KESAN DRAMA HIBUR-DIDIK DAN DOKUMENTARI DALAM MEMPENGARUHI NIAT UNTUK MENDERMA ORGAN: SATU EKSPERIMEN BERTERASKAN MODEL ELABORATION LIKELIHOOD

Suraini Ghazali, Dr. Hasrina Mustafa, Bahiyah Omar

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan drama hibur-didik dan dokumentari dalam mempengaruhi niat penonton untuk menderma organ dengan menilai proses pemujukan yang berlaku. Model Elaboration Likelihood yang dibangunkan oleh Petty dan Cacioppo (1986) digunakan dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah eksperimen berbentuk pra, pasca dan susulan (selepas satu bulan). Seramai 164 orang peserta terlibat dalam kajian ini dan mereka dibahagikan secara rawak kepada dua kumpulan iaitu kumpulan yang menonton video berbentuk hibur didik dan kumpulan yang menonton video berbentuk dokumentari. Analisis statistik yang digunakan dalam kajian ini ialah Kolerasi Pearson r, Partial Correlation, Multiple Regression dan One Way Repeated Measure ANOVA diikuti dengan Ujian Post-Hoc. Hasil kajian menyokong Model Elaboration Likelihood di mana proses pemujukan dalam kumpulan hibur didik adalah berbentuk peripheral (tidak dipengaruhi oleh faktor perantara iaitu pertikaian dan tindak balas) manakala proses pemujukan dalam kumpulan dokumentari adalah berbentuk central (dipengaruhi oleh faktor perantara iaitu pertikaian dan tindak balas). Kajian juga menunjukkan bahawa kumpulan dokumentari lebih terdorong untuk menderma organ berbanding kumpulan hibur didik. Ini secara tidak langsung menyangkal keberkesanan program hibur-didik dalam proses pemujukan.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528