Amalan Keselamatan Siber Pengguna Internet terhadap Buli Siber, Pornografi, E-Mel Phishing & Pembelian dalam Talian

Muhammad Adnan Pitchan, Siti Zobidah Omar, Akmar Hayati Ahmad Ghazali

Abstract


Dunia yang semakin berubah dengan pelbagai isu teknologi tentang keselamatan siber perlu diberi perhatian yang serius. Ancaman siber bukan sahaja menggugat Malaysia malah negara-negara lain juga mengalami masalah yang sama. Bagi mengatasi masalah ini elemen kesedaran dalam kalangan pengguna Internet amat diperlukan. Hal ini kerana dengan kesedaran keselamatan siber yang tinggi kita mampu mengurangkan jenayah siber di dalam negara. Tambahan pula, kesedaran yang tinggi juga turut menentukan amalan yang baik dalam kalangan pengguna Internet. Dalam konteks ini amalan merujuk tindakan pengguna Internet terhadap penyalahgunaan siber. Justeru, kajian ini menerokai pengalaman pengguna Internet terhadap amalan keselamatan siber yang meneliti empat aspek iaitu buli siber, pornografi, e-mel phishing dan pembelian dalam talian. Kajian ini juga memilih pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah kumpulan fokus yang terdiri daripada 35 orang informan yang mempunyai pengalaman dalam menggunakan Internet. Antara hasil kajian yang menarik ialah rata-rata informan biasa melayari laman pornografi tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan. Selain itu, informan juga turut menggunakan beberapa aplikasi Internet untuk melindungi kegiatan mereka daripada diketahui oleh orang lain. Dapatan lain ialah, rata-rata informan lebih gemar membeli barangan dalam talian di media sosial seperti Facebook dan Instagram yang mana platform tersebut tidak mempunyai sebarang pengiktirafan bagi tujuan perniagaan.

 

Kata Kunci: Keselamatan siber, pengguna Internet, buli siber, pornografi, e-mel phishing, pembelian dalam talian.


Full Text:

PDF

References


Charles, E. (2013). Digital media ethics (2nd ed.). Hoboken: Wiley.

Che Hasniza, & Mohd Yusri. (2014). Kajian penerokaan buli siber dalam kalangan pelajar UMT. Procedia Social and Behavioral Sciences, 134, 323-329.

Farhan. (2015). Amalan pembelian secara atas talian (online) dan faktor-faktor mempengaruhi. Diambil pada September 25, 2017, daripada file:/// C:/Users/ Ghost%20PC/ Downloads/ MACFEA% 20SEMINAR%2019-2015-FARHAN.pdf

Hurlock, E. B. (2013). Child growth and development. New York: McGraw-hill,Inc.

Lee. (2017). SKMM jangka kes jenayah buli siber meningkat tahun ini. SKMM. Diambil pada September 24, 2017, daripada http://www.kkmm.gov.my/index.php? option=com_content&view=article&id=12094:&catid=118:&Itemid=254〈=en

Mohd Azam. (2013). Corak jenayah siber sentiasa berubah. HMetro. Diambil pada Ogos 17, 2017, daripada http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/ Corakjenayahsibersentiasaberubah/Article/article_print

Mohd Dahlan, A. M. (2010). Jenayah dan masalah sosial di kalangan remaja: Cabaran dan realiti dunia siber. Diambil pada September 15, 2017, daripada http://eprints.ums. edu.my/117/1/CONF2010004.pdf

Muhammad Adnan. (2013). Kawalan dan kebebasan dalam sistem Internet: Kajian dari perspektif dasar dan amalan (Tesis sarjana falsafah tidak diterbitkan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM, Bangi).

MyCERT. (2017). MyCERT incident statistics. Diambil pada September 20, 2017, daripada https://www.mycert.org.my/statistics/2017.php

Norhayati Mat Ghani, & Suriati Ghazali. (2015). Tindak balas pengguna YouTube terhadap kes buli dalam kalangan remaja di Malaysia. Jurnal Sains Humanika, 6(1), 9-17.

Normah Mustafa. (2013). Kebergantungan Internet dan aktiviti online remaja di Lembah Kelang. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 29(1), 199-212.

Noor Afiza. (2017). Keselamatan siber dan cabarannya. Diambil pada September 20, 2017, daripada http://www.utusan.com.my/rencana/utama/keselamatan-siber-dan-cabarannya-1.493763

SANS Institute. (2011). E-mel phishing dan penipuan. Diambil September 18, 2017, daripada https://securingthehuman.sans.org/newsletters/ouch/issues/OUCH-201112_ma.pdf

Siti Aisyah. (2014). Tingkatkan kesedaran keselamatan di Internet untuk cegah jenayah siber. The Borneo Post. Diambil pada September 24, 2019, daripada https://www.theborneopost.com/2014/12/02/tingkatkankesedaran-keselamatan-di-internet-untuk-cegah-jenayah-siber/

Siti Zarina. (2011). Implikasi remaja dalam melayari laman pornografi di Internet: Satu kajian ke atas remaja Melayu di Lembah Klang (Tesis sarjana tidak diterbitkan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM, Bangi).

SKMM. (2012). Klik dengan bijak. Diambil pada Ogos 12, 2017, daripada http:// www.skmm.gov.my/Media/Announcements/Klik- Dengan -Bijak.aspx?lang=ms-MY

Suzana, S. (2012). Jenayah siber dalam kalangan wanita di Malaysia: Satu tinjauan awal. Diambil pada September 26, 2017, daripada http://dspace.unimap.edu.my: 80/dspace/handle/123456789/30616


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528