MENJEJAKI PERKEMBANGAN KOMUNITI PENGAMAL DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH BESTARI

Thang Siew Ming, Professor Dr. Hazita Azman, Lee Yit Sim

Abstract


Pelaksanaan projek sekolah Bestari merupakan satu daripada inisiatif kebanggaan kerajaan Malaysia yang disasarkan untuk memastikan penggunaan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) secara optimum di sekolah-sekolah, sejajar dengan  matlamat Malaysia untuk meletakkan negara sebagai sebuah negara yang mempunyai ekonomi berasaskan pengetahuan serta mampu bersaing secara global. Namun, beberapa kajian melaporkan pencapaian projek yang tidak begitu memberangsangkan dalam mempromosi penggunaan ICT dengan berkesan dan membentuk tahap pencapaian para guru secara profesional. Situasi inilah yang menjadi dorongan terhadap pembangunan sebuah projek perkembangan profesionalisme atas talian (i.e., Projek e-CPDelT) yang bertujuan untuk membentuk satu sistem pembelajaran atas talian berdasarkan penyelidikan pelan tindakan dan penglibatan secara langsung oleh guru-guru sekolah Bestari. Model yang diguna pakai ialah hanya bersandarkan kejayaan projek Improving the Quality of Education for All (IQEA)dari United Kingdom dan pendekatanCommunities of Practice (CoPs), iaitu komuniti pengamal. Data didapati melalui entri blog yang dibuat oleh 20 orang guru sekolah Bestari yang terlibat dalam projek ini dan analisis dibuat bersama maklumat temu bual berkumpulan dan perbincangan mentor. Dapatan awal mendapati permasalahan dalaman dan luaran. Berdasarkan dapatan ini, satu sistem pembelajaran atas talian untuk guru (i.e., Sistem Pembelajaran e-CPDelT) direka bentuk dan langkah-langkah diambil untuk memperkenalkan sistem baru ini. Bagaimana pun, didapati bahawa sambutan terhadap sistem ini juga tidak begitu menggalakkan. Makalah  ini membuat kesimpulan dengan membincangkan sebabsebab dapatan kajian yang tidak dijangka ini dan mencadangkan pelan tindakan baru yang melibatkan pengenalan kepada teknik Kumpulan Rakan Kritikal.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528