PENCARIAN MAKLUMAT PENDERMAAN ORGAN DAN TISU DALAM PENGIKRAR PENDERMA ORGAN: SATU TINJAUAN AWAL

Normawati Ahmad, Dr Faridah Ibrahim, Dr. Normah Mustaffa, Chang Peng Kee

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pencarian maklumat pendermaan organ dan tisu dalam kalangan pengikrar penderma organ. Pengumpulan data dibuat dengan menggunakan borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden. Kajian ini telah melibatkan seramai 245 orang responden yang terdiri daripada mereka yang telah mendaftar sebagai pengikrar penderma organ. Responden dipilih berdasarkan kaedah persampelan bertujuan di empat buah pusat sumber transplan. Pencarian maklumat diukur melalui sumber media yang digunakan (media massa dan interpersonal), tumpuan maklumat, kecukupan maklumat, kepercayaan maklumat, usaha mencari maklumat, punca mencari maklumat dan mencari maklumat lanjut. Data yang dibincangkan ini adalah sebahagian dari hasil kajian yang dijalankan. Hasil kajian mendapati, surat khabar, televisyen, poster dan risalah menjadi sumber maklumat utama media massa sementara anggota kesihatan dan doktor menjadi pilihan untuk saluran interpersonal. Manakala poster telah diberi tumpuan dengan begitu kerap berbanding dengan media lain. Bagi kepercayaan maklumat, doktor dan anggota kesihatan telah diberi kepercayaan oleh responden bagi mendapatkan maklumat. Walaupun usaha mencari maklumat di kalangan responden adalah tinggi, namun dari segi kecukupan maklumat, majoriti responden menganggap maklumat masih lagi sederhana mencukupi. Manakala punca responden mencari maklumat adalah untuk menambahkan pengetahuan. Kajian menunjukkan kempen kesedaran pendermaan organ adalah penting.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528