Teknologi dan Media Sosial dalam Komunikasi Ibubapa dan Anak-anak

Nurhamizah Hashim, Asbah Razali

Abstract


Media sosial dan teknologi yang berkembang pada hari ini memberikan pengaruh yang besar kepada pembangunan diri golongan kanak-kanak mahupun golongan remaja. Golongan remaja lebih gemar menghabiskan masa dengan mengakses internet, bermain permainan video dan telefon pintar berbanding berinteraksi dengan keluarga terutamanya ibu dan bapa. Hal yang demikian boleh menyebabkan kualiti komunikasi golongan remaja dengan ibu bapa mereka menjadi semakin rendah. Isu ini turut diakui oleh kebanyakan kajian lepas yang bersetuju bahawa penggunaan teknologi secara berlebihan akan menyebabkan komunikasi anak-anak dengan ibu bapa menjadi kurang berkesan sehingga wujudnya jurang komunikasi dalam keluarga dan hal ini turut membantutkan perkembangan sosial mereka. Kertas kerja ini bertujuan menjelaskan konsep media dan teknologi, komunikasi ibu bapa dan anak-anak serta menghuraikan kesan media dan teknologi terhadap komunikasi keluarga dalam masyarakat Melayu agar tidak menghakis hubungan kekeluargaan yang selama ini terjalin erat tanpa adanya media dan teknologi. Teori Sistem Keluarga digunakan dalam membincangkan pembangunan diri anak-anak dari sudut interaksi dan komunikasi dengan orang lain hasil daripada kehadiran media dan teknologi. Di samping itu juga, cadangan berkaitan strategi praktikal kepada ibu bapa turut dikemukakan agar ibu bapa lebih memahami cara penggunaan media dan teknologi dalam menangani cabaran budaya moden ini. Strategi serta cadangan yang dikemukakan diharap dapat memberikan lebih kefahaman kepada ibu bapa berkaitan media dan teknologi agar perkara ini tidak memberikan kesan negatif dalam komunikasi mereka dengan anak-anak. Sehubungan itu, kertas kerja ini diharap dapat digunakan sebagai model rujukan remaja dan ibu bapa untuk mengatasi ancaman media dan teknologi yang kian berkembang dalam kehidupan hari ini.

 

Kata kunci: Komunikasi, ibu bapa, remaja, media, teknologi.


Full Text:

PDF

References


Awang Nasrizal Awang Ali, Normadiana Mohammad Hanapi, Mohd Mawardi Mohd Kamal, & Sunardi Sutarman. (2016). Kesan dan pengaruh gajet terhadap akhlak dan tingkah laku pelajar. Prosiding Konferensi Akademik, 269-273.

Barnes, H. L., & Olson, D. H. (1985). Parent adolescent communication and the circumplex model. Child Development, 56, 438-447.

Blair, B. L., & Fletcher, A. C. (2014). Implications of the family expert role for parental rules regarding adolescent use of social technologies. New Media & Society, 18(2), 239-256.

Blinka, L., & Smahel, D. (2009). Fourteen is fourteen and a girl is a girl: Validating the identity of adolescent bloggers. CyberPsychology & Behavior, 12(6), 735-739.

Bolton, R. N., Parasuraman, A., Hoefnagels, A., Michels, N., Kabadayi, S., Gruber, T., Solnet, D. (2013). Understanding generation Y and their use of social media: A review and research agenda. Journal of Service Management, 24(3), 245-267.

Bronfenbrenner, U. (1986). Ecology of the family as a context for human development: Research perspectives. Developmental Psychology, 22(6), 723–742.

Che Su Mustaffa, & Nan Zakiah Megat Ibrahim (2014). Persepsi dan penggunaan media sosial dari perspektif ibu bapa: Satu analisis kualitatif. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 30, 43-74.

Cox, M. J., & Paley, B. (1997). Families as systems. Annual Review of Psychology, 48, 243-267. doi: 10.1146/annurev.psych.48.1.243

Fauziah Hanim Jalal. (2013) Kesan ICT terhadap kesejahteraan kanak-kanak. Ceramah Keibubapaan, 29 November 2013. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ika Destiana, Ali Salman, & Mohd Helmi Abd Rahim. (2013). Penerimaan media sosial: Kajian dalam kalangan pelajar universiti di Palembang. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 29(2), 125-140.

Internet World Stats. (2011). Usage and population statistics. Retrieved from http://www.internetworldstats.com/stats.htm

Johari Hassan, & Raja Shahrina. (2012). Ketagihan penggunaan internet di kalangan remaja sekolah tingkatan 4 di bandaraya Johor Bahru. Journal of Technical, Vocational & Ingeneering Education, 6, 23-43.

Lee, S. J., & Gae, Y. (2007). Children’s internet use in a family context: Influence on family relationships and parental mediation. CyberPsychology & Behavior, 10(5), 640-644. doi: 10.1089/cpb.2007.9975

Lenhart, A., Ling R., Campbell, S., & Purchell, K. (2010). Teens and mobile phones. Pew Internet & American Life Project. Retrieved from http://www.pewinternet.org/ Reports/2010/Teensand-Mobile-Phones/Summary-of-findings.aspx#footnote1

Liu, M., & Peng, W. (2009). Cognitive and psychological predictors of the negative outcomes associated with playing MMOGs (massively multiplayer online games). Computers in Human Behaviors, 25, 1306-1311.

MacGill, A. R. (2007). Parents, teens and technology. Pew Internet and American Life Project. Retrieved on September22, 2019, from http://pewresearch.org/pubs/621/

Mesthere. E. G (1970). Technological change: Its Impact on man and society. UK: Harvard University Press.

Mohamad Hafifi Jamri, Nurzali Ismail, Jamilah Hj. Ahmad, & Darshan Singh. (2017). Kempen kesedaran kesihatan awam: Satu tinjauan literatur dari sudut penggunaan media dan komunikasi di Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 33(3), 1-20.

Mohd Effendi Mohd Matore. (2010). Facebook: Fenomena yang membawa ketagihan. Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010. Diakses dari http://www.kuis.edu.my/ictconf/proceedings/606_integration2010proceedings.pdf

Mohd Zaidi Mahmud, & Bahiyah Omar. (2013). Motif dan kekerapan penggunaan Facebook dalam kalangan pelajar universiti. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 29(1), 35-54.

Naquiah Nahar, Sahrunizam Sangi, Dharsigah A/P Baniear Salvam, Nurhidayu Rosli, & Abdul Hafiz Abdullah. (2018). Impak negatif teknologi moden dalam kehidupan dan perkembangan kanak-kanak hingga usia remaja. International Journal of Islamic and Civilizational Studies, (5), 187-199.

Norazlah Mat Il & Normaliza Abd Rahim. (2017). Tahap penggunaan Instragam dalam kalangan pelajar di Universiti Putra Malaysia. Journal of Business and Sosial Development, 5(2), 111-121.

Normah Mustaffa, Maizatul Haizan Mahbob, Wan Amizah Wan Mahmud, Fauziah Ahmad, & Mohd. Helmi Abd. Rahim. (2013). Kebergantungan internet dan aktiviti online remaja di Lembah Klang. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 29(1), 199-212.

Richards, R., McGee, R., Williams, S. M., Welch, D., & Hancox, R. J. (2010). Adolescent screen time and attachment to parents and peers. Archives of Pediatrics and Adolescent Medicine, 164(3), 258-262.

Safurah Abd Jalil, Khairuzan Abd Jalil, & Azmi Abd Latiff. (2010). Social media and our youths today: Exploring the impact of social media on Malaysian youths. Presented in International Conference on Communications and Media. Retrieved on October 5, 2019, from http://eprints.uthm.edu.my/469/

Siti Ezaleila Mustafa. (2014). Penghijrahan dari dunia reality ke dunia maya: Tinjauan umum terhadap dunia maya terpilih. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication. 30(Special Issue), 243-258.

Siti Ezaleila Mustafa. (2016). Penggunaan laman sosial dan impaknya terhadap hubungan persahabatan dalam talian. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 32(2), 65-81.

Smith, J., Berthelsen, D., & O’Connor, I. (1997). Child adjustment in high conflict families. Child: Care, Health, and Development, 23, 113-133.

Sobkowiak, B. (1998). Social communication in contemporary communication systems. Wroclaw: Wydawnictwo Uniwersytetu Wroclawskiego.

Subrahmanyam, K., & Greenfield, P. (2008). Online communication and adolescent relationships. The Future of Children, 18(1), 119-146.

Sulaiman Salleh. (2017). Telefon pintar: Pengaruh terhadap remaja. Kertas dibentangkan di 4th International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017) Institut Latihan Malaysia (ILIM) Bangi, 7 September 2017 (hlm. 165-172).

Tillema, T., Dijst, M., & Schwanen, T. (2010). Face-to-face and electronic communications in maintaining social networks: The influence of geographical and relational distance and of information content. New Media & Society, 12(6), 965-983.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528