Memobilia dan Kesedaran Wasiat Digital dalam Kalangan Belia Malaysia

Anuar Ali, Mohd Azul Mohamad Salleh, Normah Mustaffa

Abstract


Pembangunan gaya hidup digital dan pendigitalan aset melalui teknologi komunikasi dilihat bakal mencabar keberkesanan mekanisme pewarisan aset digital dalam kalangan pengguna. Telefon pintar merupakan peranti mudah alih moden yang berupaya menerima dan memproses sejumlah besar data dan maklumat dengan bantuan Internet. Sebagai teknologi yang melalui peralihan dari zaman perindustrian ke zaman teknologi maklumat, matlamat penggunaan telefon pintar sebagai medium komunikasi juga turut mengalami proses transformasi. Telefon pintar kini bukan sekadar berfungsi sebagai alat komunikasi utama, namun turut berupaya berfungsi sebagai alat memori digital yang dikonseptualisasi sebagai memobilia. Pengunaan telefon pintar sebagai memobilia merangkumi keupayaannya sebagai alat memori yang membantu pengguna dalam penghasilan, penyimpanan dan pengaksesan data. Keupayaan ini menyebabkan proses pendigitalan memori berlaku dalam kalangan pengguna individu yang turut diandaikan boleh menyumbang kepada penghasilan aset digital seperti aset digital peribadi, aset digital media sosial dan aset digital kewangan. Kajian ini bertujuan memahami peranan memobilia dan kesedaran wasiat digital dalam kalangan pengguna individu. Penyelidikan ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan temubual secara mendalam sebagai teknik pengumpulan data dan lapan orang informan dalam kalangan belia di Malaysia dipilih melalui teknik persampelan bertujuan. Hasil kajian mendapati pengguna sememangnya menggunakan telefon pintar sebagai alat memori digital yang membantu mereka menyimpan maklumat, mengakses aplikasi sosial dan menyunting pelbagai data. Namun, kesedaran pengguna mengenai wasiat digital adalah di tahap yang membimbangkan apabila mereka tidak sedar akan kepentingan pengurusan data yang terhasil daripada pendigitalan memori ini setelah mereka meninggal dunia.

 

Kata kunci: Memobilia, kesedaran, wasiat digital, belia, Malaysia.


Full Text:

PDF

References


Adobe (2017). Metadata for digital asset management. Dicapai dari https://helpx.adobe.com/experience-manager/6-3/assets/using/metadata.html

Ahmad Afandi. (2017). Industri 4.0 ubah cara kerja, hidup. Berita Harian.

Alqahtani, A. S. (2013). Security of mobile phones and their usage in business. International Journal of Advanced Computer Science and Applications, 4(11), 17-32.

Arthur, C. (2012). No, Bruce Willis isn't suing Apple over Itunes rights. The Guardian.

Bernard, H. R. (2017). Research methods in anthropology: Qualitative and quantitative approaches. USA: Rowman & Littlefield.

Bhargava, R., Srinivasan, S., Prakash, O., & Aggarwal, K. (2014). Method and apparatus for digital asset management. U.S. Patent No. 8,868,506, 1-19.

Bridgwater, A. (2013). What is a digital asset. Dicapai dari https://www.computerweekly.com/blog/CW-Developer-Network/What-is-a-digital-asset

Bruni, O., Sette, S., Fontanesi, L., Baiocco, R., Laghi, F., & Baumgartner, E. (2015). Technology use and sleep quality in preadolescence and adolescence. Journal of Clinical Sleep Medicine, 11(12), 1433-1441.

Cahn, N. (2011). Postmortem life on-line. Prob. & Prop. George Washington University Law School, 25(1), 36-39.

Carter, M., Grover, V., & Thatcher, J. B. (2013). Mobile devices and the self: Developing the concept of mobile phone identity. Pennsylvania, US: IGI Global.

Castells, M. (1996). The rise of the network society. Cambridge: Blackwell Publishers.

Castells, M. (1997). The power of identity. The information age: Economy. Society and Culture, 2(3), 72-75.

Connor, J. (2010). Digital life after death: The issue of planning for a person’s digital assets after death. Texas Tech Law School Research Paper, 1-22.

Crary, J. (2013). 24/7: Late capitalism and the ends of sleep. NY: Verso Books.

Cresswell, J., & Plano Clark, V. L. (2011). Designing and conducting mixed method research. Thousand Oaks: SAGE Publishing.

Deloitte. (2015). Mobile consumer 2015: The UK cut game of phones. Deloitte LLP, 1-69.

Ernst, W. (2013). Digital memory and the archive. US: University of Minnesota Press.

García-Gavilanes, R., Mollgaard, A., Tsvetkova, M., & Yasseri, T. (2017). The memory remains: Understanding collective memory in the digital age. Science Advances, 3(4), 1-7.

Genders, R., & Steen, A. (2017). Financial and estate planning in the age of digital assets: A challenge for advisers and administrators. Financial Planning Research Journal, 75-80.

Goggin, G. (2006). Cell phone culture: Mobile technology in everyday life. UK: Routledge.

Hopkins, J. P. (2013). Afterlife in the cloud: Managing a digital estate. Hastings Science & Technology Law Journal, 5(2), 210-242.

ITU. (2014). Measuring the Information society report. International Telecommunication Union, 41.

Mohd Azul Mohamad Salleh, Za-idah Ekhwan, & Ali Salman. (2019). Mudah Guna dan Manfaat Aplikasi WhatsApp Terhadap Hubungan Antara Peribadi Masyarakat dan Polis. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(4), 135-154.

Mohd Azul Mohamad Salleh, & Nurul Madiha Mohd Ilham. (2017). Pengalaman dan kesedaran pengguna dewasa terhadap isu pengawasan di media sosial. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 33(1), 502-512.

Mohd Zaki Zainol (2012). Urusniaga matawang asing di platform forex exchange direct dealer satu analisis Fiqh dan transaksi undang-undang Islam. Sintok: Universiti Utara Malaysia.

Muhammad Adnan Pitchan, Siti Zobidah Omar, Akmar Hayati Ahmad Ghazali (2019). Amalan Keselamatan Siber Pengguna Internet terhadap Buli Siber, Pornografi, E-Mel Phishing & Pembelian dalam Talian. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(3), 212-227.

Muhamad Hafize Masuti. (2014). Forex trading decision making using rule-based expert system with bollinger band and moving average indicators. Melaka: Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

Muhamad Husni Hasbullah, & Mohd Zaidi Daud. (2015). Perancangan pembahagian harta semasa hidup dalam Islam: Konsep dan kepentingannya. Global Journal Al-Thaqafah, 5(1), 119-131.

Nasrul Hisyam Nor Muhamad. (2017). Wasiat sebagai instrumen perancangan harta Islam: Prosedur dan pelaksanaan (Bequest as an instrument for islamic wealth planning: procedure and application). Jurnal Hadhari: An International Journal, 9(1), 17-32.

Normah Mustaffa, Maizatul Haizan Mahbob, Wan Amizah Wan Mahmud, Fauziah Ahmad, & Helmi Abd Rahim (2013). Kebergantungan Internet Dan Aktiviti Online Remaja Di Lembah Kelang. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 29(1), 199-212.

O’briens, M. (2015). Who owns your digital afterlife. US: The Chicago Tribune.

Ozdalga, E., Ozdalga, A., & Ahuja, N. (2012). The smartphone in medicine: A Review of current and potential use among physicians and students. Journal of Medical Internet Research, 14(5), 1-13.

Patton, M. Q. (2014). Qualitative research & evaluation methods: Integrating theory and practice. Thousand Oaks: SAGE Publications.

Reading, A. (2009). Save as digital memories: Memobilia the mobile phone and the emergence of wearable memories. Germany: Springer.

Safeek Affendy, R. (2017). Pusat Tahfiz terbakar, lebih 20 terkorban. Berita Harian.

Schwarz, O. (2014). The past next door: Neighbourly relations with digital memory artefacts. Memory Studies, 7(1), 7-21.

Shaw, K. (2017). The digital intelligence of the world’s leading asset managers 2017. Living Group, 1-23.

SKMM. (2014). Handphone users survey 2014. Malaysia: Penulis.

SKMM (2016). Internet user survey 2016. Malaysia: Penulis.

SME (2016). Laporan Tahunan PKS. Perak: SME Corporation Malaysia.

Sung, Y. T., Chang, K. E., & Liu, T. C. (2016). The effects of integrating mobile devices with teaching and learning on students' learning performance: A meta-analysis and research synthesis. Computers & Education, 94(1), 252-275.

Turkle, S. (2011). Alone together: Why we expect more from technology and less from each other. New York: Basic Books.

Waagstein, A. (2014). An exploratory study of digital legacy among death aware people. Thanatos, 3(1), 46-67.

Wijetunga, D. (2016). ‘I am how I consume’: The construction of identity through use of the mobile telephone. NSBM Journal of Management, 1(2), 41-70.

Xia, F., Yang, L. T., Wang, L., & Vinel, A. (2012). Internet of things. International Journal of Communication Systems, 25(9), 1101-1103.

Yildirim, C., & Correia, A. P. (2015). Exploring the dimensions of nomophobia: Development and validation of a self-reported questionnaire. Computers in Human Behavior, 49(1), 130-137.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528