‘Pembentukan Diri’ Seorang Isteri Melayu dalam Perempuan, Isteri & … (1993)

Nur Azliza Mohd Nor, Nur Afifah Vanitha Abdullah

Abstract


Penelitian dan perbincangan terhadap watak protagonis wanita U-Wei Haji Saari dalam filem Perempuan, Isteri &… (1993) adalah agak ekstensif setakat ini. Penulisan-penulisan lepas tentang watak Zaleha didokumentasi dalam beberapa perspektif dan meliputi penulisan bersifat popular dan ilmiah. Walau bagaimanapun, terdapat satu kenyataan oleh Zawawi (2004) yang menyatakan bahawa, pengarah U-Wei menggarap watak Zaleha sebagai wanita Barat, dan watak ini terperangkap di sebalik pakaian serta bahasa badan wanita Timur. Artikel ini bertujuan menjawab persoalan, “apakah bentuk ‘pembentukan diri’ (self-construal) watak Zaleha yang dipaparkan sebagai isteri oleh U-Wei dalam filem Perempuan, Isteri &…?”. Bagi menjawab persoalan ini, tingkah laku Zaleha sebagai isteri akan berlandaskan perspektif Islam iaitu taat kepada suami, menjaga maruah diri, suami dan harta benda, mengurus rumah tangga serta sebagai pendorong dan pemberi motivasi, akan diteliti berdasarkan teori self-construal oleh Markus dan Kitayama (1991). Data bagi artikel ini diperoleh daripada reka bentuk kajian kualitatif. Sementara itu, instrumen untuk memperoleh data adalah temu bual dengan U-Wei dan kajian perpustakaan. Dapatan kajian yang dirakam dalam artikel ini adalah, self-construal watak Zaleha sebagai isteri adalah gabungan independent self-construal dan interdependent self-construal. Namun begitu, pola kognisi, emosi dan motivasi Zaleha lebih cenderung ke arah Barat iaitu independent self-construal. Justeru, artikel ini mengesahkan kenyataan Zawawi sebelum ini, iaitu watak Zaleha adalah seorang wanita Barat yang terperangkap dalam badan seorang wanita Timur.

 

Kata Kunci: Peranan isteri, self-construal, kritikan filem, filem Melayu, U-Wei Haji Saari.


Full Text:

PDF

References


Asyraf Ab Rahman, Wan Ibrahim Wan Ahmad, & Zainab Ismail. (2010). Peranan wanita dalam pembangunan keluarga dari perspektif Fi Zilal Al-Quran. Journal of Governance and Development, 6, 14-21.

Azlina Asaari, & Jamaluddin Aziz. (2013). Mencabar ideologi maskulin: Wanita dan saka dalam filem seram di Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 29(1), 113-126.

Azlina Asaari. (2015). Watak wanita dalam filem seram kontemporari Malaysia: Makna dan ideologi (Unpublished Doctoral thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor).

Badrul Redzuan Abu Hassan, & Faridah Ibrahim. (2011). Membangun ‘sinema sikap’: Memproblematik hubungan kekuasaan Melayu - Tionghua dalam Mukhsin. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 27(2), 137-160.

Chao, R. K. (1995). Chinese and European American cultural models of the self-reflected in mothers’ childrearing belief. Journal of the Society for Psychological Anthropology, 23(3), 328-354.

Duclos, R., & Barasch, D. (2014). Prosocial behavior in intergroup relations: How donor self-construal and recipient group-membership shape generosity. Retrieved from http://www.jstor.org/stable/10.1086/674976

Fuziah Kartini Hassan Basri, & Faridah Ibrahim. (2004). Metaphors of ‘the female’ in Malay movies. Jurnal Skrin Malaysia, 1, 11-22.

Gaik Cheng Khoo. (1999). Gender, modernity and the nation in Malaysian literature and film (1980s and 1990s) (Doctoral thesis). Retrieved from https://open.library.ubc.ca/cIRcle/collections/ubctheses/831/items/1.0076924

Habsah Md. Nor. (1996). Wanita solehah: Kedudukan & personaliti serta ciri-cirinya. Kuala Lumpur: Penerbit Darul Nu’man.

Hanita Mohd. Mokhtar Ritchie. (2011). Negotiating melodrama and the Malay woman: Female representation and the melodramatic mode in Malaysian – Malay films from the early 1990s-2009 (Doctoral thesis). Retrieved from https://pdfs.semanticscholar.org/

M. Abdul Ghoffar E. M. (Ed.). (1997). Jati diri wanita muslimah. Jakarta Timur: Pustaka Al-Kautsar.

Mahadi J. Murat. (2006). Sutradara kontemporari Malaysia. Selangor: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Markus, H. R., & Kitayama, S. (1991). Culture and the self: Implications for cognition, emotion and motivation. Psychological Review, 98(2), 224-253.

Ngo Sheau Shi. (2010). Pembentukan seksualiti dalam filem U-Wei Haji Saari: Satu analisis psikoanalitik feminis terhadap filem Perempuan, Isteri &…. Dalam Azman Azwan Azmawati, Mahyuddin Ahmad, Mustafa Kamal Anuar & Wang Lay Kim (Eds.), Antalogi esei komunikasi: Teori, isu dan amalan (pp. 105-121). Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Nor Aida Mahmor, & Nasihah Hashim. (2015). Citra wanita Melayu dalam cerita animasi kanak-kanak Upin dan Ipin. Journal of Education and Social Sciences, 2, 137-149.

Nur Afifah Vanitha Abdullah. (1997). Welcoming Nora and Hedda to Malaysian theatre (Unpublished master’s thesis, Graduate School of Syracuse University, Syracuse, New York).

Nur Azliza Mohd Nor, Nur Afifah Vanitha Abdullah, Yusmilayati Yunos, & Mohammad Nazri Ahmad. (2016, Ogos). Seksisme dalam black widow - Wajah Ayu arahan U-Wei Haji Saari. Paper presented at the 10th International Malaysian Studies Conference, Universiti Malaysia Sabah.

Nur Azliza Mohd Nor, & Nur Afifah Vanitha Abdullah. (2019). Self-construal watak protagonis wanita dalam filem Melayu (Isu khas). Jurnal Akademika, 89, 163-175.

Nur Nafishah Azmi. (2015). Watak wirawati unggul dalam filem Melayu: Kajian kes Tsu Feh Sofiah (1986), Fenomena (1990), dan Perempuan Melayu Terakhir (1999) (Master’s thesis). Retrieved from http://eprints.usm.my/30207/1/Nur_Nafishah_Azmi.pdf

Pencinta Khazanah Seni. (1993, September 3). Perempuan, Isteri & … full movie Melayu lama. YouTube. Retrieved from https://www.youtube.com/watch?v=Vne5F28BW-M

Ridha Bak Najjad. (2002). Hak dan kewajipan isteri dalam Islam. Jakarta: Penerbit Lentera Basritama.

Saleha Mahmood Abedin. (Ed.). (1999). Women in Islam: A discourse in rights and obligations. Kuala Lumpur: Synergy Books International.

Shahnaz Begum. (Ed.). (2004). Ideal women before marriage and after marriage. New Delhi: Adam Publishers & Distributors.

Shikin Ali. (2013). Isteri mithali: Satu kajian persepsi isteri dalam novel dan masyarakat Melayu (Master’s thesis). Retrieved from https://scholarbank.nus.edu.sg/bitstream/10635/79492/1/Shikin_Ali.pdf

Tawa, J., & Suyemoto, K. L. (2010). The influence of race and power on self-construal in bicultural Asian Americans. Asian American Journal of Psychologhy, 1(4), 275-289.

U-Wei Haji Saari. (2016, 17 Oktober). Interviewed by Nur Azliza Mohd Nor [Tape recording]. Pengarah filem Perempuan, Isteri &… (1993). Universiti Putra Malaysia, Selangor.

Van Der Heide, W. (2002). Malaysian cinema, Asian film: Border crossings and national cultures. Amsterdam: Amsterdam University Press.

Walsh, S. L., Gregory, E., Lake, Y., & Gunawardena, C. N. (2003). Self-construal, facework, and conflict styles among cultures in online learning environments. International Review, 51(4), 114-122.

Wan Amizah Wan Mahmud, Chang Peng Kee, & Jamaluddin Aziz. (2009). Film censorship in Malaysia: Sanctions of religious, cultural and moral values. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 25, 42-49.

Wan Zawawi Ibrahim. (2003). The search for a ‘new cinema’ in post-colonial Malaysia: The films of U-Wei bin Haji Saari as counter-narrations of national identity. Inter-Asia Cultural Studies, 4(1), 145-154.

Wong Ko Chai. (2002). Communication styles among Malaysian graduate students (Master’s thesis). Retrieved from http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10153/1/FBMK_2002_6_A.pdf

Zawawi Ibrahim. (2004). On Erma Fatima’s the last Malay woman: Gendering discourses on reclaiming Malayness in the new Malaysian cinema. Screening Southeast Asia, 24(2), 27-38.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528