Dasar Keselamatan Siber Malaysia: Tinjauan Terhadap Kesedaran Netizen dan Undang-Undang

Muhammad Adnan Pitchan, Siti Zobidah Omar

Abstract


Undang-undang merupakan salah satu dasar kerajaan yang diwujudkan untuk kebaikan negara. Hal ini kerana melalui undang-undang kita dapat mengatur dan mengawal masyarakat. Walau bagaimanapun, kebanyakan masyarakat tidak menyukai undang-undang kerana mereka beranggapan hidup mereka tidak bebas. Dalam konteks Internet pula, undang-undang siber dicipta bagi memastikan netizen menggunakan ruang siber dengan baik dan berhemah. Antara langkah yang baik dalam menangani isu ancaman siber adalah melalui penguatkuasaan undang-undang siber. Walau bagaimanapun, netizen masih tidak menyedari tentang kewujudan undang-undang siber dan peningkatan angka kes jenayah siber setiap tahun. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengetahui kesedaran informan terhadap kewujudan undang-undang siber dan menganalisis pelaksanaan undang-undang ancaman keselamatan siber di Malaysia. Dari segi metodologi, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kumpulan fokus, temu bual mendalam dan analisis dokumen untuk mendapatkan data kajian yang berkualiti. Jumlah informan kumpulan fokus ialah seramai 35 orang pengguna Internet manakala jumlah informan temu bual mendalam adalah seramai 6 orang pegawai kerajaan. Antara dokumen utama yang dianalisis ialah akta dan perundangan, laporan tahunan dan siaran media. Hasil kajian mendapati informan kumpulan fokus tidak mengetahui kewujudan undang-undang siber kerana mereka merasakan undang-undang tersebut tidak penting, selain informan kurang peka dan mengamalkan sifat sambil lewa. Hasil analisis dokumen juga mendapati terdapat beberapa undang-undang siber yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ancaman siber seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Perdagangan Elektronik 2006, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Pindaan 2010).

 

Kata Kunci: Undang-undang siber, keselamatan siber, netizen, media sosial, kesedaran.


Full Text:

PDF

References


Ali Salman, Mohammad Agus Yusoff, Mohd Azul Mohamad Salleh, & Mohd Yusof Hj Abdullah. (2018). Pengunaan Media Sosial Untuk Sokongan Politik di Malaysia. Journal of Nusantara Studies, 3(1), 51-63.

Amin Ridzuan. (2019, Februari 2). Peniaga Hina Yang Di-Pertuan Agong Disiasat Mengikut Akta Hasutan 1948. Berita Harian Online. Diambil daripada https://www.bharian.com.my

Anita, A. R., & Nazura, A. M. (2004). Jenayah Berkaitan dengan Komputer: Perspektif Undang-Undang Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (2014). DBP Guna Pakai Perkataan Popular dalam Kamus Dewan. Diambil September 28, 2018, daripada http://www. bharian.com.my/bharian/ articles/DBPgunapakaiperkataanpopulardalamKamusDewan/Article/

CyberSecurity Malaysia. (2019). MyCERT Incident Statistics. Diambil Februari, 2019, daripada https://www.mycert.org.my/statistics/2018.php

Hasuria Che Omar, Rokiah Awang, Syed Zainal Ariff Syed Jamaluddin, & Noriah Mohamed (pnyt.). (2009). Bahasa Verbal dan Bukan Verbal I. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Marshal, J. (2014). LG Lancar Telefon Pintar untuk Peminat 'Selfie'. Diambil September 28, 2018, daripada http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LGlancar telefonpintaruntukpeminat_selfie_/Article/?mutakhir=1

Muhammad Adnan, Siti Nur Husna, & Mohd Izhar Ariff. (2018). Teori Al-Daruriyyat dan Penggunaan Media Sosial: Satu Perbincangan Konsep. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 34(4), 75-92.

Muhammad Adnan, Siti Zobidah, Jusang Bolong, & Akmar Hayati. (2017). Analisis Keselamatan Siber dari Perspektif Persekitaran Sosial: Kajian Terhadap Pengguna Internet di Lembah Klang. Journal of Social Sciences and Humanities, 12(2), 016-029.

Muhammad Adnan, Wan Amizah, Shahrul Nazmi, & Ali Salman. (2015). Control and Freedom of the Internet: Challenges Face by the Government. Journal of Asia Pacific Communication, 25(2), 243-252.

SKMM. (2016). Internet Users Survey 2016. Diambil Julai 28, 2018, daripada https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/IUS2016.pdf


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528