KEWARTAWANAN DARI WARGA KEPADA WARGA: PUNCA KEWUJUDAN DAN PERKEMBANGANNYA DI MALAYSIA

Rani Ann, Faridah Ibrahim

Abstract


Kebebasan ruang siber yang dinikmati oleh warga Malaysia merupakan kesan daripada pengumuman projek Koridor Raya Multimedia (MSC) oleh Perdana Menteri keempat negara, Tun Mahatir Mohamad yang mengumumkan Rang Jaminan MSC Malaysia yang mengandungi senarai jaminan kerajaan untuk menggalakkan pertumbuhan syarikat berstatus MSC dan industri teknologi maklumat di Malaysia.Terdapat sepuluh perkara dalam rang jaminan berkenaan yang berkaitan dengan pembinaan dan pembangunan Malaysia, bagaimana pun hanya rang yang keenam hingga kelapan merupakan rang yang berkaitan terus dengan perkembangan teknologi maklumat di negara ini.  Ketiga-tiga jaminan berkenaan ialah pertamanya, menjadi pendahulu serantau dalam perlindungan hakmilik intelektual dan undang-undang siber, kedua tiada penapisan internet dan yang terakhir ialah menyediakan tarif komunikasi yang kompetitif pada peringkat global. Langkah bekas perdana menteri untuk menarik perhatian pelabur asing ini sebenarnya telah membuka satu era teknologi maklumat di negara ini yang membolehkan rakyat  melangkah untuk menikmati kebebasan dalam dunia siber.  Salah hasil kelahiran kerana  kebebasan itu adalah  wartawan warga atau Citizen Journalism iaitu kewartawanan dari warga kepada warga. Tetapi, apa itu wartawan warga dan apakah punca utama kelahiran wartawan warga di negara ini?

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528