Literasi Perundangan Media Baharu dalam Kalangan Belia

Ruzian Markom, Zinatul Ashiqin Zainol, Nurhidayah Ahmad Fuad

Abstract


Fungsi utama kewujudan suatu undang-undang ialah untuk menjamin kesejahteraan diri, masyarakat serta sesebuah negara. Dalam skop penggunaan internet, terdapat lima undang-undang yang mengawalnya seperti Akta Tandatangan Digital 1997, Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan Akta Fitnah 1957. Perundangan media baharu ini bertujuan mengawal segala jenis penyalahgunaan media sosial yang dilihat semakin berleluasa akhir-akhir ini. Justeru, kajian ini bertujuan mengetahui tahap kefahaman dan kesedaran golongan belia mengenai perundangan media baharu. Dari segi metodologi, kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif untuk mendapatkan data kajian yang berkualiti. Dalam kajian ini, responden terbahagi kepada dua kumpulan, yang pertama terdiri daripada kalangan belia, majoritinya belia di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebanyak 227 set borang soal selidik telah diedarkan kepada responden kumpulan pertama ini. Manakala, bagi responden kumpulan kedua ialah mahasiswa dan mahasiswi di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak. Seramai 80 responden yang terlibat menjadikan jumlah keseluruhan responden dalam kajian ini ialah 307 responden. Hasil kajian mendapati majoriti belia mepunyai pengetahuan yang baik mengenai konsep media baharu. Selain itu juga, majoriti responden iaitu golongan belia juga menyedari serta memahami undang-undang berkaitan media baharu secara umum sahaja. Sungguhpun begitu, apabila menyebut beberapa jenis atau nama undang-undang berkaitan media baharu, majoriti responden masih berada pada tahap literasi perundangan yang sederhana.  

 

Katakunci: Undang-undang siber, media  baharu, media sosial, literasi perundangan, belia.


Full Text:

PDF

References


Abdul Basir bin Mohamad. (2007). Fitnah melalui Internet dan telekomunikasi menurut undang-undang ciptaan dan undang-undang Islam. Diperoleh pada April 13, 2019, dari https://sssums.files.wordpress.com/2007/11/fitnah-melalui-internet-dan-telekomunikasi-menurutundang-undang-ciptaan-dan-undang-undang-islam.pdf

Ali Salman, & Siti Minanda Pulungan. (2017). Pendedahan diri, motivasi dan kepuasan penggunaan Facebook dalam menjalin persahabatan. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 33(1), 438-459.

Anon. (2012, Februari 9). 7 prinsip dalam akta perlindungan data peribadi. Sinar Harian. Diperoleh pada April 13, 2019, dari http://www.sinarharian.com.my/nasional/7-prinsip-dalam-akta-perlindungan-data-peribadi-1.22780

Anon. (2016, April 26). Pengamal media boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Fitnah 1957. Free Malaysia Today. Diperoleh pada April 13, 2019, dari http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/04/26/pengamal-media-boleh-dikenakan-tindakan-mengikut-akta-fitnah-1957/

Anon. (2017). Pengurusan risiko media sosial. Slaid. Selangor: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Anon. (2017, Jun 18). SKMM jangka kes jenayah buli siber meningkat tahun ini. Sinar Harian. Diperoleh pada April 13, 2019, dari http://www.sinarharian.com.my/semasa/skmm-jangka-jenayah-buli-siber-meningkat-tahun-ini-1.691429

Anon. (2017, Februari 8). Akta tandatangan digital 1997 perlu dikaji semula. Harian Metro. Diperoleh pada April 13, 2019, dari https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/02/204176/akta-tandatangan-digital-1997-perlu-dikaji-semula

Anon. (2018, April 11). Akta antiberita palsu pertama di dunia terpakai menjelang PRU14. Malaysia Kini. Diperoleh pada dari https://www.malaysiakini.com/news/419416

Anon. (2018, April 11). Akta Antiberita Tidak Benar 2018 diwartakan. Sinar Harian. Diperoleh pada April 2, 2019, dari http://www.sinarharian.com.my/nasional/akta-antiberita-tidak-benar-2018-diwartakan-1.821158

Asiah Bidin, Shariffah Nuridah Aishah Syed Nong Mohamad, & Akmal Mohamad. (2015). Intipan siber: Jenayah baru dalam masyarakat kontemporari. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 11(1), 12-25.

Azarudin Awang. (2015). Pengaruh media dalam dialog kehidupan: Perspektif pengalaman saudara baru. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 31(2), 47-60.

Che Su binti Mustaffa, & Nan Zakiah Megat ibrahim. (2014). Persepsi dan penggunaan media sosial dari perspektif ibu bapa: Satu analisis kualitatif. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 30(Special Issue), 43-74.

Ding, J. (1999). E-Commerce: Law & practice. Malaysia: Sweet & Maxwell Asia.

Faradillah Iqmar Omar, & Iza Sharina Sallehuddin. 2011. Media sosial: kajian tentang penglibatan dan kepuasan dalam kalangan mahasiswa. Proceeding of the International Conference on Media And Communication 2011 (hlm. 1-13).

Kadir Arifin, Jamaluddin Md. Jahi, Abu Bakar Che Man, Ismail Bahari, & Abd Rahim Md Nor. (2003). Perlaksanaan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OHSAS 18001: 1999) di Malaysia: Isu dan cabaran. Prosiding Pengurusan Persekitaran 2003 (hlm. 107-115).

Kamaruzzaman Ismail. (2014). Kebaikan dan keburukan laman sosial. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Kor Sispa Kali ke-3. Anjuran Universiti Malaysia Perlis. Perlis, 21-23 November.

Kaplan, A. M., & Haenlein, M. (2010). Users of the world, unite! The challenges and opportunities of social media. Business Horizons, 53(1), 59-68.

Kee Man Chuah. (2013). Aplikasi media sosial dalam pembelajaran Bahasa Inggeris: Persepsi pelajar universiti. Issues in Language Studies, 2(1), 56-63.

Kickbusch, I., Pelikan, J. M., Apfel, F., & Tsouros, A. D. (Eds.). (2013). Health literacy: The solid facts. Denmark: World Health Organization (WHO).

Kim, J. (2001). Financial knowledge and subjective and objective financial wellbeing. Consumer Interests Annual, 47(1), 1–3.

Lenhart, A., Purcell, K., Smith, A., & Zickuhr, K. (2010). Social media and young adults. Pew Internet & American Life Research Center. Diperoleh dari http://www.socialcapitalgateway.org

Mirhosseini, S-A. (Ed.). (2017). Reflections on qualitative research in language and literacy education. Switzerland: Springer Nature.

Mohammad Rezal Hamzah, Emma Mohamad, & Mohd Yusof Abdullah. (2016). Pengaruh literasi kesihatan terhadap tingkah laku pencarian maklumat kesihatan dalam kalangan pelajar universiti awam. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 32(2), 405-424.

Mohd Hamdan Adnan & Ong Siew Chin. (2015). Tabii pelajar institut pengajian tinggi Malaysia memuat turun bahan Internet & implikasi perundangannya. Jurnal Komunikasi Borneo, 4(1), 1-19.

Muhammad Adnan Pitchan & Siti Zobidah Omar. (2019). Dasar keselamatan siber Malaysia: Tinjauan terhadap kesedaran netizen dan undang-undang. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(1), 103-119.

Mohd Roslan. (2014, Mei 26). KPDNKK tahan remaja 18 tahun muat turun muzik tanpa kebenaran. Utusan Online. Diperoleh dari http://ww1.utusan.com.my/utusan/ Jenayah/20140527/je_02/KPDNKK-tahan-remaja-18-tahun-muat-turun-muzik-tanpa-kebenaran

Mohd Hafiz Ismail. (2019). UiTM siasat data pelajar bocor, NC sahkan sistem maklumat tidak digodam. Diperoleh dari https://kampusuols.com/article/424228/U-In-News/SEL-KL/UiTM-siasat-data-pelajar-bocor-NC-sahkan-sistem-maklumat-tidak-digodam

Nazurah Qurratu’aini Mahat. (2017, April 26). Golongan muda banyak buang masa layari Internet. Berita Harian. Diperoleh dari https://www.pressreader.com/malaysia/ berita-harian5831/20170426/281994672379098

Noor Azizah Shaari, Nurfadhilah Abu Hasan, Ramesh Kumar Moona Haji Mohamed & Mior Ahmad Jafri Md Sabri. (2013). Financial literacy: A study among the university students. Interdisciplinary Journal of Contemporary Research in Business, 5(2), 279-299.

Nor Aslamiah Ali. (2012). Laman media sosial: Trend komunikasi masa kini. Dimensi KOOP Januari, 46-51.

Nutbeam, D. (2000). Health literacy as a public health goal: A challenge for contemporary health education and communication strategies into the 21st century. Health Promotion International, 15(3), 259-267.

Rusyda Helma Mohd & Suhaimee Saahar. (2012). Fitnah siber: Satu tinjauan dari sudut Islam, perlembagaan dan undang-undang. Legal Network Series, 1(1).

Siti Ezaleila Mustafa. (2016). Penggunaan laman sosial dan impaknya terhadap hubungan persahabatan dalam talian. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 32(2), 65-81.

Siti Ezaleila Mustafa & Azizah Hamzah. (2011). Jaringan sosial dalam talian sebagai “tempat ketiga”: Trend penggunaannya di Malaysia. Prosiding MENTION 2011 (hlm. 1-18).

Siti Ezaleila Mustafa & Azizah Hamzah. (2011). Media baharu yang baharu: Trend penggunaan jaringan sosial dalam kalangan pengguna di Malaysia. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 13(2), 93-110.

Siti Kamilah Mustapha. (2013, Disember 8). Akta 709 melindungi data peribadi individu. Kosmo. Diperoleh pada April 13, 2019, dari http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1208&pub= Kosmo&sec= Rencana_Utama&pg=ru_05.htm

Sorensen, K., Van Den Broucke, S., Brand, H., Fullam, J., Doyle, G., Pelikan, J., & Slonszka, Z. (2012). Health literacy and public health: A systematic review and integration of definitions and models. BMC Public Health, 1(80).

Sofian Baharom. (2017, April 19). Belia habiskan empat jam sehari layari media sosial. Utusan Online. Diperoleh pada April 13, 2019, dari http://www.utusan.com.my/ berita/nasional/belia-habiskan-empat-jam-sehari-layari-media-sosial-1.471183

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). (2018). Internet Users Survey 2018.Diperoleh dari https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/ Internet-Users-Survey-2018.pdf

Van Dijk, J. (2006). The network society: Social aspects of new media. London: Sage.

Wan Amizah Wan Mahmud & Muhammad Adnan Pitchan. (2017). Media baharu dan institusi raja di Malaysia: Kes penghinaan raja-raja di media sosial. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 33(1), 406-422.

Watie, E. D. S. (2011). Komunikasi dan media sosial. The Messenger, 3(1), 69-75.

Yasmin Huzaimah Aladdin & Anuar Ahmad. (2017). Tahap literasi kewangan di kalangan mahasiswa. Kertas kerja Persidangan Antarabangsa mengenai Pendidikan Global "Pendidikan Global, Kekayaan Umum, dan Kepelbagaian Budaya". Anjuran Universitas Ekasakti. Padang, 10 – 11 April.

Zaiton Hamim. (2004). The legal response to computer misuse in Malaysia: The computer crimes act 1997. UiTM Law Review, 210-234.

Zulkifli Hassan. (2008). Memanfaatkan media sosial untuk dakwah. Diperoleh dari http://zulkiflihasan.files.wordpress.com/2008/05/friday-khutbah-usim.pdf


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528