"JADI MELAYU": TELEVISYEN DAN PEMBENTUKAN IDENTITI WANITA KUTURUNAN JAWA DI MALAYSIA

Lily El Ferawati Rofil, Md Azalanshah Md Syed, Azizah Hamzah

Abstract


Artikel ini membincangkan penontonan televisyen dalam kalangan wanita keturunan Jawa di Sabak Bernam dan hubungannya dengan pembentukan identiti seharian. Masyarakat keturunan Jawa di Malaysia diiktiraf sebagai bangsa Melayu dan terdedah dengan budaya arus perdana negara ini melalui pelbagai saluran seperti televisyen. Pada masa yang sama, mereka masih mengekalkan identiti dan budaya Jawa mereka. Dengan perkataan lain, pembentukan identiti budaya mereka dipengaruhi oleh “agensi manusia dan struktur sosial.” Bagaimanapun, artikel ini berhujah bahawa pembentukan identiti dan imej kendiri masyarakat keturunan Jawa di Malaysia perlu difahami dalam konteks yang lebih luas dengan mengambil kira peranan kandungan televisyen yang turut mempengaruhi proses tersebut. Berdasarkan dapatan awal kajian etnografi di Sabak Bernam, artikel ini mendapati bahawa wanita keturunan Jawa di Malaysia mengamalkan penontonan keagamaan dan demokratik untuk mengukuhkan identiti budaya dan politik mereka dalam usaha untuk menjadi sebahagian daripada masyarakat Melayu.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528