Isu Membidaahkan Amalan Masyarakat Melayu: Analisis Wacana Media Massa

Muammar Ghaddafi Hanafiah

Abstract


Isu membidaahkan amalan masyarakat Melayu boleh mengancam perpaduan umat Islam. Meskipun kerajaan Malaysia telah mewartakan fatwa untuk menjaga keharmonian namun masalah ini belum dapat dibendung. Sehubungan itu, kajian ini dilakukan bagi menganalisis isu membidaahkan amalan masyarakat Melayu menerusi wacana media massa. Tujuan utama kajian adalah untuk mengenal pasti jenis dan bentuk pembidaahan semasa serta punca-puncanya sekali gus membantu mencari jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut. Dari segi metodologi, kajian ini bersifat kualitatif. Data kajian ini diperolehi dari kandungan laporan akhbar arus perdana berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian serta akhbar tabloid seperti Sinar Harian dan Kosmo dari tahun 2011 hingga 2017. Analisis deskriptif ke atas kandungan laporan akhbar dibuat untuk memberi pencerahan secara logik dan rasional menggunakan teori dan konsep bidaah yang dipakai dalam fatwa rasmi di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan terdapat enam perspektif yang perlu diberi perhatian dalam isu membidaahkan amalan masyarakat Melayu, iaitu konsep bidaah yang tidak jelas atau belum dapat diterima oleh sebahagian masyarakat, kekeliruan masyarakat antara persoalan bidaah dan khilafiah, kelemahan memahami konsep sunnah yang sebenar, kekaburan menyentuh konsep difusi antara agama dan budaya, kebimbangan masyarakat terhadap sifat taksub sesetengah pihak dengan kefahaman yang dipegangnya tentang bidaah dan kerisauan masyarakat terhadap sifat ekstrem pada sesetengah pihak yang keras menentang pihak yang dianggapnya ahli bidaah.

 

Kata kunci: Amalan masyarakat Melayu, bidaah, sunnah, media, fatwa.


Full Text:

PDF

References


Abdul Basit. (2010). Konsep bidaah tradisi memberi ‘Sasajen’ dalam Kitab Tuhfat Al-Raghibin Fi Bayan Haqiqat Iman Al-Mu’minin wa ma Yufsiduh Min Riddat Al-Murtaddin karya Syeikh Muhammad Arshad Al-Banjari (1122-1227 H/1711-1812 M) (Tahqiq wa Dirasah) (Tesis, UIN Sunan Kalijaga, Indonesia).

Abdul Rahman Haji Abdullah. (1998). Pemikiran Islam di Malaysia sejarah dan aliran. KL: DBP.

Abdullah Hussein. (1975). Kamus istimewa peribahasa Melayu. Diperoleh dari http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=biar+mati+anak&d=287324LIHATSINI

Anon. (2013). Kurik kundi merah saga, kumpulan pantun lisan Melayu (Edisi Kedua). KL: DBP.

Anwar Omar Din. (2008). Asas kebudayaan dan kesenian Melayu. Bangi: Penerbit UKM.

Azwira Abdul Aziz. (2006). Siapakah ahli Sunnah yang sebenar: penjelasan terhadap tohmahan Zamihan Mat Zin al-Ghari ke atas pegangan ahli Sunnah dan para tokohnya. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.

Dzuhailmi Dahalan, Turiman Suandi, Mohamad Rezal Hamzah, Jegak Uli, Jamilah Othman, Nobaya Ahmad, & Nor Azliza Wanis Abdullah. (2013). Komuniti nelayan Muslim: Analisis kepentingan dari sudut kehidupan beragama. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysia Journal of Society and Space, 8(3), 43 – 51.

Fadzli Adam, Firdaus Khairi Abdul Kadir, & Abd Hakim Mohad. (2014). Al-Bid’ah al-I’tiqadiyyah: Faktor kemunculannya dalam masyarakat Melayu dan ruang dakwah yang masih terbuka. Dibentangkan dalam Seminar Antarabangsa Dakwah & Etnik 2014, anjuran Pusat Kajian Dakwah Orang Asli dan Pribumi, UKM, Bangi, Selangor. Diperoleh pada 30 Mei 2017, dari http://www.ukm.my/rsde/wp-content/uploads/2014/11/18-Dakwah_Bidah_Dakwahetnhnicity.pdf

Firdaus Khairi Abdul Kadir, Rahimah Embong, & Fadzli Adam Salah. (2015). Faham terhadap konsep bidaah dalam ketamadunan masyarakat Islam. Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century, 6-7 September 2015, Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia.

Hamka. (1994) Sejarah umat Islam. (Edisi Baru). Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.

Hasni Zakaria, & Novel Lyndon. (2014). Identiti budaya dan bahasa etnik Melayu Thesaban Takbai, Selatan Thailand: Satu analisa fenomenologi. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space, 10(6), 148 - 155.

Jabatan Mufti Negeri Selangor. (2014). Fatwa menangani persoalan bid’ah dalam masalah ikhtilaf/khilaf perkara furu’. Diperoleh dari http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-menangani-persoalan-bid-ah-dalam-masalah-ikhtilafkhilaf-perkara-furu

Jawiah Dakir, & Wan Awang Wan Ali. (2015). Sunnah dan bidaah dalam amalan orang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Peribahasa.com. Diperoleh pada 3- Mei 2017, dari http://www.kamusperibahasa.com/arti-peribahasa-indonesia/adat-bersendi-syarak-syarak-bersendi-kitabullah/

Lily El Ferawati Rofil, Md Azalanshah Md Syed, & Azizah Hamzah. (2015) "Jadi Melayu": televisyen dan pembentukan identiti wanita kuturunan Jawa di Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 31(1), 41-58.

Mohd Aizam Mas’od. (2015). Bid‘ah: Antara dua pendekatan. Malaysia: Cawangan ‘Aqidah, Bahagian Penyelidikan JAKIM. Diperoleh pada 8 Mei 2016, dari http://documents.tips/documents/bidaah-menurut-jakim.html

Mohd Aizam Mas’od. (2015). Diskusi isu aqidah dan pemikiran semasa di Malaysia. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Muammar Ghaddafi Hanafiah. (2015). Pemikiran al-Shaykh Muhammad Arshad al-Banjari dalam kitab Sabil al-Muhtadin (Tesis PhD, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi).

Muammar Ghaddafi Hanafiah, & Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff. (2015). Kontroversi program “I Want To Touch A Dog” dalam media kontemporari daripada perspektif Melayu. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 31(2), 195-210.

Muhadir Haji Joll. (2017). 8 Langkah memahami bid’ah. Petaling Jaya: Galeri Ilmu.

Muhadir Haji Joll. (2014). Kekeliruan umat inilah jawapannya. Petaling Jaya: Galeri Ilmu.

Muhadir Haji Joll. (2014). Khilafiah: Persoalan dan penjelasan. Kuala Lumpur: Inteam Publishing.

Muhadir Haji Joll. (2014). Persoalan bid’ah dan khilafiah dalam konteks umat Islam di Malaysia. Kertas kerja dibentangkan dalam Wacana Pendidikan dan Kefahaman Fatwa Negeri Melaka, 15 Disember 2014, Jabatan Mufti Negeri Melaka. Diperoleh pada 30 Mei 2017, dari http://www.muftimelaka.gov.my/jmm/index.php/en/wacana-pendidikan-dan-kefahaman-fatwa-negeri-melaka-2014m-1436h/156-persoalan-bid-ah-dan-khilafiah-dalam-konteks-umat-islam-di-malaysia

Muhammad Adnan Pitchan, Siti Nur Husna Abd Rahman, & Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim. (2018). Teori Al-Daruriyyat dan penggunaan media sosial: Satu perbincangan konsep. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 34(4), 75-92.

Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, & Muammar Ghaddaffi Hanafiah. (2015). Impak media baharu terhadap sistem nilai masyarakat Melayu di Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 31(2), 33-46.

Nornajwa Ghazali. (2016). Pendidikan Islam di Malaysia: Analisis kepentingan penghayatan mazhab Syafii. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space, 12(4), 147–157.

Rodi Wahyudi, Jalaluddin Abdul Malek, & Azmi Aziz. (2015). Ketaatan beragama dan salah laku pentadbiran dan birokrasi dalam kalangan kakitangan awam di Kota Pekanbaru, Provinsi Riau, Indonesia. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space, 11(4), 39 - 48.

Suraini Ghazali, Hasrina Mustafa, & Bahiyah Omar. (2014). Kesan drama hibur-didik dan dokumentari dalam mempengaruhi niat untuk menderma organ: Satu eksperimen berteraskan model elaboration likelihood. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 30(2), 1-20.

Syed Muhammad Naquib al-Attas. (1972). Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zainal Kling. (t.th.) Islam dan kebudayaan alam Melayu. KL: Universiti Malaya.

Zakaria Stapa, Noranizah Yusuf, & Abdul Fatah Shaharudin. (2012). Islam asas pembentukan jati diri bangsa Melayu-Muslim (Islam as a foundation of Malay-Muslim identity formation). Jurnal Hadhari Special Edition, 129-141.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528