Pendedahan Diri, Motivasi dan Kepuasan Penggunaan Facebook dalam Menjalin Persahabatan

Ali Salman, Siti Minanda Pulungan

Abstract


Perkembangan media sosial dalam kehidupan manusia telah menghadirkan suatu peradaban baru khususnya dalam proses komunikasi dan informasi. Globalisasi yang berlaku kerana teknologi komunikasi, teknologi maklumat dan internet sememangnya telah membawa pengaruh sosial kepada perubahan dan pembentukan fenomena pada kehidupan manusia. Salah satu fenomena yang berkembang merupakan suatu fenomena di mana setiap individu menggunakan media sosial sebagai tempat untuk menjalin persahabatan. Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk menyediakan maklumat terbaru tentang sejauh mana penggunaan Facebook boleh membawa belia kepada aktiviti menjalin persahabatan menerusi Facebook. Selanjutnya, kajian ini juga bertujuan untuk melihat adakah wujud pendedahan diri dalam penggunaan Facebook oleh remaja dan sejauh mana pendedahan diri boleh membawa belia kepada aktiviti menjalin persahabatan menerusi Facebook. Tidak hanya itu, kajian ini juga melihat hubungan di antara tahap penggunaan, pendedahan diri, motivasi dan kepuasan penggunaan Facebook dalam menjalin persahabatan. Kerangka teori yang digunakan dalam kajian ini adalah teori penembusan sosial dan juga teori kegunaan dan kepuasan. Seramai 278 orang belia berusia 18-25 tahun yang merupakan pelajar di Universitas Syiah Banda Aceh, Indonesia ditetapkan menjadi responden dan dipilih secara rawak dan bertujuan. Analisis data menggunakan perisian SPSS 22.0 dalam membuat ujian korelasi dan regresi di antara setiap pembolehubah. Keputusan ujian korelasi menunjukkan semua hipotesis diterima, yang bermakna setiap pembolehubah bebas mempunyai hubungan kepada pembolehubah bersandar. Hal ini menjelaskan bahawa tahap penggunaan, pendedahan diri, motivasi dan kepuasan mempunyai hubungan yang signifikan dengan kecenderungan belia dalam menjalin persahabatan menerusi Facebook. Kajian ini juga telah memberi banyak implikasi terhadap teori dan amalan komunikasi.


Full Text:

PDF

References


Arviana Rantai, Muhammad Daniel Hamdan & Siti Sawera Abdul Hamid. (2014). Influence of Social Media in Enhancing Positive Relationship among Youth. Journal ISBN : 978-967-0582-32.

Battaglia. (2008). Non probability sampling. Encyclopedia of Survey Research Method. SAGE Publication.

Chris. (2016). Social Media Networking and Its Influence on Interpersonal Face To Face Oral Communication at Family Level: A Qualitative Study of Selected Families in Eldoret Town; Kenya. International Journal of Social Science and Humanities Research, Vol. 4, Issue 2, pp: (212-220).

Collins, Franklin, M. (2014). The Relationship Between Social Media and Empathy. Thesis. Georgia Southern University.

Handriatmaja. (2013). Peristiwa Bencana Hurricane Sandy di Instagram. eJournal Ilmu Komunikasi Universitas Atma Jaya.

Kementrian Komunikasi dan Informatika (Kemenkominfo). (2016). https://kominfo.go.id/.

Kleman. (2008). Journaling For The World (Wide Web) To See: A Conceptual Model Of Disclosure In Blogs. Tesis Doktor Falsafah. College of Communication and Information of Kent State University.

Miller, K. (2005). Communication Theories : Perspectives, Processes, and Contex. Texas: McGraw Hill.

Morgan, R. V. (1970). Determining Sample Size For Research Activities. Journal Educational And Psychological Measurement, 607-610.

Mukhtar Effendi. 2010. Peranan Internet Sebagai Media

Komunikasi. KOMUNIKA, Vol.4 No.1, pp.130-142

Namkee Park, Borae Jin & Seung-A Annie Jin. (2011). Effects of self-disclosure on relational intimacy in Facebook. Computers in Human Behavior Journal, 27 (2011) 1974–1983.

Natalya N. Bazarova & Yoon Hyung Choi. (2014). Self-Disclosure in Social Media: Extending the Functional Approach to Disclosure Motivations and Characteristics on Social Network Sites. Journal of Communication ISSN 0021-9916 Department of Communication, Cornell University, Ithaca USA.

Natascha Zeitel-Bank & Ute Tat. (2014). Social Media And Its Effects On Individuals And Social Systems. Journal Management, Knowledge, And Learning.

Rianne C. Farrugia. (2013). Facebook and Relationships: A Study of How Social Media Use is Affecting Long-Term Relationships. Tesis Ijazah. Science degree in Communication & Media Technologies.

Sekaran, U. (2000). Research methods for business: A skill-building approach (3rd ed.).

New York: J. Wiley.

Turner, L, H & West, R. (2010). Pengantar Teori Komunikasi : Analisis dan Aplikasi. Jakarta: Salemba Humanika.

Waigumo, M. A. (2013). Impact Of Social Networking Sites On Interpersonal Relationships Among Teenagers. A Case Study Of Murang’a East District. Tesis Ijazah. School Of Journalism And Mass Communication University Of Nairobi.

Williams. (2007). Research Methods. Journal of Business & Economic Research, Volume 5, Number 3.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528