Kempen Pencegahan H1N1: Kajian Tentang Pengetahuan, Sikap Dan Amalan Penduduk Di Timur Laut Pulau Pinang

Mohd Hilmi Bin Mahmud, Kamaliah Binti Haji Siarap

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan mesej kempen pencegahan H1N1 yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2009 terhadap pengetahuan,  sikap dan amalan penduduk di Timur Laut Pulau Pinang.  Dengan menggunakan kerangka teoretikal model KAP (Knowledge, Attitude, Practices) dan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu kaedah tinjauan, data telah dikutip daripada 401 penduduk yang tinggal di kawasan Timur Laut Pulau Pinang. Kaedah persampelan yang digunakan untuk mendapatkan responden ialah convenient sampling method. Dapatan kajian menunjukkan pengetahuan penduduk di daerah Timur Laut Pulau Pinang terhadap mesej kempen pencegahan H1N1 adalah pada tahap yang sederhana. Sikap penduduk di daerah Timur Laut Pulau Pinang terhadap mesej kempen adalah sangat positif dan penduduk juga mengamalkan mesej kempen seperti yang telah disarankan dalam kempen pencegahan H1N1. Di akhir kajian, pengkaji menyarankan kajian yang boleh dijalankan pada masa hadapan seperti melihat kesan mesej kempen pencegahan H1N1 bagi keseluruhan penduduk di Pulau Pinang dengan menggunakan responden dari semua daerah di Pulau Pinang. Kesimpulan, kajian ini telah melihat secara menyeluruh pengetahuan, sikap dan amalan penduduk di daerah Timur Laut Pulau Pinang terhadap mesej kempen.  Kempen ini dianggap berjaya.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528