PENERBITAN MAJALAH HIBURAN BERBAHASA MELAYU DI MALAYSIA: KAJIAN TERHADAP TREND SIRKULASI DAN PERIKLANAN 1998-2010.

Shahrul Nazmi Sannusi, Hamedi Mohd Adnan

Abstract


Penerbitan majalah hiburan berbahasa Melayu berperanan besar dalam menentukan kelangsungan survival syarikat penerbitan di Malaysia. Laporan Media Guide 2010 menunjukkan sektor ini menyumbang sebanyak RM10.2 juta atau 31 peratus daripada keseluruhan pendapatan sirkulasi penerbitan majalah berbahasa Melayu. Pendapatan daripada periklanan pula berjumlah RM27.7 juta atau 33 peratus daripada semua kumpulan majalah berbahasa Melayu yang dicatatkan pada tahun 2010. Walau bagaimanapun, trend sirkulasi dan periklanan ini sebenarnya menunjukkan kemerosotan melebihi 50 peratus jika dibandingkan dengan tahun 2000. Senario ini telah membangkitkan persoalan tentang apakah hala tuju bentuk kandungan, sirkulasi dan periklanan yang diamalkan oleh syarikat penerbitan majalah sepanjang tempoh 10 tahun kebelakangan ini. Kebangkitan media baharu juga dilihat telah menambahkan lagi tekanan kepada penerbit untuk mempertahnkan kedudukan mereka dan situasi yang semakin mencabar.Artikel ini akan membincangkan tentang survival industri penerbitan majalah hiburan di Malaysia serta mengenal pasti punca berlakunya masalah kemerosotan perolehan sirkulasi dan periklanan ini.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528