malaysian General Election Manifesto. Discourse & Society Journal, 20(6), 659-683.

Idris Aman. (2010). Analisis wacana. Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Imran Ho Abdullah, & Hazidi Abdul Hamid. (2003). Conceptualising us and them: A study of the presidential address in the UMNO General Assembblies 1990-2000. Dlm. Asmah Haji Omar, Halimah Mohd Said, & Zainab Abd Majid (Ed.), Language and Empowerment. Kuala Lumpur: Persatuan Bahasa Moden Malaysia.

Joseph, J. (2004). Language and identity, national, ethnic, religious. New York: Palgrave Macmillan.

Kamila Ghazali. (2004). The rhetoric of Dr. Mahathir Mohamad a critical discourse perspective. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.

Karim Haji Abdullah. (1993). Perjuangan suci UMNO. Kuala Lumpur: Goodmark Enterprise.

Keller, A. T. (1997). Language and identity. Dlm. F. Coulmas (Ed.), The Handbook of Sosiolinguistics (hlm. 315-326). UK: Blackwell Publishers.

Koleksi Ucapan Dato' Seri Dr. Mahathir Bin Mohamad. (2018). Diakses daripada http://www.pmo.gov.my/ucapan

Lu, L.. W-L., & Ahrens, K. (2008). Ideological influence on BUILDING metaphors in Taiwanese presidential speeches. Discourse & Society Journal, 19(3), 383-408.

Maimunah Osman. (2000). Komunikasi berkesan – perhubungan interpersonal. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Maslida Yusof. (2018). Trend ganti nama diri bahasa Melayu dalam konteks media sosial. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 34(2), 36-50.

Mohamad Fauzi Sukimi. (2001). ‘Melayu’ sebagai identiti budaya politik Malaysia: Satu komentar. Dlm. International Malaysian Studies Conference. Anjuran Persatuan Sains Sosial Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi, 6-8 Ogos.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (1996). Tatabahasa Dewan edisi baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Hashimah Jalaluddin, Norlisafina Mohd. Sanit, Zaharani Ahmad, & Harishon Mohd. Radzi. (2016). Variasi kata ganti nama dialek di pesisir Sungai Perak: analisis Geographical Information System (GIS). GEMA Journal of Language Studies, 16(1), 109-123.

Norwati Mohd Zain, & Hishamudin Isam. (2013). Siapa ‘Aku’? analisis blog wanita dan pengkid berasaskan pendekatan prosodi semantik. Jurnal Linguistik, 17(2), 49–62.

Perhimpunan Agong UMNO 2004. (t. th.). Diakses daripada www2.utusan.com.my/

Presiden UMNO. (t. th.). Diakses daripada http://ms. wikipedia.org/wiki/Presiden _UMNO.

Roberts, B. (2007). Language as identity. Diakses daripada http://eslteachersboard.com/cgi-bin/articles/index.pl?noframes;read=1644

Rohaidah Haron. (2016). Bahasa dan identiti: Wacana UMNO Mohd Najib Razak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rozaimah Rashidin, & Nor Diyana Saupi. (2011). Kata ganti nama dalam dialek Kerinci. Jurnal Linguistik, 14(12), 1-16.

Sterling, P. (2008). Identity in language: An Exploration into the social implications of linguistic variation. Texas A & M University. Diakses daripada http://glasscock.tamu.edu/agora/winter00/sterling.pdf

Swanson, C. (2000). Language and Identity in Australia. Diakses daripada http://www.convictcreations.com/research/languageidentity.html

Syofia Ulfah, Zamri Mahamad, & Jamaludin Badusah. (2015). Komunikasi interpersonal teori dan amali. Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Thomas, L., Wareing, S., Singh, I., Peccei, J. S., Thornborrow, J., & Jones, J. (2004). Language, society and power: An introduction (Second Edition). London: Routledge.

Ucapan Penuh Tun Hussin pada tahun 1977. (t. th.) Diakses pada https://keris7lok.blogspot.com/?m=1

Van Dijk, T.A. (2008). Discourse & power. New York: Palgrave Macmillan.

Wan Mohd. Mahyiddin. (2007). UMNO sejarah, organisasi dan pelaksana dasar. Kuala Lumpur: HPI Lectures Sdn. Bhd.

Wang, J. (2017). Representations of the Chinese Communist Party’s political ideologies in President Xi Jinping’s discourse. Discourse & Society Journal, 28(4), 413-435.

Wardhaugh, R. (2006). An introduction to sociolinguistics (5th ed.). USA: Blackwell Publishing.

Zahalan Man. (2003). Daulat UMNO. Kuala Lumpur: Kip Tech Sdn. Bhd.

Zulkifli Md. Nasir, & A. Karim Hj. Abdullah. (1992). UMNO teras politik Melayu teras negara. Kuala Lumpur: Bukuraya Media.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528