Produk Media Karya Agung Malaysia

Nor Hashimah Jalaluddin

Abstract


Karya agung Melayu telah menarik perhatian bukan sahaja golongan sarjana malah pasukan produksi media juga. Pada tahun 1956, Hikayat Hang Tuah telah difilemkan dan dianugerahi dengan susunan muzik terbaik dan tercalon dalam kategori ‘Golden Bear’ di Festival Filem Berlin 1957. Sebuah lagi filem terkenal yang diadaptasi daripada filem Hikayat Merong Mahawangsa, iaitu ‘Raja Bersiong’ telah dihasilkan pada tahun 1968. Usaha memfilemkan dan mengadaptasi karya agung ini berterusan hingga ke milenium ini. Enfiniti Production telah menghasilkan Puteri Gunung Ledang (PGL) pada tahun 2004 dan diikuti dengan penerbitan filem Merong Mahawangsa (MM) oleh KRU Production pada tahun 2011.  PGL kemudiannya telah dipentaskan sebagai teater di Istana Budaya pada tahun 2006. Dengan kehadiran teknologi moden, kedua-dua MM dan PGL telah menggunakan imej janaan komputer (computer generated imagery – CGI) untuk mendapatkan hasil yang baik. Sebuah lagi produk media iaitu anime Satria 7 memerihalkan Hang Tuah dan empat pahlawannya dalam bentuk ‘action series’ dikeluarkan oleh FINAS, RTM dan syarikat penerbitan Jepun dihasilkan pada 2016. Akhir sekali buku illustrasi Hikayat Hang Tuah telah dihasilkan pada tahun 2012. Dari segi memperkenalkan epik-epik ini jelas ia telah berjaya menarik generasi muda. Namun, keaslian epik-epik ini agak meragukan dan boleh dipertikaikan. Memandangkan syarikat penerbitan lebih mementingkan hal keuntungan, mereka telah mengubah suai jalan cerita dan lebih memberi fokus kepada teknik perfileman seperti props, pencahayaan, syot dan lokasi. Kesan dari pengubahsuaian ciri pada watak dan menyalahtafsir keaslian hikayat ini, maka secara tidak langsung telah mengurangkan keaslian karya agung Melayu.

 

Kata kunci: Produksi media, karya agung, hikayat Hang Tuah, Merong Mahawangsa, Puteri Gunung Ledang.


Full Text:

PDF

References


Angeline Wong Wei Wei, Shantini Pillai, & Ong Puay Liu. (2018). The golden era of the Malaysian industry: Cross cultural dialogue and negotiation of ethnicity ia a budding nation. Jurnal Kemanusiaan, 36(1), 1-24.

Azlina Asaari, Jamaluddin Aziz, & Sabariah Mohamed Salleh. (2017). Susuk, wanita dan abjection dalam filem seram kontemporari Melayu. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 33(3), 70-88.

Desmond, J., & Hawkes, P. J. (2006). Adaptation: Studying film and literature. New York: Mc. Graw Hill.

Enli, G. (2015). Mediated authenticity: How the media constructs reality. NY: Peter Lang.

Filem Merong Mahawangsa. (2011). KRU Studios.

Filem Puteri Gunug Ledang. (2004). Enfiniti Productions (M) Sdn. Bhd.

Gunning, T. (1990). The cinema of attraction: Early filem and its spectator and the avant-garde. Early cinema: Space, frame, narrative. London: BFI.

Hasrul Hashim, Jamaluddin Aziz, & Faridah Ibrahim. (2015). Filem dan revolusi teknologi: Persepsi penggunaan CGI dari aspek estetik dan kreativiti. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 31(2), 477-492.

Hassan Ahmad. (2005). Pengenalan konsep dan gagasan karya agung. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan.

Hellwig, M. (2017). Book review on mediated authenticity: How the media constructs reality. The Journal of Media Innovations, 4(1), 82-84.

Juliana Abdul Wahab, Mustafa K Anuar, & Farhani. (2012). Global media product and construction of “Japanese identity”: A case study of anime on Malaysian television. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 28(2), 1-19.

Kassim Ahmad (pngr). (1995). Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan.

Maizura Othman, & Nor Hashimah Jalaluddin. (2018). Metafora kritikan dalam mitos peminangan Puteri Gunung Ledang: Analisis pragmatik. Jurnal Melayu Antarabangsa, 11(1), 1-28.

Mohd Fadzil Razali, Badrul Redzuan Abu Hassan, & Roslina Latif. (2016). Pemuliharaan warisan terpinggir: Menanggap peranan medium sinema. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 32(1), 208-223.

Mohamed Nazreen Shahul Hamid, & Md. Salleh Yaapar. (t.th.). Adaptasi teks hikayat Merong Mahawangsa ke filem. Dicapai pada 28 Mei 2019, dari https://www.academia.edu/19763200/ADAPTASI_TEKS_HIKAYAT_MERONG_MAHAWANGSA_KE_FILEM

Muhammad Haji Salleh. (1997). Sulalat al Salatin. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noor Suraya. (2012). Hikayat Hang Tuah. Bandar Baru Bangi: Adiwarna.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2007). Bahasa pernigaan: Analisis semantik dan pragmatik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2013). Hang Tuah sebagai model unggul. Dlm. Nor Hashimah Jalaluddin (pnyt), Perihal keintelektualan dan kepengarangan dalam teks tradisional. Bangi: Penerbit UKM.

Nor Hashimah Jalaluddin, & Zaharani Ahmad. (2013). Konsep perpaduan “Raja Payung Negara” dalam teks tradisional: Analisis linguistic. Dlm. Nor Hashimah Jalaluddin (pnyt), Perihal keintelektualan dan kepengarangan dalam teks tradisional. Bangi: Penerbit UKM.

PTS. (2011). Rebiu: Filem ‘Hikayat Merong Mahawangsa’. Dicapai pada 28 Mei 2019, dari https://pts.com.my/berita/prebiu-filem-hikayat-merong-mahawangsa

Rahmah Ismail. (2013). Undang-undang perdagangan dalam Hukum Kanun Melaka: Perbandingan dengan undang-undang perdagangan Malaysia. Dlm. Nor Hashimah Jalaluddin (pnyt), Perihal keintelektualan dan kepengarangan dalam teks tradisional. Bangi: Penerbit UKM.

Roslina Mamat, Nor Shahila Mansor, Hazlina Abdul Halim, & Normaliza Abdul Rahim. (2015). Manga dan dojinshi Malaysia: Persamaan dan perbezaan ciri-ciri luaran karikatur. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 31(2), 477-492.

Ruzy Suliza Hashim, Ungku Maimunah, Nor Hashimah, & Zulkarnean Mohamad. (2012). Women as circulating objects. Asian Journal of Social Science, 40, 34–50.

Seri Lanang Jaya Rohani, Abd. Rahman Napiah, Mohd. Rashid Md. Idris, & Naffi Mat. (t.th.). Penghayatan karya agung Melayu. Dicapai pada 10 Mei 2018, dari https://www.scribd.com/doc/203950291/Karya-Agung

Siti Hawa Salleh. (1998). Merong Mahawangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Universiti Malaya.

Siti Hawa Salleh. (2009). Kelopak pemikiran sastera Melayu. Bangi: Penerbit UKM.

Sperber, D., & Wilson, D. (1995). Relevance theory. Blackwell: Oxford.

Teresa Toh. (2018). Classic tales re-adapated. Dicapai dari star2@thestar.com.my


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528